06 April, 2011

Setem dan Kenangan

Jadual Keluaran Setem Hari Pertama Tahun 2011

No. Theme Issue

1. Children's Pet 18-Jan-11
Haiwan Peliharaan Kanak-Kanak (Arnab)

2. Highland Tourist Spot 21-Feb-11
Pelancongan Tanah Tinggi

3. Local Spices 03-Mar-11
Rempah-Rempah Tempatan

4. Lembah Valley 11-Apr-11
Bujang Valley

5. Royal Palaces 11-May-11
Istana Raja

6. Ladybird 16-Jun-11
Kumbang Kura-Kura

7. Traditional Dramas 11-Jul-11
Drama Tradisional

8. Rare Monotypic Limesstone Flowers 08-Sep-11
Bunga-Bunga Batu Kapor Unik

9. Post Boxes 09-Oct-11
Peti Surat

10. Aromatic Plants (Stamp Week) 14-Nov-11
Tumbuhan-Tumbuhan Wangi (Minggu Setem)

11. World Children's Day (UNICEF) 01-Dec-11
Permata Hari Kanak-Kanak Sedunia (UNICEF)

12. Installation of Sultan Johor TBA
Pertabalan DYMM Tuanku Sultan Johor

13. Installation of Sultan Kelantan TBA
Pertabalan DYMM Tuanku Sultan Kelantan

14. 30th Anniversary IFNGO TBA
30 Tahun Sambutan IFNGO

15. 100 Years MMC TBA
100 Tahun MMC

16. Malaysia Indonesia Joint Issue TBA
Keluaran Bersama Malaysia Indonesia

17. Annual Stamp Album 2011 TBA
Album Tahunan Setem 2011
* Sumber rujukan dari blog - sampuldfc.blogspot.com

Kali ini hanya nak kenang kembali tentang Setem..teringat bagaimana hobi mengumpul setem, rasanya2 seingat aku meneruskan koleksi bapa saudara...aku dah lupa3x..hahaha..apapun tika sekolah menengah dah mula kumpul sikit2, pantang nampak sampul surat yang bersetem..tapi taklah join kelab filateli / kelab setem..saja suka2 tak banyak pun koleksi hingga setakat hari ini..ermmm..dari sebuah buku setem tulah diteruskan pula oleh adik pompuan namun setelah balik ke kg..belek2 ambil semula untuk diserahkan pada anak pompuan namun baru bulan lepas..ambil untuk disusun semula..siap beli kanta..hahaha..tak banyak pun koleksi setem dan begitu juga sampul surat hari pertama tapi sebenarnya setem juga telah mengembalikan kenangan yang hampir 30 tahun lepas..melihat koleksi setem Malaya..yang masih bercop Merlimau..cuma tanpa tarikh hanya jam 5pm..setem2 Christmas Island..teringat sahabat lama Mohd Rafi Sameon (budak Umbai) yang menghadiahkan setem2 tersebut..yalah bapak dia 'belayar' kesana jadi mintalah tanpa segan silu..mana pergi sahabat lama (kene cari dlm fb nampaknya)...apapun dengan masa senggang yang ada sekarang bolehlah kemaskini semula 3 buku-buku setem bagi diserah dan diteruskan kembali oleh anak-anak..

Koleksi Setem Malaya

Tanpa sedar, setem juga dapat mengingatkan kita akan sejarah, budaya, indahnya flora dan fauna dan berbagai-bagai lagi..sayang baru ini tak berkesempatan untuk ke Muzium Negara - Pameran Setem..namun hasrat tetap ada paling tidak ke Muzium Setem di Bandar Hilir, Melaka.


Koleksi Setem Christmas Island, NZ dan Australia

Koleksi Setem Pejabat Pos Lama (Pejabat Pos Merlimau ada juga ma)

Yang pasti hobi jika dibuat secara serius pasti mendatangkan faedah, tak silap baru-baru ini koleksi setem Sultan Sir Abu Bakar dari tahun 1935 - 1965 telah dijual dengan harga RM 500,000 ..apapun ia juga memberi kepuasan peribadi..melihat setem tahun 1992 - keluaran  sempena Ulangtahun setem pertama Malaysia yang ke 125 tahun..jadinya kira-kira sekitar tahun 1867 setem pertama telah dikeluarkan di Malaysia...

Selamat meneruskan dan melaksanakan hobi untuk kepuasan peribadi..jangan lupa bulan Jun ke Bukit Fraser..satu lagi bentuk hobi - 'birdwatching', dan bawa sekali  buku panduan burung dan teropong....hahaha..cantiknya silver eared Mesia (Burung Rimba pipi perak ) maskot Fraser Hill...ada pulak dalam koleksi setem aku bertarikh 30 Julai 1997...

No comments:

Post a Comment