04 August, 2011

Amalan di bulan Ramadan

Dah 4 Ramadan 1432H hari ini bersamaan 4 Ogos 2011..SMS hari ini dari teman-teman rakan seperjuangan mengingatkan tentang hari ini menjadi sejarah tamatnya perkhidmatan dalam dunia ketenteraan, penuh nostalgia suka duka, pahit manis..meredah hutan belukar sempadan Msia-Thai, indahnya salji tika Ex Suman Warrior di New Zealand, bertuahnya diri menjadi guru kelas/tenaga pengajar di SPPTD, segaknya diri ketika dilantik sebagai  Pengawas Peperiksaan SPM di sekolah menengah sekitar Port Dickson..ermmm pantas masa berlalu..teringat snorkeling Pulau Kapas, canopy walk Taman Negara Pahang, cantiknya burung-burung di Fraser Hill..pengalaman ketika di Sungai Buloh, banyak sebenarnya kisah suka duka..semuanya tinggal nostalgia..esok hari baru sebagai 'pesara'..semoga hari mendatang  akan terus dipayungi rahmat Allah s.w.t..setakat ini masih terus berlibur, santai dengan kehidupan.
Ramadan 1432H yang berbeza, semoga diberkati setiap amalan..insyaallah..
Antara amalan-amalan yang menjadi keutamaan sepanjang Bulan Ramadan ini :
1. Berpuasa dengan ikhlas,hanya inginkan keredhaan Allah.
2. Jauhi sama sekali dari percubaan merosakkan puasa dengan berbuka tanpa keuzuran kerana amalan itu termasuk dosa besar yang dilaknati Allah.
3. Hidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah seperti solat Tarawih dan Tahajud, terutama malam Lailatul Qadar.
4. Pastikan sumber makanan dan minuman di sepanjang bulan ini jauh dari sumber haram atau yang meragukan supaya puasa dan doa kita dimakbulkan.
5. Berusaha untuk berbuka puasa secara beramai-ramai kerana pahalanya lebih besar dari berbuka bersendirian.
6. Sentiasa lakukan solat lima waktu secara berjemaah.
7. Perbanyakkan bersedekah kerana sedekah pada bulan ini lebih afdal berbanding bulan-bulan yang lain.
8. Awasilah diri kita dari menghabiskan waktu tanpa faedah kerana Ramadan merupakan bulan ibadah.
9. Jika berupaya, kerjakan umrah kerana umrah pada bulan Ramadan bersamaan dengan sekali ibadah haji.
10. Laksanakan ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana sahur itu sunnah Rasulullah SAW.
11. Segera berbuka setelah masuk waktunya.
12. Sempurnakan mandi wajib sebelum naik fajar, supaya dapat meneruskan ibadah puasa dalam keadaan bersih dan suci dari hadas besar.
13. Banyakkan zikir terutama membaca Al-Quran yang merupakan sebaik-baik cara berzikir, supaya kita beroleh syafaat al-quran pada hari akhirat.
14. Pelihara lidah dari berdusta, mengumpat, maki hamun dan sebagainya kerana amalan ini pada bulan Ramadan lebih besar dosanya.
15. Segala gerak-geri dan tindakan kita hendaklah tenang, tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar dari batas-batas kesederhanaan.
16. Pastikan kita dalam bulan Ramadan ini tidak melakukan sesuatu yang dilarang Allah dan mentaati segala suruhan Nya.
17. Banyakkan zikir dan istighfar dan memohon rahmat daripada Nya terutama ketika berbuka dan bersahur.
18. Banyakkan doa untuk diri sendiri, ibu bapa, anak-anak dan seluruh umat Islam supaya sama-sama dikurniakan kesejahteraan.

19. Bertaubat kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh dengan meninggalkan maksiat, menyesali segala dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.

