15 December, 2013

Pulau Langkawi 2013 : ULD (Hari Ke Tiga)

Hari Ke 3

11 Dis 2013 (Rabu)

Masa pantas berlalu, masuk hari ketiga di Langkawi, berkemas untuk kembali ke daerah tercinta Merlimau, Melaka. Pagi ini kami berhasrat untuk menikmati sarapan pagi di Restoran Lagenda, Holiday Villa Resort. Untuk makluman bagi penginap Federal Villa (Rumah Peranginan Persekutuan), sarapan pagi adalah pilihan anda sama ada Menu JPM : Dewasa RM8.80 dan kanak-kanak RM5.50 atau menu buffet diskaun 20%(harga RM38)

Menu JPM (Penginap Federal Villa)

Nasi Goreng Cina
atau
Mee Goreng Mamak
atau
KueyTeow Goreng

Jus Oren
atau
Jus Epal
atau
Ala Carte Buah2an

Kopi/Teh 


Jadi kami pilih menu JPM je, duduk sahaja di meja..anda akan dilayan sepenuhnya. Alhamdulillah cukup ala kadar mengalas perut sebelum menaiki feri ke Kuala Perlis. Setelah sarapan jenjalan sebentar di pantai. Holiday Villa bakal punya kolam renang terbaru 2014

Kolam Renang di jangka siap 2014


Bergerak ke Jetty Point untuk menaiki Feri ke Kuala Perlis. Harga Tiket Dewasa RM18/Kanak-kanak RM13. Sebelum itu sempat ronda-ronda di Dataran Lang, Taman Lagenda dan beli souvenir. Untuk mereka yang ingin membeli keychain/fridgemagnet/souvenir lain, di cadangkan beli sahaja di kedai cenderahati Jettypoint...nampak lebih terkini dan menarik,pelbagai pilihan.




Cukup sesak pengunjung ke Langkawi, padat penumpang ketika berlepas jam 1345 ke Kuala Perlis. Seat No 391 - 396, jika tidak terlepas pelayaran ke pukul 1500.


Sampai ke Jeti Kuala Perlis hampir jam 3 petang, bergegas ke Terminal Bas Kuala Perlis yang terletak hampir 400mtr dari jeti. Perancangan untuk menaiki bas ke Butterworth berubah dari pelan asal kerana tiada lagi perkhidmatan bas K.Perlis - Butterworth seperti tahun 2007. Nasib baik ada brader offer untuk hantar ke Terminal bas di Kangar (bayar RM20 der satu kete) untuk terus ke Butterworth bagi menyambung perjalanan keretapi ke KL Sentral jam 2230. Masih sempat lagi menjengah Kangar, perjalanan bas Kangar  - Butterworth memakan masa hampir 3 jam : singgah Terminal bas Alor Setar untuk kutip penumpang. bayaran Transnasional Dewasa RM15.10/Kanak-kanak RM11.40. Melalui Seberang Jaya..nostalgia lama..


Rassa di Kangar Long Chan di Melaka
From Kangar With Love
Tiba di Penang Sentral, Butterworth jam 2030, mencari jeruk penang sebagai cenderahati, sempat pekena Capati menanti jam 2230. Masih belum siap sepenuhnya terminal keretapi di Butterworth, tidak seperti di Gemas yang telah beroperasi dengan wajah baru.

Penang Sentral
Cer teka yang mana Buah Melaka
Jeruk Buah Melaka
Harga tiket tempat duduk keretapi Aircond SecondClass : Dewasa : RM34/Kanak-kanak RM21. Secara jujurnya, memang tak boleh lena perjalanan Butterworth - KL Sentral bermula jam 2230 - 0630. Kena cari tempat tidur, baru lena gaknya. Dengan lampu yang terpasang, sejuk sangat aircond, orang lalulalang (nak pi tandas/kantin gaknya)hmm...sabag je la. Lain kali kene pakai penutup mata atau penutup telinga..hahaha..harga makan atas keretapi atas rel darat ..maggi cup RM4, sandwich RM4...mcm kat udara ler pulok...




Hari ketiga menempuh perjalanan berbeza dari Federal Villa ke Jetty Point : Kereta : Untuk ke Kuala Perlis : Feri : Dari Kuala Perlis ke Kangar : Kereta : Dari Kangar ke Butterworth : Bas : Dari Butterworth ke KL Sentral : Keretapi. 

11 Disember 2013 : Nostalgia...Indahnya Malaysia.





No comments:

Post a Comment