11 June, 2017

Diari Santai : Jun 2017

Pantas masa berlalu...Jun 2017 telah muncul menandakan telah kita tempuhi pertengahan tahun 2017.

Antara aktiviti menarik bulan Jun 2017 :

Pameran Raja Kita : Hingga 4 September 2017 : Muzium Diraja Kuala Lumpur : Info lanjut sila layari www.jkkn.gov.my

IFTAR@KL : 11, 17 dan 18 Jun 2017 : Dataran Merdeka Kuala Lumpur : Sila layari web www.jkkn.gov.my untuk info lanjut.

Bicara@Muzium : Cabaran Masa Depan Adat Pepatih : Bulan Jun 2017 : Muzium Adat Jelebu, Negeri Sembilan.

Bicara@Muzium : Motif Simbol Seni Kraf Sarawak : Bulan Jun 2017 : Muzium Negara KL

Bicara@Muzium : Motif dan Simbol Haiwan Dalam Warisan Kebudayaan Masyarakat Cina :
Bulan Jun 2017 : Muzium Negara KL

Nuzul Quran : 12 Jun 2017@ 17 Ramadan 1438H.

Karnival Jualan Mega 1Malaysia : 15 Jun - 31 Ogos 2017 : Seluruh Malaysia.

Selamat Hari Bapa : 18 Jun 2017 : Hepi Fathers Day.

Selamat HariRaya AidilFitri 1438H : 25 Jun 2017* : Salam Syawal Salam Kemaafan ..

#kredit Santai HMetro.

Akhir kata Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri..salam kemaafan buat semua.

Semoga Kehidupan kita semua dilimpahi rahmat Allah SWT...aamiin


28 May, 2017

Jom Ke Perlis : ETS Mei 2017

Seminggu sebelum menjelang Ramadan, kami merancang perjalanan ke Perlis bagi memenuhi 3 hasrat utama iaitu merasai pengalaman perjalanan menaiki Electric Train Shuttle (ETS), menjengah musim mangga Harumanis dan melihat blok penginapan Kak Long Ina di Simpang Empat, Perlis.

Akhirnya tertunai sudah kesemuanya apabila kami sekeluarga ke Arau dari Stesen Keretapi Pulau Sebang Tampin jam 0755 dan sampai di Arau jam 1450. Parkir sahaja kereta anda di Stesen Keretapi  Pulau Sebang dan booking lebih awal penginapan di Arau. Kami menginap di Metro Inn Hotel dan menyewa kereta di Ummul Motel yang berhampiran stesen keretapi bandar Diraja Arau.

Tiket Dewasa ETS dari Tampin ke Arau berharga RM89 dan kanak-kanak RM49 manakala waktu perjalanan balik kami tempah jam 1959 dan tiba jam 0306 pagi. 
  
Kronologi bergambar di Perlis :

Kelas Premier ETS : Jom Pi Perlis..
Selera Qwan Combo Meal On Board : Nasi Lemak
1st time di Ladang Harumanis...sedapnya pulut n mangga

Kualiti diutamakan..
Terjengah ke kawasan Ayaq terjun
Taman Ular Perlis
Sempat Ke Padang Besar..shopping jap
Ke Perlis singgah ke Terinai Lake Cafe dilatari Empangan
Timah Tasoh...
Blok Penginapan UNIMAP di Simpang Empat

Syukur alhamdulillah percutian singkat kami ke Perlis dipermudahkan segalanya. Tertunai sudah merasai pulut dan mangga harumanis. Ber ETS ke utara. Yang pasti perancangan ke utara dengan ber ETS perlu dilaksanakan sekali lagi tahun ini...

Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT. Selamat berpuasa...


05 May, 2017

Diari Santai : Mei 2017

Mei muncul kembali :

Antara aktiviti menarik bulan ini :

Sail Malaysia Rally Passage To The East And Langkawi : 1 - 31 Mei 2017 : Puteri Harbour, Sabah : Sila layari www.malaysiarally.com untuk info lanjut.

Festival Kelate Kito : 5 - 6 Mei 2017 : RTC Tg Kota Bharu, Kelantan : Sila layari www.jkkn.gov.my untuk info lanjut.

Indian Wedding Fair 2017 : 5 - 7 Mei 2017 : Pusat Pameran Mid Valley : Layari web www.agendasuria.com untuk info lanjut.

Jom Makan Pahang Food Fest : 5 - 7 Mei 2017 : Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang : Selamat Menjamu selero.

Malaysia Coffee Fest : 5 - 7 Mei 2017 : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur : Sila layari www.mycoffeefest.com.my untuk maklumat lanjut.

Borneo International Marathon 2017 : 7 Mei 2017 : Kota Kinabalu, Sabah : Layari www.borneomarathon.com untuk info lanjut.

MEGAHOME : Pameran Barang Elektrik dan Hiasan Dalaman : 11 - 14 Mei 2017 : MITC Melaka : Selamat Membeli belah dan berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

#kredit Santai Harian Metro.

Semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati Allah SWT...Aamiin


06 April, 2017

Diari Santai : April 2017

April muncul kembali..

Antara aktiviti menarik April 2017 :

Festival Kalimantan : 1 - 30 April 2017 : Murut Cultural Centre, Tenom Sabah : Selamat berkunjung ke Sabah.

