19 February, 2019

19 Feb 2019 : Sampul Surat Hari Pertama : Makanan Eksotik


Sampul Surat Hari Pertama ialah sampul surat yang direka bentuk khas dan ditampal setem keluaran baru dan tanda pembatalan istimewa yang menunjukkan tarikh keluaran hari pertama.

Hari ini ke Pejabat Pos Merlimau untuk membeli Sampul Surat Hari Pertama (FDC) dan setem bertemakan Makanan  Eksotik - Kerabu Telur Belangkas, Kerabu Beronok, Belalang Goreng, Rendang  & Stik Landak.

Setem Belangkas (Horseshoe Crab) yang menimbulkan keterujaan untuk menambahkan lagi koleksi FDC.

Sekarang lebih kepada pembelian mengikut tema sama ada pelancongan, flora, fauna mahu pun hidupan marin.










Brosur percuma


Kredit : myfdc 2019

Selamat meneruskan hobi anda. Semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT. Aamiin.

No comments:

Post a Comment