31 December, 2016

Disember 2016 : Port Dickson Bandar Tentera Darat


Dis 2016 :Hajat ke Rumah Rehat Kerajaan Negeri Sembilan tidak kesampaian. Full Booking hingga akhir tahun. Akhirnya terjah Hotel Mirage berhadapan kuarters tentera. Sebenarnya ke PD adalah untuk membawa Ikhwan bermandian di Pantai Tanjung Biru bagi proses pemulihan setelah berkhatan. Syukur alhamdulilah, proses pemukiman pemandian pemasinan mempercepatkan lagi hilang rasa ngilu selepas berkhatan...hahaha..

Kronologi bergambar Port Dickson 2016 :



Nostalgia 1989 : Platun 2 Kompeni Alpha





3Hari 2malam : Mirage

Pantai Tanjung Biru

Syukur Alhamdulillah
Ke PD : jgn lupa sarapan pagi Mee Kari Pasar Teluk Kemang

Makan Tengahari di Nasi Kukus Ayam Panggang Koboi

Minum Petang di Cendol Bakar Cwg PD

Jangan lupa jengah Baden2Bundle kut terjumpa pakaian idaman

1st time guna mesin ni...mudah bagi yg menginap di Mirage

Bandar Port Dickson lesu sebelah petang, pusat membelibelah pun tidak menarik. The Ocean dalam proses pengubahsuaian...yang tinggal Billion..nampak gaya terpaksa terjah ke Seremban atau Seremban 2 dan jadikan bandar PD sebagai transit bermalam bagi tujuan bermandian sahaja...

Perjalanan pulang ke Melaka pastinya menjamu selera di DSawit Corner..Nasi Arab bajet dan Nasi Kukus Itik Gulai Kawah



NAB dan NGKI 

Selamat tinggal 2016 : Port Dickson Bandar Tentera Darat tetap kekal dalam ingatan...
Selamat Datang 2017 : semoga kita semua dikurnia kesihatan, dimurahkan rezeki dan dilimpahi kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat...Aamiin 

12 December, 2016

Disember 2016 : Kenangan indah buat Khairul Ikhwan

Disember 2016 : Cuti persekolahan akhir tahun, pelbagai aktiviti dirancang dan bermulalah pelbagai musim : musim berlibur, musim perkahwinan, musim banjir.

Dan untuk Disember 2016 : pastinya momen indah buat anak bujang ku Khairul Ikhwan kerana berjaya mengharungi musim berkhatan : sunatklamp  syukur alhamdullilah...moga terus dirahmati dan dikurnia kesihatan menjadi insan bertakwa.. in shaa allah..Aamiin






7 Disember 2016 : Qwan berkhatan kaedah sunatklamp dan 12 Disember 2016 akhirnya tertanggallah peralatan yang digunakan untuk kaedah tersebut (berendam dalam besen air hampir 1 jam) . Alhamdulillah...

Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT. 

Selamat berlibur : Cuti-cuti Malaysia


22 November, 2016

Jom Ke Melaka :Toy Museum@The Shore

Jom Ke Melaka sempena Cuti Sekolah Akhir Tahun : tarikan terkini di The Shore.

 Hanya dengan berkunjung ke The Shore pinggiran Sungai Melaka, anda akan dapat mengunjungi The Shore Oceanarium, The Shore Sky Tower, The Shore 3DInteractive Park dan The Shore Toy Museum. Selamat berlibur untuk semua.

 Kali ini menemani Qwan untuk menjengah kedalam Toy Museum : Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak....Bagi penjimatan wang, anda boleh membeli tiket bagi harga pakej : Combo Package : Sky Tower + 3D Interactive Park + Toy Museum ( Dewasa RM 85 / Kanak-kanak RM 58) Selamat berkunjung ke The Shore@Pinggiran Sungai Melaka.







Tiket Dewasa RM 30 Kanak-kanak RM 20













Cenderahati fridge magnet dan keychain utk pengunjung

Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah, selamat berlibur. Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt.

03 November, 2016

Diari Santai : November 2016

November muncul kembali, pantas masa berlalu. Sudah hampir kita ke penghujung tahun. 

SPM 2016 bakal di hadapi Nur Khairiah..semoga dikurniai kesihatan, dirahmati dan dapat menjawab soalan dengan tenang. Apa pun setelah berusaha pastinya diiringi dengan doa dan tawakal. Insyaallah..dapat meraih keputusan dengan cemerlang. Selamat menduduki Peperiksaan SPM..STPM..STAM buat semua calon.