HOMEDEC 2017 : 7 - 9 April 2017 : Spice Arena (PISA) Pulau Pinang : Untuk info lanjut sila layari www.homedec.com.my . 

FIVB 2017 : 14 - 16 April 2017 : Pantai Cenang Langkawi, Kedah : Info lanjut sila layari http://worldtour.2017.fivb.com

Kejohanan Bowling Terbuka Agensi Kerajaan / PBT 2017 : 14 - 16 April 2017 : Endah Parade Sri Petaling : Selamat bersukan

Konsert Irama Malaysia : 15 April 2017 : Panggung Anniversari Kuala Lumpur : Selamat berhibur

Festival Nasi Ambang : 15 - 16 April 2017 : Homestay Banghuris, Selangor : Info lanjut sila layari http://www.jkkn.gov.my/

Israk Dan Mikraj : 24 April 2017 (27 Rejab 1438H) : Cuti Umum Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan.

Pertabalan DYMM SPBYDA XV Sultan Muhammad V : 24 April 2017 : Cuti Umum

#kredit Santai Harian Metro.

Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Aamiin

02 March, 2017

Diari Santai : Mac 2017

Mac muncul kembali..semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Aktiviti menarik bulan Mac :

Hari Kraf Kebangsaan : 1 Mac - 6 Mac 2017 : Kompleks Kraf Kuala Lumpur : Sila layari www.kraftangan.gov.my untuk maklumat lanjut.

1Malaysia Super Sale : 1 Mac - 31 Mac 2017 : Seluruh negara : Selamat membeli belah..

Taman Negara Bird Count 2017 : 3 Mac - 5 Mac 2017 : Taman Negara Jerantut, Pahang : Sila layari www.motac.my untuk maklumat lanjut.

East Wind Festival : 4 Mac - 5 Mac 2017 : Kg Alu Pauh, Arau, Perlis : Layari http://www.jkkn.gov.my/ untuk info lanjut.

Slide The City : 4 Mac - 5 Mac 2017 : Kepong Metropolitan Park, Kuala Lumpur : Layari www.inflatableamazingrun.com untuk info lanjut.

Selamat Hari Lahir Anakanda Khairul Ikhwan (9 Tahun) : 7 Mac 2017 : Semoga sentiasa dipayungi rahmat Allah SWT

Raptor Watch 2017 : 11 Mac 2017 (9 pagi - 5 petang) : Tanjung Tuan Forest Reserve Melaka : Layari www.mnsraptorwatch.wordpress.com untuk maklumat lanjut.

Selamat Hari Lahir Bonda Zaleha Husin ( 70 Tahun ) : 13 Mac 2017 : Semoga dikurnia kesihatan, dipanjangkan umur yang berkat dan redha Allah mengiringi Bonda selalu..aamiin

Cuti Sekolah : 18 Mac - 26 Mac 2017 : Selamat berlibur untuk semua.

#kredit Harian Metro 2 Mac 2017

Semoga kita semua dikurniakan kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Aamiin.

28 February, 2017

Februari 2017 : Selamat Ulang tahun Perkahwinan Ke 51 Ayah Dan Bonda

16 Feb : Ulang tahun Perkahwinan Ke 51 Ayahanda Ithinin Talif dan Bonda Zaleha bt Husin : Semoga dikurnia kesihatan, dirahmati, diberkati Allah SWT dan dipanjangkan umur yang berkat...Aamiin

18 Feb 2017 : Majlis Raikan Cinta Pasangan Unggul "Sehati 50" Peringkat DUN Merlimau. 

Tahniah untuk Ayah dan Bonda kerana terpilih untuk diraikan di Dewan Taman Ekstrem Tasik Chinchin.

Kad Jemputan Eksklusif
Dewan TETC









Glamer jap Tok Nin dan Nek Bedah 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana majlis berjalan dengan lancar..terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis yang julung kali diadakan dalam DUN Merlimau..semoga kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT..
Aamiin.

06 February, 2017

Diari Santai : Februari 2017

Februari muncul kembali..semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Aktiviti menarik bulan Feb :

32nd Sabah Annual Art : 1 Feb - 31 Julai 2017 : Sabah Art Gallery, Kota Kinabalu : Layari www.sabahartgallery.com untuk maklumat lanjut.

Pameran Kuala Lumpur 1857 - 2017 : 1 Feb - 1 Mac 2017 : Muzium Negara : Selamat berkunjung ke Kuala Lumpur.

Pasir Gudang World Kite Festival : 1 Feb - 28 Feb 2017 : Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor : Layari web www.mppg.gov.my untuk maklumat lanjut.

Fairy Tale Carnival Beauty and The Beast : 10 Feb - 12 Feb 2017 : The Mines MIECC : Layari www.mycarnival.net untuk info lanjut.

Chingay Festival : 17 Feb 2017 : Sekitar Bandar Johor Bahru : Selamat berlibur.

Balok Wind Challenge : 17 Feb - 19 Feb 2017 : Pantai Balok, Kuantan Pahang : Selamat berlibur ke Pahang.

Borneo Ultra Trail Marathon (BUTM) 2017 : 18 Feb - 19 Feb 2017 : Kg Kiulu, Tuaran : Layari web www.borneoultra.com untuk info lanjut.

#kredit Harian Metro 2 Feb 2017

Selamat berlibur untuk semua. Semoga kita semua dikurniakan kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat.