16 February, 2016

Melaka United : Liga Perdana 2016 (Stadium Hang Jebat)

15 Februari 2016 : Jam 9 malam adalah aksi ke dua pasukan Melaka United dalam Liga Perdana 2016 bertemu PKNS FC di Stadium Hang Jebat. Akhirnya tercapai hasratku untuk bersama-sama keluarga meluangkan masa menyaksikan perlawanan tersebut. Setelah lima tahun dalam Liga FAM, tahun ini menyaksikan Melaka United kembali bersaing dalam Liga Perdana dan membolehkan pengambilan pemain impot untuk memantapkan pasukan dan pastinya memeriahkan lagi aksi perlawanan.

Semalam sorakan penonton kembali bergema seperti suasana ketika Final Liga FAM 2015 : 

Melaka vs Perlis. 

Pastinya jika aksi meyakinkan penyokong tentu akan hadir memberi sokongan yang berterusan. Mujur aksi pertama di gelanggang sendiri memberi kemenangan yang meyakinkan untuk terus bersaing dalam kancah Liga Perdana 2016.





Tiket berharga RM15 (2 percuma 2 berbayar)
Terima kasih Penaja

Gegau Melaka Gegau (GMG)

Tahniah Melaka United


Masih banyak lagi Coach Mat Zan perlu studi untuk memantapkan lagi corak permainan, barisan tengah nampak longgar dengan tumpuan serangan banyak sebelah kiri dan kanan. Aksi seterusnya pasti akan lebih mantap jika adanya Labinot Harbuzi pemain tengah dari Sweden dan duo striker Spaso dan Syamil kembali menyengat secara sepenuh masa. 

Dalam pada itu tahap kebersihan di kawasan Grandstand Stadium Hang Jebat amat mendukacitakan, puntung rokok dan kulit kuaci masih terdapat di kawasan tersebut bahkan kerusi tempat duduk penonton pun kotor. Tentu sekali sampah sarap tersebut adalah semasa perlawanan akhir Liga FAM 2015 kerana Stadium penuh sesak ketika itu. Surau di Stadium kawasan Grandstand pun tidak terjaga kebersihannya, wajar sekali pihak Perbadanan Stadium yang bertanggungjawab menyelenggara mengambil tindakan drastik dan berkesan dalam menjaga kebersihan Stadium Hang Jebat. Sesuai dengan hasrat negeri Melaka yang begitu menitikberatkan soal kebersihan serta alam sekitar maka ianya perlu bermula di kawasan sekitar Stadium Hang Jebat itu sendiri kerana 2016 pastinya menjadi tumpuan penyokong tempatan dan luar negeri Melaka. 

'Jangan kotorkan Melaka' merupakan maksud  yang ingin disampaikan menerusi kempen
 Don't  Mess with Melaka sebagai salah satu program dilaksanakan bagi memastikan kebersihan negeri ini berada pada tahap yang terbaik. 
Petikan Artikel dari melakagreentech

 Grandstand Tingkat Atas
Kuaci aksi Final Liga FAM rasanya...ermm

Semoga pihak pengurusan Melaka United turut mengambil kira soal kebersihan di Stadium Hang Jebat sesuai dengan hasrat kerajaan negeri yang menitik beratkan kebersihan dan alam sekitar Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Gegau Melaka Gegau 2016

No comments:

Post a Comment