07 May, 2015

Koleksi Menarik Bulan Mei 7Eleven : Tin Minuman Tisu Basah dan Beg Penyejuk Minuman

Berita baik bagi pengumpul koleksi cenderahati, untuk bulan Mei : Kedai Serbaneka 7E menawarkan koleksi Tin Minuman mini dan Beg mini penyejuk minuman dengan syarat pembelian 3 botol minuman 500ml.

Dua syarikat minuman menawarkan cenderahati iaitu F&N dan Permanis :


F&N Season
Pouch Cooler Bag
Koleksi minuman dari Permanis
Tin Minuman mini : Wet Tissue

Syarikat Permanis yang masih hangat dengan promosi besar-besaran Botol Neon Mountain Dew menawarkan 5 pilihan koleksi tin minuman mini mengandungi tisu basah manakala F&N menawarkan cenderahati beg pouch mini penyejuk minuman.

Selain itu di 7E juga, syarikat Mamee telah mengeluarkan minuman teh herba dengan jenama CoolTea dengan tawaran harga menarik RM 1 sahaja.

Jadi kepada pengumpul koleksi sebegini jangan lepaskan peluang untuk menambah koleksi anda.

Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT


No comments:

Post a Comment