31 March, 2018

Terung Asam (Solanum Macrocarpon) Permatang Bukit, Merlimau

Tumbuh meliar di belakang rumah. Memang tidak tahu rupanya Pokok Terung Asam. Daun berduri dan buahnya boleh dibuat sambal. Memang rare nampaknya. Menikmati sambal terung asam : air tangan Bonda petang tadi. 






Sambal Terung Asam Air Tangan Bonda

Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat . Aamiin.

Corat - coret Mac 2018

Salam Mac 2018 ...pantas masa berlalu. Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.

1 Mac 2018 : Ayahanda Ithinin mendapat rawatan susulan di Hospital Besar Melaka.Semoga ayahanda dikurniakan kesihatan, dipanjangkan umur dan dilimpahi rahmat Allah SWT.

7 Mac 2018 : Selamat Hari Lahir Buat Anakanda Khairul Ikhwan. Doa kami semua semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Menjadi anak yang soleh, taat perintah agama dan dikurnia kesihatan.
Menikmati hidangan malam di Row Six JJ Melaka.

Genap 10 tahun Qwan

Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Aamiin.

28 February, 2018

Doa Pembuka 12 Pintu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ya Allah ...bukakanlah bagiku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga.
Wahai Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Doa jua moga Ayahanda Ithinin Talif dikurnia kesihatan,dipanjangkan umur,
dan dilimpahi rahmat keberkatan, dipayungi rahmat Allah SWT


Aamiin.

06 January, 2018

2018 : Lengkap Koleksi Figurines HUT Ke-40 Vitagen

Selamat Menempuh Tahun Baru 2018.

Akhirnya 5 Jan 2018 dapat melengkapkan Siri koleksi figurines : hadiah istimewa sempena Ulang Tahun Ke - 40 Vitagen setelah membeli Susu Kultur tersebut dari pembekal yang berjualan di Pasar Malam di Pusat Industri Merlimau, menerima dan melengkapkan koleksi yang tiada. 


2017 : koleksi yang masih belum dimiliki





10 siri koleksi figurines : HUT Ke-40 VITAGEN

Selamat menempuh Tahun 2018 : semoga kehidupan kita semua dirahmati Allah SWT. Dikurniakan kesihatan, dilimpahi keberkatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat..aamiin.

30 December, 2017

23 Dis 2017 : Trip Ke Bukit Senaling : Cuti Cara Berbeza

23 Dis 2017 : Bergerak ke Desa Inn Kuala Pilah untuk menginap semalam bagi melaksana Trip Ke Bukit Senaling.

Malam 23hb menikmati Char KueTeow Sotong Godang di Restoran Adwa berhampiran Melang Inn.

240400H Dis 2017 : Bangun berkemas bergerak ke Stesen Minyak Petronas Senaling mengikut tentatif trip sebelum berkonvoi ke Kg Ulu Senaling.

Trip Bukit Senaling : 24 Dis 2017


Desa Inn : CKT Sotong Godang : Petronas Senaling

Tksh ats hadiah / 0430am dah di CP

Kentalkan hati Khairul Ikhwan

Awan karpet Bkt Senaling



Flora@Senaling Hill



Syukur Alhamdulillah



Akhirnya : Tercapai sudah hasrat hati

FB US Hikers : 24 Dis 2017

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua dipermudahkan segala urusan kami untuk melaksanakan Trip Ke Bukit Senaling menikmati anugerah alam ciptaan Allah SWT.

Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat...aamiin.

16 December, 2017

Koleksi Figurines VITAGEN Sempena HUT Ke - 40

Masih teringat zaman sekolah rendah dahulu, bawa syiling 50sen untuk membeli air Vitagen..puas dikumpul untuk membeli sebotol air susu kultur tersebut. Pantas masa berlalu, VITAGEN dah menyambut Hari UlangTahun ke 40 dan sempena ulang tahun tersebut pihak VITAGEN telah mengeluarkan siri koleksi figurines bagi peminat tegar pengumpul hobi dan penggemar Vitagen. 

Puas cuba untuk melengkapkan 10 koleksi figurines namun hanya dapat mengumpul 8 sahaja. Begitu terhad untuk melengkapkan koleksi tersebut kerana sesetengah pasaraya atau kedai memberikan koleksi figurines yang sama dan telah diperolehi.


1977 : 1st Susu kultur di Malaysia




Tahniah VITAGEN :40 Tahun









Koleksi figurines Vitagen 2017

Koleksi figurines dari Vitagen menambahkan lagi siri koleksi hobi untuk penggemar minuman susu kultur ini dari zaman 70an hingga kini.

Semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT. Aamiin....


08 December, 2017

Diari Santai : Disember 2017

Salam Disember 2017 

Antara aktiviti menarik Disember 2017 :

Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur : 14 Jul 2017 - 14 Jan 2018 : 10 pagi - 10 mlm setiap hari.

Wastra Borneo Exhibition : 17 Okt 2017 - 31 Dis 2017 : Muzium Sabah.

Expo Negaraku : 15 Nov 2017 - 15 Dis 2017 : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pesta Durian Malaysia@MELAKA : 7 Dis 2017 - 10 Dis 2017 : Stadium Hang Jebat Krubong Melaka (Tapak Parking) : Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Selamat Hari Lahir : 23 Dis 2017 : Selamat Hari Lahir En. Rosli Ithinin : Semoga dikurnia kesihatan, dimurahkan rezeki, bahagia bersama keluarga tersayang dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.   

Aamiin.............