Diari Santai November 2016 :

Pameran Tenunan Songket ASEAN : 1 Nov - 31 Dis 2016 : Muzium Tekstil Negara : Untuk info lanjut sila layari www.muziumtekstilnegara.gov.my . Selamat berkunjung ke Muzium Tekstil Negara.

Jualan Akhir Tahun 1Malaysia : 1 Nov - 31 Dis 2016 : Seluruh Negara : Sila layari http://www.motac.gov.my untuk info lanjut. Selamat membeli belah untuk semua.

Malaysia Urban Retreat Festival (MURFEST) : 4 Nov - 6 Nov 2016 : MATIC Kuala Lumpur :
Untuk info sila layari www.murfest.co

Program My Best Buy@FAMA Negeri Melaka : 4 Nov 2016 ( 10 pagi - 6 Petang) : Pejabat FAMA Negeri Melaka Lot 73, Jln Usaha 12 Kws Perindustrian Ayer Keroh, Melaka. Selamat berkunjung untuk membeli hasil pertanian segar berkualiti, dengan harga berpatutan.

Great Eastern Viper Challenge 2016 : 5 Nov 2016 : Litar Antarabangsa Sepang : Sila layari www.eventbrite.sg untuk maklumat lanjut.

Sarawak International Dragon Boat Regatta 2016 : 11 Nov - 13 Nov 2016 : Kuching Waterfront Kuching, Sarawak.

Ironman Langkawi : 12 Nov 2016 : Pantai Kok, Langkawi. Sila layari  http://ap.ironman.com/untuk info lebih lanjut.

Pink Ribbon Run 2016 : 12 Nov 2016 (6 pagi - 3 petang) : Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor

Cuti Sekolah Akhir Tahun 2016 : 26 Nov 2016 - 1 Jan 2017 : Seluruh Negara : Selamat bercuti dan beriadah bersama keluarga tercinta.

#kredit Diari Santai Harian Metro

Semoga kehidupan kita semua akan dikurniakan kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat. Aamiin....


31 October, 2016

Oktober 2016 : Melaka United Catat Sejarah

Tahniah buat pasukan Melaka United kerana muncul sebagai Juara Liga Perdana(Premier) Malaysia 2016. Melaka United menamatkan saingan Liga Perdana di Stadium Hang Jebat dengan meraih 50 mata bakal beraksi di Liga Super musim depan. Syabas Melaka United. Gegau Melaka Gegau


kredit utk MUSA Fb













Syabas Melaka United. Selamat datang ke Liga Super 2017. Gegau Melaka Gegau.....

03 September, 2016

Diari Santai : September 2016

September muncul kembali. Hujung Ogos lepas bersama famili meredah ke utara. Menghantar Kak Long untuk sesi pendaftaran mahasiswi di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Untuk Nur Khairina selamat menjalani  kehidupan siswi di kampus bandar Kangar. Didoakan dipermudahkan segala urusan dan dirahmati Allah SWT. 

Diari Santai September 2016 :

Pesta buah-buahan di RNR Sungai Rambai Melaka : 02 - 04 September 2016 : RNR Sg.Rambai: Pelbagai acara menarik disediakan untuk para pengunjung.

PD International Bike Fest : 06 - 07 September 2016 : PD Waterfront, Port Dickson, N.Sembilan : Selamat berkunjung ke bandar Tentera Darat.

The Nightscape Of Light Sensation-Love Series : 07 - 17 September 2016 : Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS)

Sibu International Dance Festival : 09 - 13 September 2016 : Sibu Civic Centre, Sarawak : Sila layari web http://sidfestival.com/ untuk maklumat lanjut.

Melaka Parade Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016 : 10 September 2016 : Hang Tuah Mall, Melaka : Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

HariRaya AidilAdha : 12 September 2016

Hari Malaysia : 16 September 2016

Rhythm of Kinabalu : 17 - 18 September 2016 : Komplek JKKN Sabah : 

Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.

26 July, 2016

100 PLUS LIGA PREMIER 2016 : #LP 15 : Melaka United vs Kuantan FA


Tahniah untuk pasukan Melaka United kerana mengekalkan kedudukan di puncak Liga Premier setakat Bulan Julai 2016. Perlawanan semalam berkesudahan MU terus gah untuk mengutip 3 mata bagi mengekalkan momentum memburu kejuaraan Liga Premier 2016. Semoga Melaka United akan mengekalkan rentak kemenangan untuk terus memberi saingan merebut tempat ke Liga Super 2017. Bulan Ogos 2016 : #LP 16 : nanti akan menyaksikan pertemuan dengan pasukan Perlis di Stadium Hang Jebat, Melaka. Pastinya misi balas dendam untuk terus mengutip 3 mata di laman sendiri. Gegau Melaka Gegau.....

