10 February, 2019

Unifi LSM 2019 : #LS02 Melaka United Menang


9/2/19 : Melaka United menang 1-0 untuk perlawanan ke dua menentang PKNS FC.  Meneruskan momentum kemenangan pertama ditempat lawan (Std. Shah Alam). Tahniah mengutip 3 mata lagi meski pun terdapat beberapa kelemahan individu serta keserasian pemain.

Kredit : Flashscore



Kredit : FB MUSA

Kredit : FB MUSA

Malam semalam menonton di Iflix live, SR8 nampak makin serasi bersama Liridon, berjaya masuk ke kotak penalti. Gopi pula kekadang nampak silap dalam hantaran kepada rakan. Larian mudah dibaca pihak lawan. Khuzaimie masih silap untuk hantaran semasa serang balas. Shaiful Ridzwan masih gugup, hantaran ke belakang kekadang membahayakan, gagal untuk kawalan bola. 

Separuh masa ke dua PKNS FC menguasai permainan khususnya dibahagian tengah. Serang balas MU tidak pantas kerana kurang bantuan sepenuhnya rakan sepasukan.

Apakah masalah kecergasan masih dihadapi sesetengah pemain. Jika sering diasak pihak lawan dan dengan corak permainan pantas, pasti akan menimbulkan masalah pada MU.

16/2/19 Stadium Hang Jebat : Pertemuan yang pasti ditunggu...barisan pertahanan MU menghadapi rangkaian serangan Pahang..Nwakeme, Sumareh serta Saddil Ramdani. Pasti HC Zainal punya perancangan taktikal terbaik untuk menghadapi taktikal Coach Dollah. Tunggu dan lihat. Stadium pasti penuh apatah lagi pastinya Ultras Tok Gajah akan turut ke Melaka seperti tahun lepas.

Apa pun semoga momentum kemenangan berjaya dikekalkan.

Gegau Melaka United Gegau

No comments:

Post a Comment