20. Setelah selesai puasa Ramadan, teruskan dengan berpuasa enam hari pada bulan syawal kerana ganjarannyaseumpama berpuasa sepanjang tahun.
                                                                  
                            *Petikan dari Mingguan Wanita :30 Syaaban - 6 Ramadan 1430H


Akhir kata, salam Ramadan, selamat berpuasa, semoga kita semua akan sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t..insyaallah.

01 August, 2011

Salam Ramadan 1432H

Alhamdullilah..Ramadan Al Mubarak kembali lagi. Ramadan bulan rahmat dan bulan berkat. Bulan Ramadan, kehadirannya dinanti pemergiannya ditangisi. Pagi ini hujan rahmat turun mencurah di tanah yang indah ini..Merlimau...Surau yang lama ditinggalkan kembali aku kunjungi, menggamit nostalgia semasa remaja...setahun berlalu, solat terawih kembali dapat dinikmati bersama sahabat-sahabat..masyarakat setempat...

Semalam juga beberapa SMS ucapan sempena kehadiran Ramadan 1432H..terasa masih baru membaca SMS ucapan Syawal 1431H..masa begitu pantas berlalu..apakah kan bisa ketemu Ramadan akan datang..?

1. Kian jauh tirai Syaaban , kian dekat lambaian Ramadan, Luhur Iman ikhlas amalan, Luhur Ibadat diberkati Tuhan..selamat menyambut Ramadan Al Mubarak..

2. Bulan yang indah kerana cahaya, indah lagi jiwa yang suci, sucikan diri dgn pahala..Al Mubarak menjelang lagi ..sama-samalah kita imarahkan diri..selamat bersahur dan selamat berpuasa..

3. Slmt menyambut bulan Ramadan semoga puasa tahun ini mendapat kerahmatan, keampunan dan bebas diri azab api neraka Allah s.w.t ..insyaallah

4. Jika harta adalah racun, zakat lah penawarnya. Jika umur adalah dosa, maka takwa dan taubat ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadan pemutihnya. Sesiapa yang mendirikan Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan pahala maka diampunkan baginya dosa yang lalu...

5. Pesanan Jibril a.s kepada Nabi S.A.W tika hadir Ramadan ..'Jangan lupa bermohon maaf dgn 3 golongan ketika hadir Ramadan..1. maaf thdp kedua ibubapa 2. maaf sama suami isteri 3. maaf thdp klrga, sahabat dan mrk disekeliling kita..selamat myambut Ramadan Al Mubarak..semoga dimurahkan rezeki, dikuatkan iman dan diberkati Allah..Amin

6. Assalamualaikum, my name is Syaaban. I would like to remind you that my neighbour Ramadan is visiting you soon with his wife Rezeki and two children Sahur and Iftaar. They will be accompanied by three grand children Rahmat, Barakat and Taubat and will leave after 29 or 30 days by Eid Airlines. May you and your family have a blessed journey this Ramadan. Ramadan Kareem..wassalam..

Begitulah beberapa SMS yang diterima,  tetap berlegar isi yang sama tentang Ramadan Al Mubarak Bulan Penyucian Jiwa..sempena bulan Ramadan ini sama-samalah kita memohon doa agar Allah lanjutkan usia serta diberikan kesihatan yang baik..mudah-mudahan dapat bertemu Ramadan akan datang..Segala puji kepada Allah s.w.t mudah-mudahan Ramadan kali ini dapat memberi impak positif untuk diri, keluarga serta masyarakat..insyaallah

28 July, 2011

Malaysia : 2012-2014 -2018-2022

Malam ini pasti mencatat sejarah dalam sukan bolasepak tanahair, Stadium Bukit Jalil kembali menggamit puluhan ribu peminat sukan no.1 di Malaysia..betapa meriah suasana bagaikan ketika perlawanan persahabatan dengan Liverpool tempohari. Apapun sekurang-kurangnya gelombang sorakan peminat pasti akan memenuhi dan menyokong pasukan Malaysia sekiranya prestasi membanggakan ditunjukkan. Ada dua misi di peringkat kelayakan Piala Dunia 2014 dan misi pasukan muda Malaysia ke Sukan Olimpik 2012..
Dengan kemenangan secara aggregat berpihak kepada Pilihan Singapura pastinya ia menjadi cabaran getir untuk pengurusan FAM mencari jalan terbaik untuk memikirkan bagaimana menghadapi lawan yang lebih besar susuk tubuhnya..bahkan ke enam-enam gol Pilihan Singapura dijaringkan oleh pemain-pemain 'impot' mereka..benteng pertahanan perlu difikir2kan..tahniah untuk Khairul Fahmi yang berjaya menunjukkan permainan terbaik..Liga Bolasepak Malaysia 2012 tahun hadapan  akan menyaksikan pertembungan semula pemain-pemain impot dalam kancah bolasepak negara..malah Young Lion dan Harimau Muda akan saling bermain dalam Liga bola sepak Malaysia dan Singapura..

Bagaimana kecewanya penyokong Indonesia ketika Piala AFF Suzuki, begitu juga hampanya penyokong Malaysia ketika ini...banyak perkara perlu difikirkan oleh FAM bagi mencari jalan/misi ke arah kejayaan buat julung kalinya ke Rusia World Cup 2018 dan Qatar World Cup 2022
Apapun moga pasukan Olimpik Malaysia yang sedang berkelana di Slovakia akan berjaya menebus maruah negara menjelang pertemuan peringkat kumpulan September nanti..
Akhir kata selamat berlibur, majulah sukan untuk negara dan sesungguhnya 'Sukan membentuk Perpaduan'...gagal ke  Brazil 2014...pastikan Russia 2018  jadi misi terbaru...

17 July, 2011

Jalan-jalan bersama..floria


Tiga perkara untuk menyemarakkan institusi kekeluargaan : Solat jemaah bersama, makan-makan bersama dan jalan-jalan bersama...untuk itu semalam sepertimana rutin utk jalan2..bersama famili ke Floria 2011 di Presint 2, Putrajaya..alhamdulillah, dapat menjejaki kaki semula setelah kali pertama ke Floria 2010..jika tahun lepas bertema 'keindahan tropika', tahun ini tema bunga ros - 'roses are forever'..cuaca yang cukup baik dan ribuan pengunjung mengunjungi Floria 2011 semalam..moga aman DAMAI pada tanah yang indah ini..sebenarnya bukan 'kaki bunga' pun tetapi sekurang-kurangnya aktiviti bersama famili, menikmati pusat pentadbiran negara dengan pelbagai jenis taman dapat menjadi kalendar dalam 'jalan-jalan' famili kami, setidak-tidaknya cuti hujung minggu dapat digunakan secara bermanfaat...



Setelah puas meronda di Tapak Floria..kemudian bersama famili bersantai menikmati bekalan makanan di Taman Putra Perdana - dah ada taman permainan untuk kanak-kanak berbeza dengan kunjungan tahun lepas. Kemudian bergerak ke Taman Botani..tak cukup sehari jika ingin menikmati taman-taman yang ada di Putrajaya..insyaallah punya masa lain kali akan cuba jelajah Putrajaya Wetland, millenium monument, taman wawasan, taman rimba alam, taman saujana hijau dan terbaru Muzium Alam Semulajadi...alhamdulillah nikmat kemakmuran, moga DAMAI pada tanah yang indah ini..

Selain itu antara info terkini di Taman Warisan Pertanian adalah program 'Jom Makan Buah' mulai 29 - 31 Julai 2011 (Jumaat dan Sabtu 10 pagi hinga 10 malam) dan (Ahad 10 pagi hingga 6 petang) - Pakej 1: pilih,timbang bayar dan makan buah. Pakej 2 : Makan buah hingga puas (Dewasa RM18 dan kanak-kanak - 7 hingga 12 tahun RM 10) - selamat menikmati buah-buahan tempatan, tahun lepas bersantai di teratak ladang getah disitu..nyaman rasanya..

Perjalanan pulang..merentas buat pertama kali lebuhraya LEKAS..alhamdulillah nikmat pembangunan di bumi bertuah ini, menjelajah Restoran  A&W  di Taman Tasik Seremban, lama dah rasanya bertapak restoran tu..ermm hasrat anak-anak hendak kesana cuma terkilan tak dapat menikmati perarakan bot berhias dan pertunjukan bunga api di persisiran Tasik Presint 2 yang bermula jam 8.30 malam..insyaallah tahun hadapan kena aturkan itinerari yang lebih lengkap..paling tidak pun  menginap semalam di Putrajaya..

Akhirkata..selamat berlibur, hargailah kedamaian yang telah sekian lama kita nikmati di bumi bertuah ini : MALAYSIA




05 July, 2011

Julai 2011

Bulan Jun 2011..banyak nostalgia yang tercatat dalam diari kehidupanku..penghujung Jun yang menyaksikan penamat kursus dan tamatnya pemastautin sementara di Bamboo River. Pelbagai catatan peristiwa penghujung Jun..penyerahan kunci 11F-G-05 (hampir setahun menginap di bilik ni), majlis penyampaian sijil SKM Tahap 3 - Nature Guide oleh PAT...huhu dan proses penerimaan My Kad setelah hampir 22 tahun hanya bergelar 'pengundi pos', moga tahun ini DUN Serkam Parlimen Jasin akan menerima seorang lagi pengundi baru..

Bulan Julai muncul untuk aku menamatkan sisa kehidupan dunia 'berbeza', rasa syukur kerana sekurang-kurangnya dunia lama telah menyediakan tapak landasan dalam mencari rezeki untuk menempuh ruang kehidupan dulu, kini dan mendatang..

Antara aktiviti pilihan Bulan Julai :

7 Julai 2011 - Sambutan Hari UNESCO World Heritage City Melaka 2011
Tempat : Bandar Melaka

8 - 10 Julai 2011 - Rainforest World Music Festival
Tempat : Kampung Budaya Sarawak

8 - 10 Julai 2011 - Pameran Islam Antarabangsa :Produk-produk muslim. Antara aktiviti ialah jualan, pengedaran produk sampel, pengedaran risalah, demonstarasi produk.
Tempat : Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur

9 - 17 Julai 2011 - Putrajaya Floria ( Bagi yang meminati pokok bunga, perarakan dan pelbagai aktiviti lain. Tahun ini bertemakan 'Ros untuk selamanya'. Pasti menarik untuk pengunjung menikmati keindahan pelbagai pokok bunga.
Tempat : Pesisiran Tasik Presint 2 Putrajaya.

9 - 10 Julai 2011 Pertandingan Senaman Yoga. Terbuka kepada orang dewasa yang berusia 19 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 4 tahun. Untuk mendaftar :RM 15 untuk kanak-kanak dan RM30 untuk dewasa. Pamerkan lima posisi yoga kegemaran anda.
Tempat : Pusat Belibelah 1 Utama

13 Julai 2011 - Festival Permainan Tradisional. Mengetengahkan permainan seperti gasing, galah panjang dan ketingting. Pertandingan permainan tradisional turut diadakan.
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Tembeling, Kuala Lumpur.

16 Julai 2011 Festival Bon Odori. Bon Odori bermakna tarian ringkas Bon yang diadakan setiap tahun ketika Obon.  Bertujuan mendedahkan budaya Jepun serta pelbagai makanan, seni dan tarian yang berasal dari Jepun.
Tempat : Stadium Matshushita, Shah Alam, Selangor.

18 Julai 2011 Ipoh Open International Run. Sertai larian bersama pelari antarabangsa.
Tempat : Ipoh, Perak.

22 - 24 Julai 2011. Port Dickson International Triathlon 2011. Dengan kombinasi 3 aktiviti berlari, berenang dan menungang basikal, triathlon sememangnya aktiviti yang ditunggu oleh beribu orang peminatnya yang datang dari seluruh dunia.
Tempat : Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selamat tinggal Jun, selamat datang Julai..selamat tinggal Rejab, selamat datang Syaaban..moga kita semua akan sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t..insyaallah..selamat berlibur...



07 June, 2011

Coral Wonderland - Produk terbaru di Melaka


Setelah muncul Melaka Wonderland, taman tema air di Ayer Keroh..kini satu lagi produk pelancongan terbaru di Melaka iaitu Coral Wonderland..terletak di Tingkat 4, Dataran Pahlawan, Melaka Megamall. Untuk lebih mudah kesana apabila berada di Melaka Megamall ,cari arah Bank OCBC dan bolehlah membuat senaman berjalan kaki ke Tingkat 4..jika ikut risalah yang diberi...Coral Wonderland : 'the first & only Coral Park in Malaysia'..'aquaculture of clown fish & seahorse'..'the longest touch pool in Asia'..'the longest coral aquarium in Malaysia'..and 'over 1000 colourful species marine fishes and corals'..kiranye hebat juga le tarikan terbaru di Melaka...
Meredah bersama famili, benar-benar memberi kepuasan apatah lagi bersama menjalani senaman berjalan kaki..hari ahad yang padat di Bandar Hilir..pusing2 mencari parking, akhirnya dapat juga di kawasan belakang Mahkota Parade..ronda2 dahulu di Seleria Foodcourt, sambil Qwan dan Nisa bermandi-manda di kawasan tersebut..bayaran RM3..baju dan seluar, tuala mandi disediakan percuma tapi kene letak deposit dulu RM10 sepersalinan..menikmati asam pedas pari dan daging tetel..relax minda..kemudian bergerak ke seberang jalan ke Dataran Pahlawan untuk meneroka Coral Wonderland..nak tinjau2 kawasan baru tersebut..ada promosi hingga 12 Jun, beli 2 tiket percuma 1 tiket..pemegang MyKad - Dewasa RM30, Kanak2 RM20, Warga Emas RM20. Dibuka setiap hari daripada Isnin - Jumaat : Jam 11 pagi hingga 9.30 malam dan untuk hujung minggu, cuti kelepasan am dan cuti sekolah : 10.30 pg hingga 9.30 mlm..last admission : 8 mlm..
Di pintu masuk sahaja anda akan dapat melihat kawanan ikan jerung.. barrier reef shark.. jika tak silap, kemudian anda berpeluang memegang sendiri anak ikan jerung antaranya bambooshark, fauna lain seperti tapak sulaiman, gamat, ikan 'neno', belangkas (horsecrab) bukan lengkuas ye..tak puas semasa di Aquaria KLCC last year..kali ini dapat pegang sendiri landak laut, tapak sulaiman...

