04 September, 2014

Penyu Karah (Hawksbill Turtle) : Khazanah Laut Melaka Bandaraya Bersejarah



Melaka merupakan kawasan pendaratan Penyu Karah yang penting di perairan Semenanjung Malaysia. 
Di mana hampir 200 hingga 300 sarang di rekodkan setiap tahun. Spesis penyu ini dianggap yang paling cantik kerana corak cengkerangnya yang perang keemasan.

Penyu memerlukan kawasan pantai yang berpasir, gelap, sunyi serta tiada gangguan semasa bertelur. Kini tempat pendaratan penyu hanya terdapat di beberapa kawasan kecil di persisiran pantai dari Kuala Linggi hingga Tanjung Bidara dan Pulau Upeh merupakan pendaratan penyu yang paling tinggi di Melaka.







Ciri-ciri Penyu Karah : 

- Dikenali sebagai 'Hawksbill Turtle' kerana keunikan mulutnya yang menyerupai paruh burung helang.

- Cengkerangnya menarik dengan corak sisik bertindih dan berwarna perang tua atau kekuningan keperangan.

- Saiz penyu dewasa adalah di antara 70 - 90cm mengikut panjang cengkerang dengan berat antara 35 - 75kg.

- Ia hidup di kawasan berterumbu karang dan makanannya adalah span laut.

Musim bertelur adalah di antara bulan April hingga September. Bilangan telur penyu karah di antara 130 - 150 biji sekali bertelur.




Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan anda berpeluang melihat lebih dekat serta mendapat maklumat tentang Penyu Karah (Hawksbill Turtle) di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Padang Kamunting, Masjid Tanah, Melaka. Masuk adalah percuma. Selamat Berlibur : TMM 2014.









No comments:

Post a Comment