17 February, 2019

Unifi LSM 2019 : #LS03 Melaka United Seri


16/2/19 : Bersama famili menjengah Estadio of Hang Jebat untuk menyaksikan pelawanan ke 3 Melaka United. Pertembungan penuh aksi yang menyaksikan pelbagai cubaan tepat, tersasar juga dua kesilapan penjaga gol yang menghasilkan keputusan akhir Seri 1-1.

Jumlah kehadiran penyokong kedua belah pasukan cukup menggambarkan akan keterujaan para peminat bolasepak untuk menyaksikan perlawanan semalam. Ikut MC : penyokong yang hadir 19,750 orang. Memang padu...kali akhir aku hadir cukup sesak ketika perlawanan akhir Liga Perdana 2016 bertemu Perlis.

Perlawanan semalam penuh dramatik...sering bertukar balas serangan. Hingga tunggu minit akhir untuk MU berkongsi mata dengan Pahang FA. Tahniah barisan pertahanan MU berjaya mengekang rangkaian penyerang pihak lawan. Jang Suk Won bermain baik untuk mengekang Wak Keme. Mat Don banyak gentel bola, SR8 terbaik energy and creative. Gopi longlai nampak perlu lagi keserasian antara sayap dan pertahanan kiri...Gopi/Raimi/Khuzaimie. 

Sesekali Patrick boleh buat duo striker bersama Casagrande dengan meletakkan Deevan Raj sebelah sayap kanan untuk larian deras dan hantaran lintang.







Tahniah sokongan padu penonton MU

Bawah bendera Melaka

Masih perlu lagi keserasian antara pemain apatah lagi menjelang LS04 menentang JDT ditempat lawan. Harap MU dapat mengutip mata aksi di Larkin. Pasukan 2019 MU yang tampil berbeza dengan ''orang lama" penuh pengalaman. Macam SR8 diprovokasi Sumareh, Wak Keme sewaktu ingin mengambil penalti tapi cukup tenang untuk menjaringkan gol. Perancangan taktikal yang jitu rangkaian HC Zainal, Asri dan Nidzam diharap menjadi untuk MU terus menjadi pencabar dalam saingan LSM2019.

Gegau Melaka United Gegau


No comments:

Post a Comment