01 July, 2014

Julai 2014M/Ramadan/Syawal 1435H

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan : Selamat menjalani Ibadah Puasa dengan penuh istiqamah dan tawaduk. Semoga ibadah Ramadan tahun ini lebih baik dan diberkati berbanding tahun-tahun sebelumnya. Insyaallah diberi kemudahan kesihatan, umur yang panjang untuk terus beramal buat bekal ke akhirat...

Antara aktiviti menarik Bulan Julai 2014 :

Bazar Ramadan : Sepanjang Ramadan : Sekitar Lokasi di kawasan anda : Menikmati dan berbelanja dengan pelbagai jenis juadah, kuih muih di gerai-gerai yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. 

Melaka World Heritage City Celebration : 7 Julai 2014 : Bandaraya Melaka : Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada Julai 2008. Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi memeriahkan sambutan tersebut.

Promosi Kraf Aidilfitri : 12 Julai - 23 Julai 2014 : Komplek Kraf Kuala Lumpur : Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti penjualan barangan kraf, demonstrasi masakan seperti Bubur Lambuk, Serunding, Dodol dan sebagainya.

Hari Raya Aidilfitri : 28 Julai - 29 Julai 2014 : Seluruh Malaysia : Hari Lebaran yang penuh warna-warni meriah dengan kehadiran rakan-taulan serta keluarga. Bersama-sama meraikan Syawal.

Kredit :Sumber Majalah Libur Julai 2014

Akhir kata : Selamat menempuh Bulan Ramadan Al Mubarak, semoga bertambah nikmat iman dan ketakwaan kita kepada Allah swt dan Salam Syawal 1435H.

No comments:

Post a Comment