01 November, 2014

November 2014M/Muharam/Safar 1436

2014 makin sampai ke penghujungnya..November pelbagai catatan peristiwa yang bakal ditempuh, hari ini dan esok dah ada jemputan walimatulurus. Hari ini juga pelbagai aktiviti/event yang berlangsung di Melaka mahupun lokasi lain di Malaysia.

Musim bola Piala Malaysia sampai ke penghujungnya : Southern Tiger or Elephant Army. Artis Korea : Barisan artis Running Man pula turut berkunjung ke Stadium Negara hari ini. Dengan harga tiket menjangkau RM799 pasti yang benar-benar berkemampuan untuk mendapatkan tiket VIP untuk sesi tandatangan. Good Luck RunningMan.

Apa pun dengan cuaca yang tidak menentu, kita perlu merancang sebaik mungkin untuk ke sesuatu lokasi dan semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dirahmati Allah swt dan dirahmati Allah setiap perjalanan yang kita lalui.

Berikut antara aktiviti menarik sepanjang Bulan November 2014 :

Viper Challenge 2014 : 01 Nov - 02 Nov 2014 : Litar Antarabangsa Sepang : Acara 'obstacle' yang terbesar di Asia. Peserta akan melalui 21 halangan unik sejauh 20km. Meredah lumpur, mendaki dan menempuh semua cabaran.

Retrofest Asia : 01 Nov 2014 : Stadium Putra, Bukit Jalil : Persembahan muzik yang bakal membawa peminat untuk kembali ke era 90-an. Artis seperti Rick Astley, Bananarama, Belinda Carlisle. Selamat berhibur.

Terengganu Kenyir Lake Fishing Competition (Kenyir Cup) 2014 : 03 Nov - 07 Nov 2014 : Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir : Memasuki tahun ke lima merupakan pertandingan memancing peringkat antarabangsa yang diadakan di Tasik Kenyir.

Penang Bridge International Marathon : 16 Nov 2014 : Queensbay dan Jambatan Pulau Pinang : Acara sukan yang mengumpulkan pelari amatur dan profesional tempatan dan antarabangsa. Menguji ketahanan fizikal dan mental dalam menempuhi larian di sepanjang jambatan.

1 Malaysia Year End Sale : 16 Nov 2014 - 5 Januari 2015 : Seluruh Malaysia : Selamat membeli belah bagi semua.

Urbanscapes : 19 Nov 2014 : KL Live Kuala Lumpur : Selain muzik, reka bentuk, acara ini turut menampilkan komedi, seni dan pelbagai menu makanan untuk dinikmati.

Formula E 2014 Putrajaya Race : 22 Nov 2014 : Downtown Putrajaya : Formula E adalah kejohanan FIA baru yang meletakkan kereta formula berkuasa elektrik dengan kelajuan mencecah 250km sejam. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara yangmenarik ini.

Malaysia International Performing Arts Festival : 22 Nov - 26 Nov 2014 : Kuala Lumpur :
Mempamerkan keunikan dari sudut seni dan budaya masyarakat dari seluruh dunia. Bengkel seni, persembahan gala turut diadakan.

Cuti Persekolahan : Bermula 21 Nov : Seluruh Malaysia : Cuti panjang persekolahan bermula, pastinya ibubapa turut merancang percutian untuk bercuti bersama anak-anak. Selamat berlibur, semoga setiap perjalanan dan percutian dirahmati Allah swt : TMM 2014 :

# kredit Majalah Libur Nov 2014

Selamat menempuh Bulan November/Muharam dan Safar, semoga kita semua dikurniai kesihatan dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt..Aamiin

No comments:

Post a Comment