01 February, 2014

Februari 2014M/RabiulAkhir1435H

Salam 1 Februari 2014Masehi dan Salam 1 RabiulAkhir 1435Hijrah. 

Berikut antara aktiviti menarik bagi Bulan Februari 2014 :

Bendang Eastern Winds Festival : Februari 2014 : Perlis : Festival yang memaparkan pelbagai aktiviti sempena musim menuai padi di utara tanah air. Termasuk menangkap ikan menggunakan bubu, persembahan tarian dan permainan tradisional.

Welcome To The Jungle : Februari - Mei 2014 : Balai Seni Visual Negara : Kerjasama antara Balai Seni Visual Negara dan Muzium Seni Singapura mempamerkan karya-karya yang terbaik daripada koleksi 
" Seni Kontemporari Asia Tenggara" pasca alaf baru.

BMW Malaysian Open ( Women Association Tour) : Februari - Mac 2014 : Anda boleh layari www.bmwmalaysianopen.com/

Festival Layang-Layang Sedunia : 19 Feb - 23 Feb 2014 :Bukit Layang-Layang Taman Bandar Pasir Gudang, Johor : Acara tahunan layang-layang sedunia Pasir Gudang merupakan medan yang menyaksikan penyertaan lebih 30 buah negara yang mempamerkan reka bentuk layang-layang berwarna-warni. 

Mah Meri Ancesteral Day Festival : 19 Feb 2014 : Perkampungan Budaya Mah Meri, Pulau Carey, Kuala Langat : Hari Muyang diadakan setahun sekali. Satu tarian khas dipanggil Mayin Jo-oh dilakukan untuk menjemputroh-roh nenek moyang untuk menyertai perayaan. 

Chingay Parade 2014 : 20 Feb 2014 : Johor Bahru : Acara penting dalam sambutan Tahun Baharu Cina dengan perarakan jalanan diadakan setiap tahun sejak 2006. Perarakan warna-warni sepanjang 15km melalui bandar Johor Bahru dengan 145 anggota rombongan. Mempamerkan pertunjukan seperti tarian singa, pertunjukan akrobatik, gendang gong dan kereta berhias.

Kedah Bike Week 2014 : 21 Feb - 22 Feb 2014 : Keriang Hills Resort : Dianggarkan lebih 2000 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia, Thailand dan Vietnam akan menyusuri negeri Kedah. 

National Craft Fair 2014 : 26 Februari 2014 : Kompleks Kraf Kuala Lumpur : Pelbagai aktiviti seperti jualan kraf, pameran produk baru, pameran teknologi kraf dan demonstrasi masakan tradisional. Untuk maklumat lanjut sila layari www.kraftangan.gov.my 

Kredit : Sumber dari Majalah Libur Februari 2014 : Cuti-cuti Malaysia 2014

Selamat Menempuh Bulan Februari/RabiulAkhir. Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah swt.