04 January, 2015

Libur Hujung Minggu : Masjid Cina Negeri Melaka

Maulidur Rasul 1436H semalam, tergerak hati untuk melihat sendiri satu lagi keunikan senibina di Melaka iaitu Masjid Cina yang dibina berasaskan rekabentuk senibina Negara China. Selain untuk kemudahan beribadah masyarakat Islam setempat, ia juga memberikan kemudahan kepada masyarakat Cina Muslim untuk melaksanakan program-program mereka. 

Masjid Cina Negeri Melaka terletak bersebelahan dengan Wisma MAFA@MUSA (Persatuan Bolasepak Negeri Melaka) dan berhadapan dengan padang bola di bawah pengurusan pihak MUSA. Untuk lebih mudah kesini, anda perlu mencari arah ke Stadium Hang Jebat di Krubong, Melaka.

Bahkan ketika berkunjung ke situ, lokasi tersebut menjadi pilihan pasangan pengantin untuk sesi bergambar bagi mengabadikan memori indah di sebalik keunikan masjid berunsurkan senibina Negara China.

Muncul satu lagi daya tarikan pelancongan Melaka Bandaraya Bersejarah :

Pintu gerbang Masjid Cina









Menara dikiri dan kanan Masjid


Ruang dalaman Masjid Cina





Lanskap pokok buluh

Selamat berkunjung ke Melaka, semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah swt.


No comments:

Post a Comment