16 December, 2017

Koleksi Figurines VITAGEN Sempena HUT Ke - 40

Masih teringat zaman sekolah rendah dahulu, bawa syiling 50sen untuk membeli air Vitagen..puas dikumpul untuk membeli sebotol air susu kultur tersebut. Pantas masa berlalu, VITAGEN dah menyambut Hari UlangTahun ke 40 dan sempena ulang tahun tersebut pihak VITAGEN telah mengeluarkan siri koleksi figurines bagi peminat tegar pengumpul hobi dan penggemar Vitagen. 

Puas cuba untuk melengkapkan 10 koleksi figurines namun hanya dapat mengumpul 8 sahaja. Begitu terhad untuk melengkapkan koleksi tersebut kerana sesetengah pasaraya atau kedai memberikan koleksi figurines yang sama dan telah diperolehi.


1977 : 1st Susu kultur di Malaysia




Tahniah VITAGEN :40 Tahun









Koleksi figurines Vitagen 2017

Koleksi figurines dari Vitagen menambahkan lagi siri koleksi hobi untuk penggemar minuman susu kultur ini dari zaman 70an hingga kini.

Semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT. Aamiin....


1 comment: