Syukur kehadrat Allah SWT kerana dapat bertemu lagi Syawal 1440H. Berfoto bersama ayahbonda, adik beradik, anak saudara menambahkan lagi indahnya suasana sambutan Aidilfitri tahun ini.
Semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT
Fenomena Istiwa' Adzam iaitu matahari di atas Kaabah berlaku pada hari ini jam 5.16 petang waktu tempatan. Sehubungan itu rujukan arah kiblat boleh dilakukan berdasarkan rujukan arah bayang matahari.
Selamat berpuasa, Semoga dipermudahkan urusan dan diberkati Allah SWT
Malam tadi di Stadium Hang Jebat,MU mencatatkan kemenangan besar ke atas Felda United ( 6-0 ). Perlawanan ke 13 bermula jam 10 malam bagi menghormati bulan Ramadan tentu sahaja menggembirakan pihak pengurusan dan peminat MU.
Semalam layan game di HP channel Iflix, harap momentum kemenangan dapat diteruskan di Darul Aman dalam game akan datang. Luka Milonovic menghasilkan hattrick, SR8 masih berbisa sentuhannya.
Manchester City meneruskan penguasaan berganda menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) Musim 2018/19 setelah memenangi perlawanan terakhir menentang BHA 4-1. Penentuan sengit hingga ke perlawanan ke 38 untuk menentukan kejuaraan bersama Liverpool yang gagal untuk mengekalkan pendahulu Liga dimana satu ketika pernah mendahului dengan kelebihan 7 mata.
MC boleh tambah koleksi Piala FA Bertemu Watford 19/5/19
Tahniah MC Untuk musim 2018/19.
Bagi LSM 2019 pula, harap MelakaU dapat mengekalkan momentum untuk kekal bersaing dalam Liga utama bolasepak Malaysia.