28 May, 2017

Jom Ke Perlis : ETS Mei 2017

Seminggu sebelum menjelang Ramadan, kami merancang perjalanan ke Perlis bagi memenuhi 3 hasrat utama iaitu merasai pengalaman perjalanan menaiki Electric Train Shuttle (ETS), menjengah musim mangga Harumanis dan melihat blok penginapan Kak Long Ina di Simpang Empat, Perlis.

Akhirnya tertunai sudah kesemuanya apabila kami sekeluarga ke Arau dari Stesen Keretapi Pulau Sebang Tampin jam 0755 dan sampai di Arau jam 1450. Parkir sahaja kereta anda di Stesen Keretapi  Pulau Sebang dan booking lebih awal penginapan di Arau. Kami menginap di Metro Inn Hotel dan menyewa kereta di Ummul Motel yang berhampiran stesen keretapi bandar Diraja Arau.

Tiket Dewasa ETS dari Tampin ke Arau berharga RM89 dan kanak-kanak RM49 manakala waktu perjalanan balik kami tempah jam 1959 dan tiba jam 0306 pagi. 
  
Kronologi bergambar di Perlis :

Kelas Premier ETS : Jom Pi Perlis..
Selera Qwan Combo Meal On Board : Nasi Lemak
1st time di Ladang Harumanis...sedapnya pulut n mangga

Kualiti diutamakan..
Terjengah ke kawasan Ayaq terjun
Taman Ular Perlis
Sempat Ke Padang Besar..shopping jap
Ke Perlis singgah ke Terinai Lake Cafe dilatari Empangan
Timah Tasoh...
Blok Penginapan UNIMAP di Simpang Empat

Syukur alhamdulillah percutian singkat kami ke Perlis dipermudahkan segalanya. Tertunai sudah merasai pulut dan mangga harumanis. Ber ETS ke utara. Yang pasti perancangan ke utara dengan ber ETS perlu dilaksanakan sekali lagi tahun ini...

Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT. Selamat berpuasa...


No comments:

Post a Comment