24 July, 2021

Hari Istimewa ~ 24/7/21 - Alamanda Jasin.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah, dipermudahkan segala urusan pada hari ini untuk menerima vaksin pertama di Dewan Alamanda Jasin,Melaka. Pastinya satu hari istimewa kerana tagline #Lindungi Diri Lindungi Semua telah sinonim dengan norma hidup masa kini. Dalam mendepani pandemik COVID-19, masyarakat perlu mendapatkan suntikan vaksin bagi membentuk kelompok masyarakat berimuniti agar kehidupan kembali normal. 

Petugas di PPV Alamanda memaklumkan bahawa vaksin yang akan disuntik adalah jenis Pfizer. Redha sahajalah, setelah berikhtiar kita perlu bertawakal. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Inshaa Allah isteri menyusul pada 29/7/21 nanti di Dewan MPJ Sri Umbai.









Aamiin..Ya Allah permudahkan segala urusan kami dan kurniakanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik.



No comments:

Post a Comment