01 December, 2013

Disember 2013M/Muharam/Safar 1435H

Menginjak kita semua ke penghujung tahun : Disember 2013 : bermulanya musim perkahwinan, musim berlibur, musim berkhatan, musim tengkujuh. Dalam tiap hujung minggu bersusun kad jemputan walimatulurus. Merasai menu berbeza dalam tiap masakan...nasi briyani,nasi hujan panas, nasi minyak..begitu juga cenderahati menarik dari pihak tuan rumah..semalam (30 Nov) : sebotol kecil marshmellow, sebiji mangkuk Ishizuka..menikmati masakan dari pihak katering yang berbeza, indahnya Malaysia aman makmur..syukur kehadrat Allah swt..

Semalam juga bersama keluarga bersantai ke Stadium Hang Tuah@ Stadium Kubu menyaksikan perlawanan persahabatan antara Melaka United dan Perak FA jam 0845 malam, padat Stadium, rakyat Melaka lama mengimpikan perkembangan memberansangkan sukan bolasepak, nostalgia 1983 ..semoga dengan penjenamaan baru, pengurusan baru dan suntikan dana penaja yang menjangkau jutaan ringgit akan memberi impak baru dalam dunia bolasepak Melaka...2014 Liga FAM, 2015 Liga Premier, 2016 Liga Super : 
"Go Go Melaka Go" "Gegau Melaka Gegau"...

Berikut antara aktiviti menarik Bulan Disember 2013 :

Rainforest Challenge (RFC) 2013 : 1 Dis - 9 Dis 2013 : Kemaman,Dungun,Tasik Kenyir, Terengganu : Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013, RFC bakal menyaksikan xpdc pengembaraan offroad selama 10 hari. Peserta berkerjasama untuk mengatasi rintangan serta mengharungi cabaran yang ekstrem di sepanjang laluan.

Night Safari@Sabah Museum : Disember 2013 : Muzium Sabah : Pengalaman yang menarik buat para peserta cilik untuk mengalami keseronokan menimba ilmu di Night Safari. Acara malam ini memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui lebih mendalam tentang hidupan liar pada waktu malam.

2013 Kids Golf World Championship Malaysia : 2 Dis - 6 Dis 2013 : Pulai Spring Resort dan Palm Resort Golf & Country Club Johor Bahru : Buat peminat cilik golf bagi mengasah bakat sebenar dalam sukan golf.

Sepang 1000km Endurance Race (SIK) 2013 : 5 Dis - 7 Dis 2013 : Sepang International Circuit : SIK adalah acara perlumbaan kereta di bawah 1900cc yang mendapat perhatian dan penyertaan dari luar negara. Sila layari www.sepangcircuit.com

Snow White & The Seven Dwarfs, The Musical : 7 Dis 2013 - 1 Jan 2014 : Sunway Lagoon, Bandar Sunway : Teater muzikal berdurasi 2 jam 15 minit dihasilkan oleh penerima Anugerah West End iaitu Chris Colby dan David Kort. Untuk maklumat lanjut sila layari www.sunwaylagoon.com

MKH Putrajaya International 12 Hour Walk 2013 : 7 Dis - 8 Dis 2013 : Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya : Jom sertai acara berjalan kaki yang berlangsung sepanjang dua hari. 
Terdapat kategori yang dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita. Sila layari   www.racewalkermalaysia.com untuk maklumat lanjut.

Sabah Open Dancesport Championship : 7 Dis 2013 : I Borneo Ballroom, I Borneo Hypermall, Kota Kinabalu : Acara tahunan ini kembali untuk edisi yang ke-13. Bakal menyaksikan geraktari daripada peserta tempatan dan antarabangsa seperti Taiwan, Brunei dan Australia. 

Hobbycon 2013 : 14 Dis - 15 Dis 2013 : Likas Sports Complex (Dewan Badminton) : Acara terbesar buat peminat komik, anime, koleksi patung, cosplay costumes dan mainan. Merupakan satu platform buat golongan muda untuk menunjukkan bakat dan berkongsi hobi kegemaran mereka. Untuk maklumat lanjut sila layari www.hobbycon.my

Selamat Hari Lahir Buat Diriku : 23 Disember : Syukur kehadrat Allah swt..Ya Allah aku memohon keampunanMu, rahmatMu, taufik dan hidayahMu. Limpahilah diriku dan keluargaku nikmat Iman..Berkatilah kehidupan kami sekeluarga dan permudahkanlah segala urusan kami...InsyaAllah..

Hari Krismas : 25 Dis 2013 : Seluruh Malaysia : Perayaan terbesar buat penganut agama Kristian.

New Years Eve 2014 : 31 Disember 2013 : Sekitar Kuala Lumpur : Saksikan acara sambutan tahun baru 2014, bakal dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api, di beberapa lokasi seperti Petronas Tower KLCC Park, Damansara Mutiara, Sunway Pyramid, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka.

Akhir kata selamat menempuh Bulan Disember/Muharam/Safar...semoga kehidupan kita semua diberkati Allah swt. Selamat Berlibur : Langkawi Aku Datang Dis 2013......




No comments:

Post a Comment