10 January, 2017

10.01.2017 : Koleksi Setem Ayam Serama

10.01.2017 : Pos Malaysia keluar setem ayam serama sempena Tahun Baru Cina. Pagi ini berbaris panjang di Pejabat Pos Besar Melaka untuk mendapatkan setem edisi khas Ayam Serama. Dah ramai otai berbaris pepagi hinggakan bila giliran hendak membeli...folder sudah habis terjual. Kali ini setiap seorang hanya dibenarkan membeli 3 keping first day cover (fdc) sahaja..

Kali terakhir keluaran setem ayam serama adalah pada 01.08.2001. Jadi memang teruja sangat untuk melengkapkan koleksi setem fauna : siri ayam/unggas/burung. Tahun 2016 tiada keluaran setem tentang burung. Jadi pembuka tahun 2017 pasti memberi keterujaan untuk pengumpul setem tegar menambah koleksi peribadi.

First Day Cover dan setem RM8

First Day Cover dan Setem RM3

First Day Cover dan Setem RM1.05/95sen/85sen

Risalah tentang Ayam Serama




Tak dapat folder.. dapat poster pun Ok

Resit Setem berserta GST

Akhir kata selamat menambahkan koleksi bagi para pengumpul setem, semoga kehidupan kita semua dilimpahi kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat...aamiin..

No comments:

Post a Comment