Kali ini kisah ayam hutan (Gallus gallus) : Merlimau. Bermulanya kisah tentang penemuan 4 biji telur ayam hutan secara tak sengaja, dah lama rasanya menebas-nebas daun rumput kat tanah kebun tu...maka tetiba berterbangan seekor ayam hutan..terperanjat ler jugak ..tak sangka tanah kebun situ jadi tempatnya bertelur. Maka bila dilihat lokasi tersebut, ternampaklah 4 biji telur..jadi biarlah tanpa diusik hanya ditanda untuk mudah pencarian semula...
Petang tu call Mie ...adik ipar yang cukup obses dengan ayam hutan...maka petang keesokan harinya barulah mula menjengah kembali tempat telur ayam hutan tu dan masih lagi berkeadaan baik telur tersebut. Maka bermulalah kronologi cerita telur ayam hutan : Merlimau ke Kg Kandang untuk proses pengeraman seterusnya...Mulanya risau jugak takut-takut tak menetas namun Allah swt penentu segala. Dua hari lepas telur ayam hutan : Merlimau berjaya menetas kesemuanya...pengeraman bersama ibu angkat telah menjadi tujuh ekor ayam kesemuanya...syukur..
Kronologi bergambar :
Bertambah biak lah nampaknya ternakan ayam hutan adik ipar sesuai dengan minatnya, bila difikir-fikir puaslah juga makan daging ayam hutan hasil pemberian Mie, pekena pula masakan ayam hutan goreng bersambal bonda tersayang...terbaikkk.
Hasil pemeliharaan ayam hutan di Kg. Kandang, Melaka : sama ada ditangkap hidup juga hasil pengeraman. Sebenarnya tak pernah pun mengikut Mie untuk memikat@meracik ayam hutan...hahaha..
Sampul Surat Hari Pertama bertarikh 1 Ogos 2001 adalah bertemakan Ayam Katik (Malaysian Bantams) . Penerangan ringkas di Sampul surat Hari Pertama tersebut : Ayam Katik di Malaysia terutamanya Ayam Serama, Ayam kapan dan Ayam Hutan adalah sangat dihargai kerana kecantikannya. Pemeliharaan Ayam katik akan kekal sebagai hobi yang sangat diminati pada tahun-tahun yang akan datang...
Begitulah kisahnya Ayam Hutan : Merlimau. Apa pun semoga kehidupan kita semua akan dirahmati dan diberkati Allah swt..
Salam encik rosli.. saya sedang mencari pikat/denak ayam hutan, adik ipar encik rosli ade menjual denak/pikat tak? kalau tidak keberatan mohon 'contact no.' beliau.. thanks alot
ReplyDeleteHassan - 0169807906