03 September, 2015

Diari Santai : September 2015

September muncul kembali dan minggu cuti persekolahan tersedia di bulan ini. Selamat berlibur :  Dekat-dekat Je...apatah lagi dengan keadaan ekonomi semasa pasti ramai yang berkira-kira dengan kos untuk berlibur.

Berikut Diari Santai September 2015 :

MATTA Fair 2015 : 4 - 6 September 2015 : PWTC KL : Promosi terhebat dengan potongan harga rendah. Penglibatan pelbagai agensi untuk mempromosi destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa seperti syarikat penerbangan, agensi pengembaraan, hotel dan teman tema, Pejabat pelancongan negeri dan lain-lain.

PD International Bike Fest 2015 : 4 - 6 September 2015 : Hotel Nouvelle, PD, N9 : Antara acara yang diadakan termasuk pameran, motosikal berkuasa tinggi, pertandingan gusti lengan, gerai kelab motosikal serta aksesori motosikal.

Festival Kraf Antarabangsa 2015 : 10 - 13 September 2015 : PWTC KL : Mempamerkan kerja kraf yang cukup menakjubkan hasil kerja dari seluruh dunia. Layari www.malaysiacraft.com.my

The Art Expo Malaysia Plus 2015 : 10 - 13 September 2015 : Martrade Exhibition and Convention Centre (MECC) KL : Karya seni di ekspo terbesar dan pesta seni visual antarabangsa berprestij di Malaysia yang menampilkan 70 galeri seni dari 30 buah negara dan mempamerkan 2000 karya seni (termasuk lukisan, ukiran, pemasangan, fotografi). Masuk adalah percuma. Layari www.artex-pomalaysia.com

Royal Pahang Billfish International Challenge : 11 - 13 September 2015 : Pantai Bernas, Kuala Rompin, Pahang : Layari www.rpbic.com.my untuk info lanjut.

Sambutan Hari Malaysia : 16 September 2015 : Seluruh negara : Rasai kemeriahan sambutan Hari Malaysia yang diadakan setiap tahun bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia : 16 September 2015 : Salam Keperwiraan Buat semua pejuang-pejuang dalam ATM : TDM, TUDM, TLDM

Cuti Persekolahan Mulai 19 September - 27 September 2015 : Selamat berlibur.

Hari Raya Aidil Adha : 24 September 2015/10 Zulhijah 1436H

Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT

No comments:

Post a Comment