28 December, 2014

Santai Di Melaka : UpSide Down House Gallery dan Bandar Hilir

Petang tadi bersantai di Bandar Hilir, bersama famili, menjengah satu lagi tarikan pelancongan di Melaka : UpSide -Down House Gallery..kiranya bergambar dengan peralatan perabot rumah yang terbalik...macam-macam, berbaris ler kita memenuhkan hasrat anak nak menjenguk apa yang ada di dalam bangunan tersebut.

Lokasi belakang bangunan Hotel Seri Costa

Promosi harga



Terbalik sungguh





Sebelum

Sesudah

Aksi Berani...

Hmmmmm...

Cuma ada kira-kira 10 tempat sahaja untuk bergaya berfoto melibatkan 2 ruangan bilik, dari ruang tamu, ke dapur, bilik mandi, bilik tidur..pihak berkenaan kena tambah lagi sekurang-kurangnya ruang meja makan atau apa-apa lagi yang sesuai ..dengan harganya RM15 bagi dewasa dan RM 10 kanak-kanak (diskaun 10% hingga hujung 2014)..tidak ler sama macam 3D Alive Gallery di PD, hampir ada 50 buah lukisan untuk bergaya sakan : puas hati sangat : 

Tak berbaloi ma kat sana tadi...hmm dahlah berbaris panjang ...sabo je la..teruja sangat Rumah Terbalik Pertama di Melaka...terbalik sungguh..apa pun bertambah lagi satu tarikan pelancongan di Melaka...di harap pihak pengurusan USDH akan menambah baik dekorasi dalaman dengan lebih kreatif..

Menyusuri Di Bandar Hilir : Macam-macam Ada ..

Muzium TLDM




Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah : semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt.


No comments:

Post a Comment