27 January, 2017

Jan 2017 : Jenjalan Legoland Malaysia Resort

21 Jan 2017 : Alhamdulillah tertunai sudah hasrat anak-anak ku untuk ke Legoland Malaysia. Pertamanya Riya : dua kali rombongan sekolah terbatal untuk ke Legoland..hingga aku gelar Cikgu yang menguar-uarkan rombongan ke sana  : Cikgu Legoland. Kedua Nisa sebagai janji mencapai UPKK 8A dan pastinya teruja untuk ke destinasi tersebut ialah Ikhwan : bila dapat tahu Legoland telah membuka satu lagi tarikan terbaru Ninjago Ride..

Bagi warganegara Malaysia akan mendapat diskaun harga : Dewasa RM146 dan kanak-kanak RM116 dan teristimewa bagi pemegang kad Maybank mendapat diskaun harga 30%...jadi pemegang kad Maybank perlu bayar melalui kad debit/kad kredit...pastikan amaun harga tiket mencukupi dalam akaun.

Jom ke Legoland :

Kawasan parkir


Sila zoom untuk lihat harga tiket


Miniland

ChimaLand


Lego Starwars
Sejukkan badan dalam panggung wayang
Welcome Ninjago

Menara Taming Sari@Legoland
Duk sini berjam2 pun takpe budak ni
Hotel Legoland..ntah bila dapat nginap kat sini
Tambah koleksi from Legoland
Welcome to Legoland Malaysia
Hotel Nusa CT..nginap semalam je....terbaik

Masih belum puas rasanya ronda-ronda di Legoland meskipun hampir 5 jam disitu. Nasib baik masuk pukul 10 pagi kerana hujan mula turun jam 4 petang. Seronok menerjah bersama anak-anak di Ninjago The Ride, Technic Twister,menaiki menara berputar dan menonton wayang Lego4D...

Menginap semalam di Hotel Nusa CT Gelang Patah (lebih kurang 10 minit ke Legoland) : lengkap dengan iringan berus gigi,ubatgigi, botol mandian, gula krimer nescafe tea..dan sarapan pagi untuk 2 pax. Terima kasih untuk Hotel Nusa CT...duk hotel bajet kat PD pun tak ada macam di sini..

Akhir kata selamat berlibur untuk semua sempena CNY...semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT...aamiin



No comments:

Post a Comment