01 September, 2014

September 2014M/Zulkaedah 1435/ Zulhijjah 1435H

Ogos2014 melabuhkan tirainya..muncul September..Semoga semuanya dirahmati Allah swt dan segala urusan mendatang dipermudahkan olehNya..

31 Ogos sempat melaksana percutian keluarga merentas pantai Padang Kemunting, Melaka menuju pantai Tg.Biru Port Dickson, biasalah percutian bajet kami di Rumah Rehat Kerajaan Negeri Sembilan..masih lagi RM40 semalam dengan kemudahan 2 bilik berhawa dingin cuma fasilitas seperti alatan memasak serta periuk nasi telah tiada dalam senarai...pinggan mangkuk dan cerek elektrik serta TV masih dikekalkan.

Berikut adalah aktiviti menarik sepanjang Bulan September 2014 :

Sarawak Regatta : 12 Sept - 28 Sept 2014 : Tebingan Kuching, Sarawak : Acara popular di Sarawak memaparkan perlumbaan antara bot panjang tradisi. Acara tradisi ini bermula sejak tahun 1800 dan diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat yang hidup dalam harmoni.

Borneo Arts Festival : 12 Sept - 28 Sept 2014 : Labuan, Sabah / Sarawak : Menampilkan 27 pertandingan dan pameran yang berkaitan dengan seni persembahan, seni kontemporari dan kesenian tradisional. Pertunjukan fesyen, Pesta makanan Tradisional Borneo akan ditampilkan. Maklumat lanjut sila layari http://www.labuantourism.my/

Cuti Persekolahan : 12 Sept - 20 Sept 2014 : Seluruh Malaysia : Selamat Bercuti dan Selamat Berlibur : TMM 2014.

World Paintball Players League (WPPL) : 13 Sept - 14 Sept 2014 : Pusat Kokurikulum Negeri, Labuan, Sabah : Liga paintball yang disertai oleh para peserta dari seluruh dunia pasti menjadikan kejohanan tambah sengit.

Sambutan Hari Malaysia : 16 Sept 2014 : Seluruh Malaysia : Memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Menandakan penyertaan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pameran Kraftangan : 24 Sept - 3 Okt 2014 : Komplek Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, KL : Mempamerkan keunikan dan keindahan kraf cenderamata pereka tempatan. 

Africa Malaysia International Fashion Show : 24 Sept - 28 Sept 2014 : Avenue K Shopping Mall :
Saksikan kreativiti pereka fesyen bagi bagi acara pertama dan terbesar bagi komuniti Afrika yang seumpamanya di Malaysia.

Festival Layang-layang Antarabangsa Borneo : 24 Sept - 28 Sept 2014 : Lapangan Terbang Lama Bintulu, Sarawak : Pesta layang-layang dengan pelbagai pertandingan akan menyemarakkan lagi bumi Bintulu.

Asia Pacific Ironman Langkawi : 27 Sept 2014 : Pulau Langkawi, Kedah : Cabaran triathlon kembali semula di Langkawi. Menampilkan cabaran berenang 3.8km, berbasikal sejauh 180km dan larian sejauh 42.2km.

Akhirkata selamat menempuh Bulan September/Zulkaedah/Zulhijjah..semoga kehidupan kita semua dirahmati Allah swt

No comments:

Post a Comment