01 April, 2011

Macam-macam Anjung....

Definisi Anjung :
anjung bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin; anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu; beranjung, berperanjung mempunyai an¬jung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung; menganjung 1. = menganjungkan meme¬gang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak di¬naik¬kan; 2. = menganjung-anjung, meng¬anjung-anjungkan memuji-muji, meng-angkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (pera¬hu dll): perahu itu pun ~ ke tengah laut; menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya; anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu. Kamus Dewan Edisi Empat

Untuk kali ini tertarik dengan penggunaan perkataan Anjung, macam-macam kata mula dengan Anjung :
 
1. Anjung Singgah - Bagi menangani isu golongan gelandangan di sekitar ibu negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara menubuhkan rumah untuk golongan itu di Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu. Rumah dikenali Anjung Singgah boleh menempatkan 76 orang gelandangan pada satu-satu masa. Anjung Singgah menyediakan bilik kaunseling dan bilik penginapan lelaki dan perempuan. Kumpulan sasar bukan sahaja diberikan tempat tinggal sementara sehingga dua minggu, malah turut menjalani pemeriksaan kesihatan selain diberikan khidmat bantuan mendapatkan pekerjaan. Dijangka beroperasi sepenuhnya pada 9 April 2011 selepas proses pengubahsuaian selesai...


2. Anjung Batu - satu lagi lokasi bagi penggemar ikan bakar, terletak arah laluan ke Jeti Anjung Batu, untuk mereka yang ingin ke Pulau Besar (pulau keramat)..jika tak silap ada 3 restoran dikawasan ini..salah satu seperti di gambar milik Cikgu Jeon bekas guru...jadi jika ke Melaka jangan lupa singgah-singgah disini. Terletak di Pulai (dekat Umbai), Melaka..selain Anjung Batu ada juga Anjung Muara di Sungai Duyung,tempat ikan bakar juga..


3. Anjung Lanai Cafe - kawasan baru seperti yang aku ceritakan dalam entri lepas..terletak di Sungai Rambai, Melaka. Lengkap dengan wifi percuma,astro,laman Belia, kemudahan river cruise,kayak..menikmati udara nyaman jika menikmati menu ditingkat atas..

Sememangnya banyak perkataan Anjung dapat kita perhatikan, antaranya Anjung Seri, Anjung Bonda, Anjung Ilmu, Anjung Sejarah, Anjung Selera.......

Selamat menempuh Bulan April - perkataan berasal dari bahasa latin 'Aperto' yang bererti 'terbuka' atau 'berkembang'. Dalam bulan ini biasanya bunga-bungaan akan berkembang mekar...huhuhu dan selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah...

No comments:

Post a Comment