18 April, 2015

Pokok Kekabu (Ceiba Pentandra) Merlimau Melaka

Entri tentang pokok kekabu pernah aku ulas pada 25 Jan 2011...pantas masa berlalu kisah tentang pokok kekabu di Jalan Mawar, Felda Pasir Besar, Gemas. 

Kali ini  kisah pokok kekabu berhadapan rumah emak saudara di Merlimau, Melaka. Pastinya anak-anak pun tidak mengenali spesis pokok tersebut. Teringat dulu-dulu bantal kekabu lah yang menjadi pengalas, peneman waktu tidur. Pernah beli bantal tersebut di Uptown Damansara dengan harga RM18 sekitar tahun 2011. Harga dahulu, sekarang dengan GST mahu bertambah mahal...klasik pulak tu..nostalgia.

Nama Tempatan : Pokok Kekabu

Nama Saintifik : Ceiba Pentandra

Nama lain : Pokok Kapuk

Famili : Bombacaceae

Asal : Amerika Tengah, Utara Amerika Selatan dan Asia Tenggara (Malaysia)

Pernah terbaca blog yang mengatakan di Semenanjung Malaysia, pokok kekabu banyak terdapat di Perak...kena kaji juga tu..kat Perak apa pula panggilan untuk pokok tersebut.











Bantal..tilam berisikan kekabu...nostalgia

Semoga kehidupan kita semua dilimpahi rahmat dan diberkati Allah SWT..

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Saya nadiah. Nak tanya, tahu x kat johor ada pokok kekabu ke x? Saya sedang mencari info pasal pokok kekabu kat area zon selatan. Sekian, terima kasih

    ReplyDelete