19 March, 2011

SRRC dan Cherana Putih


SRRC - Sungai Rambai River Cruise satu lagi produk pelancongan baru di Melaka, terletak di DUN Sungai Rambai (Gerbang Selatan) kerana bersempadan dengan Johor..arah laluan dari Muar melalui Lebuh AMJ dan Kesang (jalan lama)..jika dulu seberang kawasan di Kesang popular dengan beca besarnya dan kawasan rekreasi tapi sayang sekarang kawasan di situ seolah-olah terbiar dan kawasan Sungai Rambai telah berjaya melangkah setapak ke hadapan untuk memperkenal SRRC - menikmati panorama alam semulajadi yang menakjubkan..bolehlah lihat macaca fascicularis, pokok kayu bakau, ternakan ikan dalam sangkar..perkhidmatan bot disediakan,laman belia 1 Malaysia, Anjung Lanai Cafe (sizzling),wifi percuma, jetski,kayak..macam2 ma..bahkan dengan pembaharuan yang dilaksanakan pasti ia menggamit pelancong untuk meneroka produk baru malahan Sungai Rambai juga punya pakej homestay..pasti tambah menarik..


Jika dulu gerai-gerai makan kat situ memang jadi tumpuan, gerai pertama - menu mi bandung, nasi goreng dan macam2 menu lagi namun dengan adanya Anjung Lanai Cafe di Laman Belia 1 Msia pasti memberi banyak pilihan kepada pengunjung untuk menikmati menu masakan barat, sizzling..panorama indah bersantai di Cafe 2 tingkat..menghirup udara segar..wifi percuma..

Satu lagi lokasi yang bakal dibangunkan ialah Air Panas Cherana Putih..terletak bersempadan antara Alor Gajah, Melaka dan Tampin, Negeri Sembilan..dua lokasi dalam entri kali ini yang berbeza. SRRC gerbang selatan.. Cherana Putih...gerbang tengah..agaknya ..huahua..


Selain Air Panas Jasin, Air Panas Gadek.. pembangunan yang bakal dilaksanakan di Cherana Putih di harapkan akan menambah satu lagi lokasi pelancongan di Melaka..selamat berkunjung dan Cuti-Cuti Malaysia di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah..

No comments:

Post a Comment