Assalamualaikum w.b.t. Diam tak diam dah menjengah kita ke pertengahan tahun 2013. Bulan Jun 2013/ Rejab / Syaaban 1434H bakal ditempuh, musim cuti persekolahan, musim berlibur, musim perkahwinan, musim berkhatan dan pelbagai musim lagi menjadi 1001 rencah kehidupan. 1 Jun 2013 sahaja ada 6 kad undangan majlis perkahwinan, hmmm...indahnya Malaysia, rezeki melimpah ruah, pelbagai juadah.tersedia, minggu lepas ayam golek..minggu ini nak pekena masakan air tangan Chef Terengganu yang didatangkan khas ke Melaka...apapun rasa syukur atas nikmat keamanan, kemakmuran..semoga Allah sentiasa merahmati bumi tercinta Malaysia..melihat pelbagai juadah yang dihidangkan, menikmati hidangan tersedia : asam pedas, ayam golek, masak lemak ikan masin, nasi beryani, nasi hujan panas, nasi putih, nasi minyak, air cincau, air lemon tea, cendol...dan pelbagai lagi...teringat dan muhasabah sebentar : bagaimana umat Islam di bumi Palestin, Syria, Mesir mengharungi tiap hari-hari mendatang..penuh kacau bilau, dendam kesumat..moga keamanan akan bersinar di sana..insyaallah
Ya Allah kukuhkan lah perpaduan umat Islam di bumi Malaysia ini......agar agama, bangsa dan negara terus terpelihara...
Berikut antara aktiviti menarik Bulan Jun 2013 :
Hari Keputeraan SPBYDP Agong : 1 Jun 2013 : Seluruh Negara : Disambut sebagai cuti umum seluruh negara pada setiap hari Sabtu pertama pada bulan Jun.
Festival Gawai Dayak : 1 Jun - 2 Jun 2013 : Seluruh Sarawak : Perayaan musim menuai yang diraikan oleh masyarakat peribumi di Borneo diserikan dengan pelbagai adat dan istiadat yang menarik. Saksikan keunikan budaya tradisi kaum Iban dan Bidayuh.
Fiesta Sungai Melaka : 1 Jun - 30 Jun 2013 : Dataran Sungai Melaka dan Taman Berempah Melaka : Diilhamkan dari San Antonio River Festival di Amerika Syarikat. Pesta Sungai Melaka bertujuan mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan dunia. Dengan lebih 100 acara yang disediakan seperti perahu naga dan pesta sukan air.
Penang International Dragon Boat Festival : 8 Jun - 9 Jun 2013 : Teluk Bahang, Pulau Pinang : Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlumbaan bot naga. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.visitpenang.gov.my
KK Jazz Festival 2013 : 14 Jun - 15 Jun 2013 : Kota Kinabalu, Sabah : KKJF adalah persembahan jazz dianjurkan bersama oleh Kelab Rotary Kota Kinabalu dan Persatuan Seni Persembahan Kota Kinabalu Sabah bagi meningkatkan kutipan dana. Diadakan di Alam Indah Resort City, Kota Kinabalu, Sabah. Sila layari http://kkjazzfest.com
Sabah Dragon Boat Race : 15 Jun - 16 Jun 2013 : Likas Bay, Kota Kinabalu, Sabah : Acara perlumbaan yang hebat ini telah menarik minat banyak pasukan dari pelbagai negara seperti Australia, Hong Kong, Singapura dan Brunei.. Sila layari www.sabahdragonboat.my
Floria Putrajaya 2013 : 22 Jun - 30 Jun 2013 : Waterfront Presint 2, Putrajaya : Acara tahunan ikonik bandar Putrajaya mencatatkan kehadiran satu juta pelawat pada tahun lepas. Tahun ini, bunga orkid kembali lagi untuk Floria 2013 dengan tema Orchid - Tropical Treasure. Sila layari www.ppj.gov.my/putrajayafloria
Rainforest World Music Festival 2013 : 28 Jun - 30 Jun 2013 : Taman Negara Bako, Sarawak : Bertempat di Kampung Budaya Sarawak, pemuzik dari seluruh dunia berkumpul sambil mengalunkan melodi yang bergabung dengan alam semula jadi yang bakal menyatukan latar muzik, etnik dan budaya yang berbeza. Jangan lupa saksikan festival bertaraf dunia ini.
Fraser's Hill International Bird Race 2013 : 29 Jun - 30 Jun 2013 : Fraser's Hill, Raub, Pahang : Salah satu destinasi 'bird watch' terbaik dunia yang menjadi rumah kepada kira-kira 247 spesis burung. Pertandingan ini memberi peluang kepada pencinta burung untuk melihat sendiri dan mengkaji habitat burung asal dan juga burung-burung yang berhijrah dari bahagian utara Siberia dan pulau-pulau di sebelah utara Jepun. Untuk maklumat lanjut sila layari www.pkbf.org.my
1 MALAYSIA Mega Sale Carnival : 29 Jun - 1 September 2013 : Seluruh Malaysia : Musim membeli belah kembali lagi. Nikmati pelbagai promosi dan diskaun menarik untuk barangan berjenama yang anda idamkan.
Akhirkata selamat menempuh Bulan Jun 2013/Rejab/Syaaban 1434H ...semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment