14 April, 2011

Selamat Bercuti - Melaka Bandaraya Bersejarah

 

15 April 2004 - Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah dan tahun ini Melaka menyambut Ulangtahun ke 8 -pengikhtirafan sebagai Bandaraya Bersejarah. Selamat Bercuti dan petang 14hb bergerak ke Merlimau menjemput anak di asrama. Apapun dengan Melaka yang mempunyai pelbagai visi sebagai Bandar Teknologi Hijau, Melaka Maju 2010 diharapkan akan terus rancak pembangunannya dalam keadaan aman makmur dan terus memenuhi kriteria 'Melaka Maju' iaitu 5 aspek penting Ekonomi, Sosial, Infrastruktur, Alam Sekitar dan Pentadbiran..kekalkan kemakmuran sedia ada, pinggirkan unsur-unsur negatif yang cuba memecahbelahkan perpaduan sedia ada...insyaallah..sebagai anak negeri yang merantau, tak sabar untuk mendaftar sebagai pengundi di Melaka bulan Ogos nanti setelah hampir 22 tahun bergelar sebagai pengundi pos..errmmm

Pastinya banyak aktiviti yang dianjurkan untuk memeriahkan sambutan tersebut. Antaranya :

Senarai Acara Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Melaka Bersejarah Ke-8, 2011

1. Bacaan Yasin & Tahlil Bandaraya -7 April 2011 Masjid Tun Mohd Khalil Bin Yaakub, Tanjung Minyak, Melaka

2. Pesta Gendang Nusantara XIV dan Jemputan Antarabangsa 2011 : 9 - 17 April 2011 Pocket Show:

a) Melaka Mall
b) Jonker Walk
c) Menara Taming Sari
d) Taman Rempah

3. Sambutan Ulangtahun Bandaraya Melaka Bersejarah : 15 April 2011 Dataran Bandaraya MBMB

4. Konvensyen Twin Cities : 16-17 April 2011 Hotel Equatorial, Melaka

5. Kejohanan Golf Bandaraya : 23 April 2011 Tiara Golf Country Club

6. Pertandingan Memancing MBMB : 1 Mei 2011 Persisiran Pantai Eye On Malaysia

7. Karnival Pendidikan : 5 Mei 2011 MITC, Ayer Keroh

8. Kejohanan Bowling Piala Datuk Bandar : 6-8 Mei 2011 MIBC, MITC, Ayer Keroh

9. Malam Komedi : 21 Mei 2011 Dataran Sungai Melaka

10. Kejohanan Hoki 6/7 Sebelah (Lelaki & Wanita) : 27-29 Mei 2011 Stadium Hoki MBMB
*Sumber rujukan Portal MBMB*

Pokok Melaka

Asal nama Negeri Melaka diperolehi dari nama Pokok Melaka (bahasa Inggeris : Indian Gooseberry, nama botani : Phyllanthus Emblica, bahasa sanskrit : amalaka )

World Heritage List (Bandar Warisan Dunia UNESCO)
Melaka Dan Georgetown ( disenarai pada tahun 2008 )
Melaka and George Town, historic cities of the Straits of Malacca (Malaysia) have developed over 500 years of trading and cultural exchanges between East and West in the Straits of Malacca. The influences of Asia and Europe have endowed the towns with a specific multicultural heritage that is both tangible and intangible. With its government buildings, churches, squares and fortifications, Melaka demonstrates the early stages of this history originating in the 15th-century Malay sultanate and the Portuguese and Dutch periods beginning in the early 16th century. Featuring residential and commercial buildings, George Town represents the British era from the end of the 18th century. The two towns constitute a unique architectural and cultural townscape without parallel anywhere in East and Southeast Asia

Dalam memenuhi kriteria Alam Sekitar, Melaka bakal mengimpot kereta elektrik untuk  kegunaan penduduk dalam bandar yang mana kenderaan ini lebih bersifat mesra alam..tahniah ! Tunggu dan Lihat....

Selamat Menyambut Hari Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah - 15 April 2011
Melaka Maju 2010 Negeri Bandar Teknologi Hijau..Bandar Warisan Dunia

No comments:

Post a Comment