23 October, 2011

Akhirnya All Blacks....


Akhirnya New Zealand All Blacks melerai kekangan selama 24 tahun untuk menjadi Juara dalam Kejohanan Ragbi Dunia 2011 di Stadium Eden Park New Zealand, yang kali terakhir dimenangi tahun 1987. Perlawanan yang penuh dramatik ketika bertemu Perancis dengan kemenangan 8-7. Perancis berjaya memberi tentangan cukup hebat meskipun ketika di peringkat kumpulan Perancis tewas 37-17. Malahan mengikut statistik, Perancis menguasai 55% perlawanan. Itulah sukan, malahan ketika di peringkat separuh akhir Perancis menewaskan Wales 9-8. Keperitan, kekecewaan pasti di rasai..sukan membentuk semangat juang jati diri...

Tahniah buat New Zealand, untuk sukan ragbi di Malaysia pasti banyak yang perlu di pertingkatkan, jika dilihat dari segi bentuk fizikal, kita pasti kalah justeru pengambilan beberapa pemain dari luar negara seperti Fiji yang di beri taraf pemastautin pasti memberi suntikan baru. Malahan di peringkat Asia Tenggara, Filipina telah mula menunjukkan belang dalam kejohanan yang dianjurkan di peringkat tempatan.

Sukan ragbi turut meninggalkan nostalgia.. ketika di SPPTD, menjadi Guru Pengiring ketika perlawanan persahabatan menentang Maktab Tentera DiRaja di Kem Sungai Besi...seronok melihat kekentalan, semangat juang para pemain anak-anak murid SPPTD, kemenangan memberikan kepuasan. Malahan sukan ragbi benar-benar memupuk semangat kesukanan yang jitu..mental dan fizikal. Begitu juga Kelab Ragbi JLJD juga turut memberi impak besar dalam sukan ragbi ATM malahan ramai juga pernah terpilih mewakili Malaysia, semoga Kor JLJD terus gah di persada ragbi negara.

Seperkara lagi nostalgia di New Zealand sekitar 1992, sukan tersebut seolah-olah menjadi sukan tradisi di sana.Sambil lepak menunggu trak sempat NZ Army bergumpal,berguling untuk sebiji bola ragbi..memang jauh beza bentuk fizikal apatah lagi melihat susuk tubuh mereka yang dari kaum Maori...pasti Jonah Lomu legenda ragbi NZ jadi ikon. Malahan ketika di Christchurch, harga T-Shirt All Blacks mahal hanya kerana eksklusifnya lambang 'fern'..New Zealand tinggal kenangan, entah bila dapat meredah kembali sejuk,timbunan salji...indah pemandangan di sana..melihat ciptaan Allah.

Apapun tahniah untuk New Zealand, tamat sudah RWC 2011 di NZ..semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah..insyaallah.

No comments:

Post a Comment