06 March, 2011

Merlimau DUN ku sayang....


6 Mac 2011 - Hari ini bergerak bersama famili pulang ke Merlimau, tanah kelahiran aku, isteri dan tiga anak perempuan kecuali Qwan anak kelahiran Kuala Pilah, N.Sembilan...apapun isteri yang teruja untuk mengundi setelah tidak dapat mengundi pada 7 Mac 2008 apabila melahirkan Khairul Ikhwan di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah pada saat pilihanraya umum lepas..untuk aku insyaallah hujung tahun bakal mendaftar sebagai pengundi di DUN ku sayang..apabila bakal mengakhiri status pengundi pos sejak 22 tahun lepas..seronok melihat suasana pilihanraya kecil hari ini..tahniah untuk YB Roslan Ahmad anak jati Merlimau telah berjaya meningkatkan majoriti undi 3,643 undi berbanding 2,154 undi pada PRU 2008..semoga dapat mengalas tanggungjawab sebagai wakil  rakyat baru di Merlimau dan dapat meneruskan kesinambungan pembangunan dan aman damainya masyarakat majmuk Merlimau..


Tamat sudah teka teki YB baru di DUN Merlimau dan Kerdau..semoga YB akan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin..dan esok sebelum DUN Melaka bersidang..YB Roslan Ahmad akan mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah selepas 12 jam dipilih sebagai ADUN Merlimau...

No comments:

Post a Comment