09 December, 2014

Santai Di pinggiran Sungai Melaka : Macam-macam ada

8 Disember 2014

Pengisian luang waktu (4 jam : 6 ptg - 10 mlm) pada hari semalam adalah bersantai bersama famili di pinggiran Sungai Melaka. Banyak aktiviti dan tempat menarik boleh kita jengah, menikmati hidangan makanan, bersantai di tepian sungai, membeli belah mahu pun kepuasan diri sendiri mendapat maklumat tentang alam ciptaan Allah swt.

Pertama setelah memarkir kereta berhadapan panggung wayang Cathay lama, bangunan tersebut telah berwajah baru : ala-ala Istana Budaya gitu..untuk pementasan teater gaknya Satu lagi ikon pelancongan di Melaka. Seni dan budaya tempatan dilupa jangan...


View dari Medan Selera Sg Melaka : Siang
View : Malam
Kemudian melintas Jambatan Old Bus Station bagi memenuhi hasrat diri menikmati Burger Bakar Abg Burn Jajahan Melaka di Medan Selera Sg Melaka. Setelah dua kali terlihat orang berbaris panjang, beratur depan kaunter tentu enak rasanya. Kali ini kita pula terjah. Masih kurang pengunjung sekitar 6 petang, order Chicken Supremo Burn/Beef Supremo Burn serta Cheezy Mushroom...rupanya kene order terus ke kaunter, ingatkan duk di meja ambik order...hahaha..tak ngapa lah sebab pelanggan masih kurang.



Krispy, sedap kata anak..boleh dtg semula ma..
Lepas Jenjalan cari makan, kami menyusuri laluan pejalan kaki untuk ke The Shore satu lagi tarikan terbaru, mercu tanda di pinggiran Sungai Melaka. 

The Shore : set on 3.1 acre site footprint with tropical landscaping. The Shore is a freehold, luxury mixed development that sits on elevated grounds by the shores of the Straits of Melaka. It houses 3 towers of luxury serviced residences, a 4 star hotel and a 3 level lifestyle shopping mall with F&B outlets. : ikut risalah pemaju..hmm

Selain hotel yang dikendalikan Swiss Garden International Hotel, terdapat tempat beli belah seperti pakaian, kasut dan kedai makanan. Jadi anda boleh bersantai, membeli belah dan menikmati makanan, tak perasan pula sama ada terdapat ruang medan selera di situ, tetapi bagi penggemar sushi dan makanan berasaskan menu Korea, anda boleh saja ke sini.





Di tingkat 2 terdapat The Shore Oceanarium, satu lagi tarikan aqua di Melaka setelah Coral Wonderland di Hatten Square telah ditutup. 

The Shore Oceanarium menyajikan  'eduinfotaimen' yang menarik apatah lagi bersama anak-anak menjawab soalan kuiz yang disediakan bagi mendapat hadiah cenderahati. Masih lagi dalam harga diskaun sempena pembukaannya. Dewasa RM22.40/ Kanak-kanak RM14.40. 


Risalah The Shore Oceanarium





Penyu Menangis Siapa Yang Tahu....
Coral Area
Cenderahati rantai kunci setelah jawab soalan kuiz
Tanda Ingatan penambah koleksi
Setelah memperolehi pengalaman interaktif yang luar biasa, kami kembali menyusuri laluan pejalan kaki, melintasi Jambatan Old Bus Station dan menaiki Jambatan pejalan kaki di Panggung Bangsawan untuk menikmati aura pancuran air berirama di tepian Sungai Melaka berhadapan Wana Riverside Hotel...Perjalanan balik : singgah sebentar untuk menikmati Roti John Semabuk..Indahnya Melaka..



Hanya dengan berkunjung di pinggiran Sungai Melaka (kawasan stesen bas lama) sahaja anda boleh menghabiskan masa bersantai bersama keluarga tercinta dengan lokasi Medan Selera, Taman permainan (Eye On Melaka), pancuran air berirama, The Shore Shopping Mall dan The Shore Oceanarium berhampiran antara satu dengan lain...berjalan menyusuri sungai...Indahnya Suasana.

Selamat Berkunjung Ke Melaka Bandaraya Bersejarah : TMM 2014

Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah swt.





No comments:

Post a Comment