01 April, 2014

April 2014M/JamadilAkhir 1435H

Bulan Mac 2014 berlalu sudah, pelbagai kenangan pahit manis berlaku. Peristiwa Tragedi MH370 pasti akan terus menjadi sejarah dalam dunia penerbangan negara. Sehingga 01 April 2014 misteri MH370 masih belum terungkai, semoga segalanya akan dipermudahkan dan dapat memberi satu rumusan atau jawapan yang benar-benar memuaskan hati semua pihak. 

Bulan Mac lepas penuh dengan undangan walimatulurus setiap hujung minggu...alhamdulillah dapat memenuhi undangan, masa terluang, pelbagai menu, pelbagai penyedia katering..nikmat rezeki melimpah ruah..

Bulan lepas juga, keputusan SPM...tahniah buat anakanda Nur Khairina telah berjaya menggapai keputusan 7A, syukur ke hadrat Allah swt kerana telah memakbulkan doa kami.. semoga dipermudahkan urusan untuk langkah seterusnya  ke IPG atau ke IPTA/IPTS..paling tidak hasrat aku untuk memohon Skim Insentif Kecemerlangan SPM bagi anak ahli Koperasi Tentera tercapai, semasa bertugas dahulu asyik tolong mengisi borang permohonan anak-anak orang...hmmm...entah bila anak sendiri, apa pun kita hanya merancang Tuhan penentu segalanya..alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan buat kami sekeluarga..

Bulan Mac lepas juga kembara bersama famili ke Bukit Fraser, merentas laluan Kuala Kubu Bharu, Empangan Kuala Kubu Bharu, Jambatan Klasik di Sg. Chiling, rehat sebentar di Air Terjun Sg Semangkuk..dingin di Bukit Fraser ditambah hujan yang turun setelah gersang hampir 3 bulan...tapi masing-masing pening kepala dengan laluan berliku... sabar je la, ntah bila akan meredah ke sana kembali.

Berikut antara aktiviti menarik Bulan April 2014 :

Karnival Rasul In My Heart : 4 April - 6 April 2014 : Pusat Islam Melaka : Pelbagai acara diadakan dalam karnival ini. Antaranya harga istimewa buku-buku keluaran Telaga Biru, Qiamullail dan zikir, Bicara Hijrah Seleberiti, Taman Arnab, Memanah dan Berkuda, Giant Bubble...sama-sama kita semarakkan karnival ini. Selamat Berkunjung Ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Kuantan Music Festival 2014 : 4 April - 5 April 2014 : Holiday Villa Beach Resort  Spa Cherating, Pahang : Versi mini rainforest world music Festival di Sarawak. Variasi muzik akustik,blues,jazz,fusion dan world music. Sila layari www.kuantanmusicfestival.com untuk maklumat lanjut

Royal Belum World Drums Festival 2014 : 5 April - 19 April 2014 : Dataran Ipoh, Ipoh, Perak : 
Bersempena dengan sambutan hari keputeraan Sultan Perak. Mempamerkan pelbagai aspek pelbagai budaya dengan gabungan muzik tradisional dan moden.

Malay Archipelago Drums Festival 2014 : 9 April - 16 April 2014 : Dataran MBMB, Melaka :
Memaparkan keindahan tarian gendang irama berlatarkan tradisi budaya Melayu Nusantara yang unik. Diadakan sempena Sambutan Ulang tahun Bandar Melaka Warisan Dunia.

Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu : 11 April - 13 April 2014 : Kuala Terengganu : 
Memperkenal dan mengimbau kembali tradisi lama mencandat sotong. Demonstrasi masakan dan promosi pelancongan di Terengganu. TMM 2014.

11th Kalimaran Festival : 11 April - 13 April 2014 : Sabah Murut Cultural Centre, Tenom :
Pesta Kalimaran adalah sambutan seni dan adat resam orang Murut yang merupakan salah satu kumpulan etnik terbesar di Sabah. Pelbagai acara kebudayaan menarik bakal diadakan.

Penang World Music Festival (PWWF) 2014 : 12 April - 13 April 2014 : Quarry Park, Penang Botanic Gardens, Pulau Pinang : Gabungan muzik tradisional dan kontemporari pemuzik tempatan dan antarabangsa pasti memberikan pengalaman berbeza buat pengunjung.

Ironman 70.3 Putrajaya : 13 April 2014 : Pusat Maritim Putrajaya : Dikenali sebagai Half Ironman merupakan salah satu siri perlumbaan triathlon jarak sederhana anjuran World Triathlon Corporation "70.3" merujuk kepada jumlah jarak dalam kiraan batu (113.0km) yang merangkumi larian, berenang dan berbasikal. Sila layari http://www.ironman.com untuk maklumat lanjut

Sabah Adventure Challenge 2014 : 18 April - 20 April 2014 : Kota Belud, Sabah : 
Perlumbaan sepanjang 3 hari yang meliputi 150km perjalanan. Menempuh cabaran Ultra Trail marathon yang membawa mereka merentasi pelbagai rupa bumi untuk jarak 75km hingga 100km.

Regatta Lepa : 25 April - 27 April 2014 : Semporna, Sabah : Acara tradisi kaum Bajau Laut di Semporna, Sabah. Pertabalan lepa paling indah, pertandingan ratu lepa dan persembahan kebudayaan antara acara menarik buat para pengunjung.

Malaysia Water Festival Labuan : 25 April - 27 April 2014 : Labuan International Sea Sport Complex : Pesta Air Malaysia di Labuan kali ke 18. Pelbagai acara sukan air yang menarik buat para pengunjung.

Kredit : Majalah Libur April 2014: TMM 2014.

Akhir kata selamat menempuh Bulan April 2014M/JamadilAkhir 1435H...semoga kehidupan kita semua dalam rahmat Allah swt...


No comments:

Post a Comment