Hari ini 25 Feb 2015 : Pos Malaysia mengeluarkan Sampul Surat Hari Pertama Projek Konservasi Panda Gergasi dan Setem gambar Xing Xing dan Liang Liang, pasangan Panda yang dipinjamkan dari China.
Jadi jam 0830 pagi dah ke Pejabat Pos Merlimau, salah satu Pejabat Pos lama di Malaysia. Ingat kan tak ada orang yang membeli Sampul Surat tersebut tapi dah ada 4 orang yang ingin mendapatkan setem tersebut...hmm otai-otai ma, kaum Cina ...memang pengumpul koleksi tegar gaknya. Akhirnya dipermudahkan urusan dapatlah koleksi lengkap Sampul Surat Hari Pertama Panda, setem dan lembaran mini setem dengan harga RM9.90
Sampul Surat Hari Pertama berserta Cop Khas Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi |
Setem Xing Xing dan Liang Liang |
Lembaran Mini Setem RM 8 |
Risalah maklumat Panda |
Fakta menarik pasangan Panda Gergasi ini :
- pasangan panda dilahirkan di Wolong National Natural Reserve, Sichuan pada 23 Ogos 2006.
- Ikon Sukan Olimpik di Beijing pada tahun 2008.
- Rebung, epal, lobak merah dan wu wu tou ( sejenis pau ) telah dihidangkan semasa penerbangan dari negara China ke Malaysia.
- Pasangan panda telah menerima Sijil Malaysia MySecondhome (MM2H) untuk bermastautin di Malaysia selama 10 tahun.
- Xing Xing mempunyai dahi yang lebih luas dan hidungnya yang lebih lebar dan sedikit herot manakala muka Liang Liang adalah lebih bulat dan hidungnya kelihatan lebih mancung dan panjang.
Diharapkan pasangan panda ini akan melahirkan anak selepas musim mengawan iaitu dari bulan Mei hingga Julai.
Entah bila nak melihat sendiri pasangan Panda ini di Zoo Negara Kuala Lumpur. Tunggu depa beranak gamaknya...
Apa pun semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT
No comments:
Post a Comment