Dari Muzium Pengangkutan Melaka, kami terjah pula ke Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park di Kg Ayer Panas, Bemban, Jasin Melaka. Pernah buat ulasan tahun 2011 dulu tapi bila tengok banner promosi pelbagai di sana, teringin nak lihat perubahan terkini.
Harga masih macam dulu : Dewasa RM6 dan kanak-kanak RM3 (tapi kena ukur ketinggian ler dulu, jika mencapai 135cm dah kira harga dewasa ...mcm-mcm) dulu ikut tahap umur..tapi untuk kunjungan ke dua, anda simpan tiket masuk untuk mendapat diskaun RM1
Penambahan dua kolam besar menambah daya tarikan namun untuk masuk ke kolam tersebut ada bayaran lagi...hmmm RM5. Di kawasan air panas cuma tambahan kolam kecil.
Waktu beroperasinya ialah pada hari Isnin dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam manakala Selasa hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam. Jumaat hingga Ahad pula dari jam 9 pagi hingga 2 pagi. Yang istimewanya anda boleh membawa masuk makanan dari luar jadi bolehlah menjamu selera di kawasan tersebut.
Dan kemudahan bilik untuk bersolat turut disediakan. Masuk waktu, azan akan kedengaran dari corong radio...
Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah, semoga kehidupan kita dirahmati dan diberkati Allah swt.
Ma Shaa Allah..penjelaan yang jelas..
ReplyDeleteIngatkan rm 6 boleh main semua..hehehehe
Boleh bawa makanan tu pon baik juga
Tuan roslithnin..
Jazakallahu khairan kasira
Barakallahu fikum
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNak tanya ada tak hotel budget yang terdekat dgn kolam air panas ni?
ReplyDeleteAssalammualaikum en rosli
ReplyDeletesaya nak bertanya
adakah tuan pemilik Jasin Hot Springs
Boleh berikan saya no contact tuan
Saya nak tanya,kan ada 2 kolam baru,kalau bayar rm5 tu untuk 1 kolam /dua2
ReplyDelete