13 April, 2015

Pos Malaysia : FDC : 13 April 2015 : Hidupan Laut Terancam + GST



13 April 2015 : Pos Malaysia mengeluarkan satu lagi Sampul Surat Hari Pertama (FDC) dengan bertemakan Hidupan Laut Terancam. Eksploitasi dan aktiviti tidak bertanggungjawab manusia merupakan faktor utama yang membawa kepada kepupusan pelbagai spesis hidupan laut antaranya seperti ikan paus, ikan lumba-lumba, yu dan jerung.

Bagi FDC hari ini setem ikan pari gergaji jarang, ikan paus biru, paus pembunuh dan paus bongkok dikeluarkan dan bagi pengumpul tegar koleksi FDC pasti tidak ketinggalan mendapatkannya di Pejabat Pos seluruh negara. 

Fakta menarik buat sekian kalinya sejak diperkenal GST, maka pembeli FDC terpaksalah membayar harga koleksi tersebut berserta GST...sabo je la..ikut kata kerani Pos, GST dikenakan untuk pembelian koleksi Sampul Surat Hari Pertama (FDC), kira mudah apa sahaja item seperti setem miniatur, sampul surat, folder FDC. 

Harga sebenar setem dan sampul surat RM 8.30 tambah GST jadilah RM 8.80...




Setem miniatur : Paus Bongkok

Risalah tentang Hidupan Laut Terancam


Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dilimpahi rahmat Allah SWT.


2 comments:

  1. sekarang ni nak buat apa pun kena gst, sangat membebankan :( singgah petang ke sini, dulu suka juga kumpul stem.

    ReplyDelete
  2. Tksh sudi singgah...skrg tumpu FDC tema fauna je..

    ReplyDelete