05 June, 2015

Jenjalan Ke Asahan Melaka : Laman Tiga Budaya

Artikel tentang Laman Tiga Budaya di Asahan Melaka pernah dikeluarkan dalam sisipan Santai Metro Bulan Januari 2015 namun ketika itu masih ditutup sementara untuk kerja-kerja pembaikan. Namun sempena cuti sekolah, bagi mengisi  masa terluang, maka timbul idea spontan untuk jenjalan ke sana.

Merentas Pekan Asahan : nostalgia lama...

Sebelum sampai ke lokasi tersebut, terdapat Kem Lagenda untuk pelatih PLKN dan dihadapannya pula Kem Saujana Asahan bagi progam kem bina diri dan seminar. Kawasan yang dilatari dengan kehijauan alam semulajadi kaki Gunung Ledang.

Laman Tiga Budaya terletak di Asahan, Jasin, Melaka dengan jarak 27 km dari bandar Jasin dan 40 km dari bandar Melaka. Lokasinya terletak di titik pertemuan tiga negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Antara aktiviti ditawarkan ialah taman tema air, kawasan tapak perkhemahan , meredah hutan dan mendaki bukit. Ia juga sesuai untuk mengadakan aktiviti rekreasi, bina semangat, program jati diri, kursus berasaskan hutan dan air.

Kronologi bergambar :

Kem Lagenda : PLKN
Kem Saujana Asahan





Waktu Operasi dan harga
Dilarang membawa masuk makanan dan minuman 
Taman Tema Air



Banner bersejarah : Krom besi
tinggal kenangan
Titik pertemuan sempadan tiga negeri

Batu sempadan dalam Taman Tema

Kawasan tapak khemah dilatari kehijauan alam

Kemudahan awam : Tandas baru dibina MPJ

Ketika ini promosi harga bayaran masuk adalah RM 8 (Dewasa) dan kanak-kanak (RM 4). 

Pihak Pengurusan Taman Tema Air Laman Tiga Budaya perlu menambah baik kemudahan sedia ada bagi menarik lebih ramai pengunjung seperti yang dilakukan oleh pihak pengurusan Air Panas Bemban, Jasin.

- menambah lagi kemudahan dalam taman tema air seperti gelongsor besar udara.

Tarikan terbaru di Air Panas Bemban, Jasin

- memberi kelonggaran untuk membawa masuk makanan dan minuman dengan pengawasan yang lebih ketat supaya pengunjung tidak membuang sampah merata-rata.

- mewujudkan permainan seperti paintball, wall climbing di kawasan bersebelahan taman tema air.

- menjaga kebersihan di tingkat atas bangunan (surau disediakan di tingkat atas) kerana kawasan tingkat atas kotor - tidak bersapu. Dan ketika kami menikmati makanan di ruang hadapan bangunan taman tema...lalat begitu banyak, kemungkinan ada pemeliharaan ayam di kawasan berhampiran tidak dapat di pastikan. Kawasan bersebelahan juga perlu sentiasa di potong rumputnya agar sentiasa kelihatan bersih dan kemas.

- kawasan titik pertemuan yang dahulunya lengkap dengan kerangka krom besi kini hanya tinggal tapak bersimen sahaja dan pihak Majlis Perbandaran Jasin perlu membinanya semula kerana lokasi yang begitu unik untuk bergambar kenangan.

- tempat membasah badan perlu disediakan di kawasan taman tema air supaya pengunjung tidak perlu ke tandas hanya untuk membilas dan membasah badan

- jika dinamakan laman tiga budaya, sekurang-kurangnya ada inisiatif untuk membina pentas bagi persembahan kebudayaan tiga negeri.

- memasang pembesar suara bagi santapan halwa telinga pengunjung dengan keutamaan kepada siaran  radio Melaka FM.

Apapun pihak pengurusan taman tema air laman tiga budaya perlu belajar dari pengurusan Air Panas Bemban, Jasin yang sentiasa berinovatif untuk menambah baik serta  menarik pengunjung ke sana.

Selamat berkunjung ke Laman Tiga Budaya.
Asahan ..banyak nostalgia lama.

Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT.

6 comments:

  1. Salam sejahtera Tuan Rosli.
    Saya Nasir, dari Laman 3 Budaya menjemput Tuan ke Asahan.
    Ia memungkinkan tuan melihat perkembangan terkini.
    Saya boleh dihubungi di talian 0147310005. Sila like Asahan Waterwater theme park. Tk.

    ReplyDelete
  2. Sya call en.nasir x jawab2..aperlh kata nk meniaga...tuuulh org melayu. .cmner nk maju. .

    ReplyDelete
  3. Salam nak tanya penginapan terdekat kt mana yea..boleh rekomen

    ReplyDelete
  4. Makanan luar tak boleh msuk ke

    ReplyDelete
  5. Salam tuan, saya ingin meminta kebenaran tuan untuk menggunakan salah satu gambar dalam post tuan ini dalam web (non-profit) mempromosi Melaka. Web ini dibangunkan oleh para pensyarah Politeknik Merlimau Melaka untuk mempromosi Melaka dan sebagai platform melatih pelajar kursus pelancongan kami untuk memberi penerangan berkaitan tempat-tempat tarikan pelancong. Tuan boleh hubungi saya di rosheela@pmm.edu.my untuk maklumat bagaimana pihak kami boleh memberi kredit kepada tuan di laman web kami. Terima kasih tuan

    ReplyDelete