13 December, 2013

Percutian Domestik 2013 : Pulau Langkawi - Udara, Laut, Darat (Hari Pertama)

Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinnya kami sekeluarga dapat bersama-sama menikmati percutian keluarga ke Pulau Langkawi..kali terakhir November 2007 ke sana, itupun ketika Qwan berusia 6 bulan dalam kandungan..kali ini 2013, Qwan hampir berusia 6 tahun maka dapatlah anak lelaki tunggalku menikmati indahnya Pulau Lagenda ini..perancangan hampir 3 bulan sebelum 9 Disember 2013 untuk ke sana. Hasratku agar anak-anak dapat merasai pengalaman sebenar dunia pengangkutan awam, justeru dari pengangkutan udara (kapalterbang) laut (feri,bot) dan darat (kereta, keretapi,komuter,bas) ..maka lengkaplah percutian kami kali ini tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku...syukur dimakbulkan doaku agar dipermudahkan segalanya ..

9 Disember 2013 (Isnin)

Terimakasih buat Cikgu Ard dan Miss Daia kerana sudi untuk menghantar kami ke KLIA untuk merasai pengalaman pertama isteri dan anak-anakku menaiki pesawat udara MAS MH 1432 : KUL - LGK. telah ditempah seawal 5 Okt 2013 semasa MAS promo. Dengan harga RM500 (4 Dewasa/2 kanak-kanak) dapatlah kami menikmati indahnya ciptaan Allah dari udara. Sebenarnya dari Melaka Sentral ada disediakan pengangkutan bas dari Melaka ke KLIA/LCCT, seawal jam 5 pagi..next time ler naik bas dari Melaka Sentral ...hmmm






Selamat mendarat di Lapangan Terbang Padang Mat Sirat hampir jam 1130 pagi dan menyewa Viva KDE4491 dengan bayaran RM 210 untuk 48 jam (RM160 harga sebenar/RM50 deposit kereta) . Sewa kereta usah risau, banyak syarikat kereta sewa yang menawarkan perkhidmatan. Viva kena caj RM20 coz ambil di Airport,  pulang semula kat jeti..macam-macam..duit-duit..


Dari Padang Mat Sirat, untuk itenirari hari pertama kami melawat UnderwaterWorld Langkawi sementara menanti pukul 2 petang untuk 'checkin' Federal Villa, Pantai Cenang. Harga tiket UWWL : Untuk kakitangan kerajaan gunakan kemudahan sedia ada dengan menunjukkan kad kerja tapi terhad 2 dewasa dan 2 kanak-kanak sahaja. Harga sebenar dengan MyKad Dewasa RM 28 tapi harga 'Govt Serv' RM 22 dan kanak-kanak RM11..UWWL lebih terkenal dengan penguin..






Pengalaman di UWWL pasti seronok untuk anak-anak melihat hidupan marin dan mendapat info menarik apatah lagi dengan burung penguin yang unik dan terus membiak di bumi Malaysia ini

Dari UWWL kami ke Federal Villa untuk penginapan 3 hari 2 malam dan telah ditempah seawal 1 Oktober 2013 untuk 2 bilik deluxe dengan bayaran RM 308, jadi sebagai ktgn kjaan gunakan kemudahan yang diberikan..anda boleh online web bph.gov.my untuk menempah penginapan tersebut. Federal Villa sebenarnya diuruskan oleh Holiday Villa Beach Resort & Spa. Jika lihat brosurnya, harga sebenar bilik deluxe adalah RM310 semalam. Namun syukur kerana dari bilik deluxe, kami ditawarkan Apartmen Suite yang harga sebenar RM510 semalam, entahlah kenapa, rezeki jangan ditolak...alhamdulillah..Segala fasilitas di Holiday Villa boleh digunakan oleh penginap di Federal Villa, dengan pantai yang cantik pasti menarik minat pengunjung.






Seterusnya kami meneruskan misi ke Langkawi SkyCab, penuh sesak dengan pengunjung, harga tiket Dewasa :RM 15 dan kanak-kanak RM10. Beli tiket jam 1600 : Boarding time 17:30...Boarding Batch : I..hmm hampir sejam setengah menunggu panggilan Batch I, ronda-ronda dulu Oriental Village. Jumpa orang kampung, jumpa rakan setugas lama...musim berlibur ler..Satu kereta kabel untuk 6 orang jadi mudahlah untuk kami bersama-sama...4 Dewasa 2 kanak-kanak..hmmm









Cukup untuk itenirari hari pertama, balik semula ke Federal Villa untuk rehatkan badan..2nd day ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar (lihat helang menyambar makanan) dan Makam Mahsuri. Secara ringkas hari pertama, harga makanan melambung-lambung terutama di kawasan Pantai Cenang, kena pandai cari lokasi makanan yang tertera harga makanan untuk memudahkan bajet. Malam hari pertama berkunjung ke Restoran Haji Jelani...bungkus Nasi Goreng Kampung, Mee Goreng Basah  untuk anak-anak yang keletihan. Nostalgia 9 Dis 2013...Cenang Nite.











3 comments:

  1. wah bestnya !.. org melaka juga rupanya.. Teringin nak g sini jugak..

    ReplyDelete
  2. Selamat Berlibur Cik Sal...TMM 2014

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete