17 July, 2011

Jalan-jalan bersama..floria


Tiga perkara untuk menyemarakkan institusi kekeluargaan : Solat jemaah bersama, makan-makan bersama dan jalan-jalan bersama...untuk itu semalam sepertimana rutin utk jalan2..bersama famili ke Floria 2011 di Presint 2, Putrajaya..alhamdulillah, dapat menjejaki kaki semula setelah kali pertama ke Floria 2010..jika tahun lepas bertema 'keindahan tropika', tahun ini tema bunga ros - 'roses are forever'..cuaca yang cukup baik dan ribuan pengunjung mengunjungi Floria 2011 semalam..moga aman DAMAI pada tanah yang indah ini..sebenarnya bukan 'kaki bunga' pun tetapi sekurang-kurangnya aktiviti bersama famili, menikmati pusat pentadbiran negara dengan pelbagai jenis taman dapat menjadi kalendar dalam 'jalan-jalan' famili kami, setidak-tidaknya cuti hujung minggu dapat digunakan secara bermanfaat...



Setelah puas meronda di Tapak Floria..kemudian bersama famili bersantai menikmati bekalan makanan di Taman Putra Perdana - dah ada taman permainan untuk kanak-kanak berbeza dengan kunjungan tahun lepas. Kemudian bergerak ke Taman Botani..tak cukup sehari jika ingin menikmati taman-taman yang ada di Putrajaya..insyaallah punya masa lain kali akan cuba jelajah Putrajaya Wetland, millenium monument, taman wawasan, taman rimba alam, taman saujana hijau dan terbaru Muzium Alam Semulajadi...alhamdulillah nikmat kemakmuran, moga DAMAI pada tanah yang indah ini..

Selain itu antara info terkini di Taman Warisan Pertanian adalah program 'Jom Makan Buah' mulai 29 - 31 Julai 2011 (Jumaat dan Sabtu 10 pagi hinga 10 malam) dan (Ahad 10 pagi hingga 6 petang) - Pakej 1: pilih,timbang bayar dan makan buah. Pakej 2 : Makan buah hingga puas (Dewasa RM18 dan kanak-kanak - 7 hingga 12 tahun RM 10) - selamat menikmati buah-buahan tempatan, tahun lepas bersantai di teratak ladang getah disitu..nyaman rasanya..

Perjalanan pulang..merentas buat pertama kali lebuhraya LEKAS..alhamdulillah nikmat pembangunan di bumi bertuah ini, menjelajah Restoran  A&W  di Taman Tasik Seremban, lama dah rasanya bertapak restoran tu..ermm hasrat anak-anak hendak kesana cuma terkilan tak dapat menikmati perarakan bot berhias dan pertunjukan bunga api di persisiran Tasik Presint 2 yang bermula jam 8.30 malam..insyaallah tahun hadapan kena aturkan itinerari yang lebih lengkap..paling tidak pun  menginap semalam di Putrajaya..

Akhirkata..selamat berlibur, hargailah kedamaian yang telah sekian lama kita nikmati di bumi bertuah ini : MALAYSIA




2 comments:

  1. bestnya,...fara tak dapat g pesta bunga ..hhuhuhu..sedih

    ReplyDelete
  2. mmmm...nak bermalam boleh jer...bukannya tak de sepupu kat area Putrajaya tu..hampeh...

    ReplyDelete