05 November, 2015

Diari Santai : November 2015

Menjelang Bulan November, banyak sejarah sukan tercipta  : JDT muncul pasukan pertama dari Asia Tenggara yang merangkul Piala AFC 2015, tahniah atas kerja keras dan profesionalisme pihak pengurusan JDT untuk mencipta sejarah dalam sukan bolasepak tanahair. 

Harapan agar pihak pengurusan MUSA juga akan dapat mencontohi sikap profesionalisme JDT untuk membawa pasukan Melaka United berjaya melangkah jauh dalam kancah liga bola Malaysia.

Berikut Diari Santai Nov 2015 :

Pameran Warisan Dunia UNESCO : 1 Nov - 31 Dis 2015 : Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur : Memaparkan empat tapak warisan dunia UNESCO di Malaysia iaitu  Bandaraya Melaka, Georgetown, Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Taman Negara Mulu dan Taman Kinabalu. Masuk Percuma.

FIM Asia Supermoto Championship 2015 : 6 Nov - 8 Nov 2015 : Pulau Pinang : Saksikan kehebatan pelumba dalam sukan permotoran yang unik ini menggabungkan unsur menarik seperti motorcross, dirt track dan perlumbaan jalanraya dalam satu disiplin dinamik.

Hari Ulang Tahun Ke 20 Perkahwinan R n H : 10 Nov 2015 : Jln SM 3 Tmn SM Melaka : Syukur ke hadrat Allah SWT..semoga kehidupan kami sekeluarga dirahmati, diberkati dan didoakan agar kami dikurniai kesihatan, panjang umur, murah rezeki serta di permudahkan segalanya. Aamiin..

Asia Pasifik Ironman Langkawi : 14 Nov 2015 : Langkawi, Kedah : Saksikan kecekalan peserta berenang 3.8km, berbasikal sejauh 180km dan berlari sejauh 42.2km.

Cuti Persekolahan : Bermula 20 Nov dan 21 Nov 2015 : Seluruh Negara : Selamat berlibur buat semua : Cuti-cuti Malaysia.

Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.