19 October, 2013

Pusat Hang Tuah (Hang Tuah Centre) : Duyung, Melaka

Satu lagi tarikan pelancongan di Melaka : Pusat Hang Tuah di Duyung, Melaka. Pusat rujukan yang memaparkan keunggulan Hang Tuah sebagai tokoh yang dikagumi. Perjalanan hidup Hang Tuah dari kecil hingga dewasa berdasarkan bingkisan Sejarah Melayu dan juga Hikayat HangTuah. Kompleks ini mengandungi sebuah auditorium, rumah lima pahlawan (dijadikan pusat jualan/pameran lukisan, senjata tradisional, pakaian dan pejabat pengurusan).

Harga Tiket untuk masuk ke Pusat Hang Tuah : Dewasa RM5.00 / Kanak-kanak RM 3.00 dan beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.








Setelah berkunjung ke Perigi HangTuah, anda boleh menjengah ke Kompleks Hang Tuah ini, selain mendapat info 5 pahlawan Melayu, anda boleh juga beriadah di kawasan yang luas ini. Melihat, menikmati persembahan muzik tradisional (teringat ketika berkunjung ke Makam Mahsuri, Langkawi) lebih kurang konsep yang sama. Kawasan ini juga terdapat tempat latihan silat dan pentas silat.


"Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Selamat Berkunjung Ke Melaka Bandaraya Bersejarah.




01 October, 2013

Oktober 2013M/ Zulkaedah/ Zulhijjah 1434H

Menjengah kita ke bulan Oktober/Zulkaedah/Zulhijjah. Menginjak ke bulan Zulhijjah bulan kemuncak ibadat Haji di Kota Suci Mekah dan Madinah oleh berjuta-juta umat Islam. Menikmati satu lagi ibadah korban 1434H,  semoga tiap amalan kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt.

Bulan lepas sempat berkunjung ke satu lagi tarikan pelancongan di Melaka Bandaraya Bersejarah iaitu menjengah Pusat Hang Tuah (Hang Tuah Centre) di Duyong, Melaka. Pusat rujukan yang memaparkan keunggulan Hang Tuah sebagai tokoh yang dikagumi. Perjalanan hidup Hang Tuah dari kecil hingga dewasa bersandarkan bingkisan Sejarah Melayu dan juga Hikayat Hang Tuah. Kompleks yang tersergam indah mengandungi auditorium mini yang boleh digunakan untuk pementasan teater,tayangan filem,persembahan kebudayaan dan juga mengandungi 5 buah rumah lima pahlawan. "Tidak Melayu Hilang Di Dunia".

Berikut antara aktiviti menarik Bulan Oktober 2013 :

YummyYummy ! : 1 Okt - 31 Okt 2013 : Kuala Lumpur : Festival Gourmet Antarabangsa Malaysia (MIGF) kini kembali untuk tahun ke-13. Bertemakan "Cool Chefs". MIGF tahun ini akan terus mempromosikan pelbagai makanan antarabangsa termasuk dari Barat, Timur Tengah, Mediteranean dan tentu saja kulinari lazat dari Malaysia. Sila layari www.migf.com

Shell Advance Malaysian Motorcycle GrandPrix 2013 : 11 Okt - 13 Okt 2013 : Sepang International Circuit : Kini tiba giliran Malaysia menjadi tuan rumah Shell Advance Malaysia Grand Prix 2013 bagi pusingan ke-15 daripada sejumlah 18 perlumbaan Moto GP World musim ini.

Kuala Lumpur Eco Film Festival 2013 : 11 Okt - 13 Okt 2013 : Publika, Kuala Lumpur : Salah satu festival filem alam sekitar yang pertama dan terbesar di Malaysia. Maklumat lanjut sila layari www.ecofilmfest.my

Kuala Lumpur Photography Festival 2013 : 11 Okt - 13 Okt 2013 : Mid Valley Exhibition Centre :
Acara fotografi terbesar kini kembali lagi.

Kelantan Rock Climbing Challenge 2013 : 13 Okt - 14 Okt 2013 : Taman Etnobotani, Gua Musang, Kelantan : Acara ini merupakan platform yang tepat bagi mereka yang berminat mengenai aktiviti 'wall climbing' atau 'rock climbing'. 7 kategori akan dipertandingkan selama 2 hari di samping aktiviti menarik seperti forum, pameran dan jualan.

Hari Raya Aidil Adha : 15 Oktober 2013/10 Zulhijjah 1434H : Seluruh Malaysia : Selamat Menyambut HariRaya AidilAdha / Hariraya Haji / HariRaya Korban.

27th Mt.Kinabalu International Climbathon 2013 : 19 Okt - 20 Okt 2013 : Kundasang,Ranau, Sabah : Dunia perlumbaan gunung paling sukar kini kembali untuk mencabar para pelumba untuk membuktikan siapa yang paling handal. Dua kategori perlumbaan Summit Race (33km, 19 Okt) untuk pelari elit dan Adventure Race (23km, 20 Okt) untuk pelari bukan elit. Sila layari www.climbathon.my

Rhythm Of Kinabalu (ROK) : 20 Okt 2013 : Kinabalu Park, Kundasang, Sabah : Bersempena dengan Climbathon, satu acara persembahan muzik irama Kinabalu akan diadakan. Penggunaan alat muzik seperti buluh, gong, angklung dan gambus akan dipersembahkan.

Tamu Besar Kota Belud 2013 : 26 Okt - 27 Okt 2013 : Tamu Pekan Kota Belud, Sabah : Festival tahunan yang menampilkan pasar terbuka tradisional yang terbesar di Sabah iaitu Tamu Besar Kota Belud. Acara kemuncak utama acara itu termasuklah Bajau Horsemen, Ratu Sarimpak dan perlumbaan kerbau.

Malakoff Powerman Asian Championship 2013 : 27 Okt 2013 : Presint 3, Putrajaya : Acara larian basikal yang dikendalikan terdiri daripada empat kategori utama : Powerman Elite, Powerman Age Group, Sprint Category dan Team Relay. Sila layari www.powerman.com.my untuk maklumat lanjut.

Akhirkata, selamat menempuh Bulan Oktober 2013/ Zulkaedah / Zulhijjah 1434H..selamat menyambut Hariraya AidilAdha Al Mubarak...didoakan semoga perpaduan dan ukhwah umat Islam dibumi Malaysia ini terus kukuh demi agama, bangsa dan negara tercinta.