03 February, 2019

Unifi LSM 2019 : #LS01 : Melaka United Menang #MUNPJC


2/2/19 : MU berjaya mendapat 3 mata pertama apabila menang tipis 2-1  ke atas Petaling Jaya City. 

Seramai 7,200 jumlah kehadiran penyokong diumumkan oleh MC di Stadium Hang Jebat semalam. Mungkin sikap tunggu dan lihat akan prestasi pasukan membuatkan Stadium masih tidak dipenuhi atau melihat pasukan yang bakal ditentang. Tentu sekali 16/2/19 menjadi perlawanan tumpuan kerana akan bertemu Pahang yang ramai pemain ternama.


Di bawah bendera Melaka


Duduk di bahagian tengah kawasan terbuka untuk melihat lebih luas perlawanan. Namun mengecewakan penyokong yang hadir masih gagal untuk mematuhi larangan yang telah dikeluarkan oleh pihak Stadium.

Asap rokok, vape bagaikan pesta. Tiada penguatkuasa yang hadir untuk memantau. Kalau nak berasap carilah kawasan yang sesuai, boleh sahaja ke Tandas..jenis malas nak angkat punggung. Pengumuman MC hanya sia-sia, sepatutnya pengumuman larangan merokok di Stadium dibuat berterusan. Semasa penonton sudah memenuhi Stadium juga semasa waktu rehat. Ini umumkan larangan merokok awal lagi, penonton pun masih belum hadir beramai-ramai dalam Stadium, lepas itu senyap. Pengumuman dan penguatkuasaan perlu jalan seiring. Jangan hanya gah di media, larangan yang dilaksanakan oleh pihak Perbadanan Stadium Melaka. 

Hormati juga hak bagi penyokong yang TIDAK MEROKOK.

Perlawanan semalam juga pasti membuatkan HC Zainal dan teamnya perlu mengkaji dan studi lagi kelemahan pasukan dan pemain. Separuh masa pertama penguasaan oleh MU. Namun separuh masa kedua pasukan MU nampak longlai khususnya bahagian pertahanan kiri. Corak permainan pantas oleh PJCT menyaksikan beberapa pemain nampak hilang fokus dan mengalami kekejangan otot seperti Jang Suk Won, Khuzaimie, Wan Afiq. Keserasian dibahagian kiri nampak kurang menyakinkan. Kelibat impot No.7 Darko tidak seperti yang diharapkan. Liridon, Casagrande, SR8 mempunyai daya tahan terpuji. Kekuatan mental fizikal dengan corak permainan pantas diperlukan. Kekejangan otot pasti memberi kesan kepada perancangan taktikal. Pemain perlu mempertingkat kan lagi daya tahan fizikal masing-masing.

Apa pun dengan perlawanan pertama yang menghasilkan 3 mata diharapkan menjadi satu motivasi untuk MU menghadapi perlawanan kedua menentang PKNS ditempat lawan pada 9/2/19.

Gegau Melaka United Gegau

No comments:

Post a Comment