Kemudian menikmati keindahan batu karang, indahnya ciptaan Allah..itulah agaknya peminat-peminat skuba boleh jatuh cinta dengan dasar samudera yang ada di Pulau2  Malaysia seperti Pulau Mabul, Pulau Redang, Pulau Kapalai dan Pulau Perhentian. Teringat jelajah ke Pulau Kapas tahun lepas, walau pun hanya snorkling namun cukup indah dasar laut melihat kawanan ikan dari jenis 'clown fish'..karangan batu karang meski pun ada yang telah bertukar putih...
Sedikit info tentang 'coral bleach' : Pelunturan batu karang boleh berlaku apabila ia bertindak balas dengan tekanan seperti sinaran matahari yang lebih kuat daripada biasa dan juga kenaikan suhu laut. Tekanan tersebut akan menyebabkan alga yang tinggal di dalam batu karang akan menghilang. Ia berfungsi sebagai pemberi nutrisi dan warna kepada batu karang. Tanpa alga tersebut, batu karang akan bertukar menjadi putih dan akan mati dalam masa beberapa hari. Selain itu xtvt manusia spt urbanisasi,pencemaran disebabkan pertanian serta xtvt mengorek pasir dalam laut turut menjadi faktor kepada proses tersebut berlaku.
Anda dapat melihat pelbagai spesis ikan marin..angle fish,clown fish..sea horse..dan ada sotong kurita..mana tahu nanti boleh dipopularkan untuk meramal perlawanan sukan seperti popularnya 'mendiang sotong Paul' ..hahaha...
Selamat berkunjung ke Melaka...dan bagi mengisi masa riadah di Bandar Hilir, selain membeli belah, berlibur di kawasan gerbang A Famosa, kawasan baru Hatten Square di Melaka Megamall..Coral Wonderland pasti menjanjikan kelainan...Selamat berkunjung ke Melaka..ingat laluan masuk bukan sahaja di Plaza Tol Ayer Keroh, anda boleh juga datang dari Tol Simpang Empat, Alor Gajah manakala dari arah selatan ikut Tol Merlimau atau jalan lama dari Sungai Rambai...selamat berlibur..

01 June, 2011

Jun 2011

Bulan Jun kembali, minggu ini juga akan tamat LSK aku di Rinhanie Travel Agency, Batu Kikir..terima kasih atas pihak syarikat kerana berkerjasama memberi ruang untuk melaksanakan LSK sejak Februari lepas..penghujung bulan ini juga akan tamat secara rasmi kursus di PERHEBAT..lepas itu meniti hari-hari terakhir untuk beralih arah ke alam awam..menanti penerimaan My Kad..hmmm..

Antara acara pilihan bulan Jun :

Pesta Sungai Melaka
1 Jun - 30 Jun 2011

Tempat : Dataran Sungai Melaka

Istiadat Mengarak Panji-Panji SPBYDP Agong
4 Jun 2011

Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Bravo Broadway Kuala Lumpur.
3 Jun -5 Jun 2011

Bagi mereka yang ingin menyaksikan persembahan Broadway. Terdapat pelbagai jenis muzik dipentaskan seperti Gypsy, Funny Girl, Cabaret, Les Miserables, Mama Mia, Phantom of The Opera.

Tempat : Galeri Petronas Lot 341-343, Level 3, Suria KLCC

Hari Gawai Dayak
1 Jun - 2 Jun 2011

Bagi Masyarakat Bidayuh dan Iban di Sarawak. Meraikan Pesta Menuai Padi.

Tempat : Sarawak

Perayaan Rumah Terbuka Tadau Kaamatan
5 Jun 2011

Perayaan Pesta Menuai Padi disambut masyarakat di Sabah. Bertujuan berakhirnya Pesta Menuai Padi dan bermulanya musim baru.

Tempat : Sabah

Festival Pertandingan Penang Perahu Naga Peringkat Antarabangsa
11 Jun - 12 Jun 2011

Tempat : Teluk Bahang, Pulau Pinang

Karnival Mega Sale Malaysia
15 Jun - 31 Ogos 2011

Jangan lepaskan peluang untuk membeli belah kali ini.

Tempat : Seluruh Malaysia

Festival Jazz ke 5 Kota Kinabalu
17 Jun - 18 Jun 2011

Persembahan pelbagai artis yang berpengalaman luas dalam persembahan Jazz kali ke 5

Tempat : Kota Kinabalu

Super GT International Series Malaysia
17 Jun - 19 Jun 2011

Siri perlumbaan kereta Jepun terhebat.

Tempat : Sepang International Circuit (SIC) Selangor
                                                                                      *Sumber rujukan Majalah Libur Jun 2011*

Selamat menempuh bulan Jun..moga sentiasa dipayungi rahmat dari Allah s.w.t..insyaallah