01 November, 2011

November/Zulhijjah/Muharam


Berlalu Oktober muncul November yang punya pelbagai cerita. Di bulan November kita akan menyambut Hariraya Haji/Aidil Adha, juga akan menempuh bulan baru dalam kalendar Islam iaitu bulan Muharam 1433H. November juga akan bermulanya musim cuti persekolahan dan rentetan itulah bermulanya pelbagai musim antaranya musim perkahwinan, musim berkhatan, musim cuti-cuti Malaysia dan luar negara, musim hujan, musim cukur jambul & akikah, musim buah-buahan, musim jualan hebat.....dan pelbagai musim lagi.

Antara aktiviti pilihan bulan November :

Fabulous Food 1 Malaysia / Asean Food Heritage Trail : 1 Nov - 30 Nov 2011 : Tempat : Seluruh Malaysia . Bagi peminat makanan, jangan ketinggalan untuk bersama-sama nikmati hidangan Malaysia yang sentiasa enak dan begitu menyelerakan.

Pameran & Karnival Tekstil: Malam Benang Berkilauan-Meraikan Kenangan Keemasan :
1 Nov - 31 Dis 2011 : Tempat : Dataran Merdeka dan Muzium Tekstil Negara di JKR 26, Jln Sultan Hishamuddin, K.L. Datanglah beramai-ramai untuk melihat sendiri cara pembuatan serta pameran hasil tenunan kain di sini.

Kenaboi International Challenge. Nov 2011 . Bagi yang meminati sukan lasak, water tubing, water rafting, jangan lepaskan peluang untuk menyertainya kerana ia pasti menguji ketahanan fizikal dan mental anda. Website : http://www.kenaboi.com.my

Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge. Nov 2011. Tempat : Lembah Bidong, Setiu, Terengganu. Bagi mereka yang meminati sukan berkuda, saksikan beramai-ramai kehandalan mereka di kejohanan ini.

Raja Muda Selangor Regatta. 11 Nov - 13 Nov 2011. Tempat : RSYC Jln Limbongan,Port Klang, Selangor. Bagi peminat perahu layar, jangan lupa sertainya.

Malaysia Year End Sale (M-YES) 2011. 15 Nov - 1 Jan 2012. Tempat : Seluruh Malaysia. Masa untuk membeli belah sudah kembali. Dapatkan pelbagai diskaun menarik. Jangan lupa bawa beg kitar semula dan selamatkan Bumi.

Nanyang Wushu Drum Festival. 26 Nov 2011. Tempat : Kuching, Sarawak. Hayati dan dengarkan rentak alunan yang indah dari Nanyang Wushu Drums dan The Multi Cultural Drums.

Selamat menempuh bulan November. Semoga perancangan bercuti bersama keluarga tercinta sempena musim cuti persekolahan akan berjaya dilaksanakan, moga perjalanan nanti akan diberkati dan dirahmati Allah..insyaallah..kita hanya merancang Tuhan yang menentukan..

No comments:

Post a Comment