#kredit utk fb Melaka UnitedSA




#kredit flashScreMY

Dengan 7 lagi baki perlawanan dalam 100 Plus Liga Premier, diharapkan pasukan Melaka United akan terus mengekalkan kedudukan teratas dan akan membuat penampilan dalam Liga Super 2017. InsyaAllah...aamiin.

Gegau Melaka Gegau


01 June, 2016

Diari Santai : Jun 2016


Syukur kehadrat Allah SWT kerana merahmati kita semua untuk menjengah ke pertengahan Tahun 2016. 

Berikut antara aktiviti menarik Bulan Jun 2016 :

Melaka River International Festival : 1 Jun - 4 Jun 2016 : Dataran Sungai Melaka dan Taman Rempah Melaka. Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Magic Of The Night : 1 Jun - 4 Jun 2016 : Putrajaya : Warnai malam anda dengan mengunjungi Putrajaya dengan persembahan menakjubkan dalam Magic of the Night.

Floria Diraja Putrajaya : 1 Jun - 4 Jun 2016 : Anjung Floria Presint 4 Putrajaya : Sila layari www.ppj.gov.my untuk info lanjut.

*Awal Ramadhan Al Mubarak 1437H : 6 Jun 2016 : Selamat menunaikan ibadah Puasa buat semua umat Islam di Malaysia.

*Nuzul Al Quran : 22 Jun 2016 (17 Ramadhan 1437H).

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak semua : Semoga Ibadat kita diterima Allah.

23 May, 2016

One Day Trip : Ayer Hitam Johor

23 Mei 2016 : One day trip ke Ayer Hitam. Jam 5 pagi dah memandu ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Parit Raja. Buat sekelian kalinya ke pusat pendidikan tersebut. Jom terjah. Hari ini menemani anak untuk ujian Medsi sebelum layak untuk panggilan temuduga ke UPSI. 

Jom jalan-jalan, lama tak memandu pepagi begini, nostalgia lama : pandu 0430 pagi memecah kesejukan Pasir Besar,Gemas ke Bentong..meredah Bukit Mancis, Telemong, Karak. Syukur segalanya dirahmati Allah SWT.

Hari ini ke UTHM : masuk Tol Jasin keluar Tol Ayer Hitam dengan bayaran RM 14.10. Terus menuju Ayer Hitam (laluan ke Batu Pahat) , sempat bersolat Subuh di Masjid Parit Sonto. 

Buat sekian kalinya ke UTHM :



Selesai Khairina menjalani ujian Medsi : Jom jengah Restoran Kari Kambing 40 Hari laluan jalan lama Ayer Hitam - Yong Peng, lebih kurang 8km dari bandar tersebut. Asyik baca dalam blog saja tentang Restoran tersebut, hari ini dapat merasai roti canai cicah kuah kari kambing (RM6.50)...tidaklah bersesak-sesak beratur hari ini. Dan bungkus pula nasi arab ayam/kambing (RM12). Sebelum ke Tol Ayer Hitam, singgah sebentar ke Gerai Putu Bambu Juriah. Perasa asli sahaja tidak seperti di Merlimau, ada perasa pandan dan durian. 

Jalan Jalan cari makan 

Buka jam 0730 pagi - 3 petang

Tapau jangan tak tapau : RM 12 nasi arab ayam/kambing

Resit Putu Bambu Juriah Ayer Hitam

One day trip Ayer Hitam : semoga dipermudahkan segalanya dan semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT.

01 May, 2016

Koleksi Menarik Edisi Terhad : Castrol dan GoodYear

Bertambah lagi koleksi cenderahati dari Castrol dan GoodYear. Pembelian minyak pelincir Castrol dapat payung 30", beli tayar GoodYear dapat 'mini toolbox'. Pelbagai cara dilakukan syarikat berjenama untuk memikat hati pelanggan. 

Pastinya Castrol terus memberi cenderahati edisi terhad  : powerbank, payung, bantal, sarung telefon bimbit, tshirt, mini toolbox...entah apa pula edisi terhad menjelang Euro 2016..




Tahun 2016 beralih ke tayar GoodYear : dapat pula mini toolbox edisi terhad..info dari tauke kedai  tersebut, ini cenderahati lama, tak kisah lah janji dapat...







TQ GoodYear

Selamat meneruskan hobi : mengumpul koleksi menarik edisi terhad. Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.