31 July, 2018

31 Julai : Sambutan Hari Pahlawan

Tanggal 31 Julai setiap tahun menjadi tarikh keramat bagi meraikan pengorbanan perajurit negara yang berjuang demi tanah air dengan mengadakan sambutan Hari Pahlawan. 

Kerajaan mengisytiharkan tarikh itu sebagai menandakan tamatnya darurat pada tahun 1960.

                                                                                                       Harian Metro 31 Jul 2018







Artikel Harian Metro : 31 Julai 2018






Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat. Aamiin.


03 July, 2018

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jalan SM 3

2 Julai 2018M bersamaan 18 Syawal 1439H : 

Syukur segala puji bagi Allah, selesai sudah Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi penghuni Jalan SM 3.
Seperti tradisi yang lepas jam 9 malam bermula jamuan dengan juadah secara 'potluck'. Pelbagai menu tersedia untuk dinikmati : nasi impit, rendang ayam, mihun, mee goreng,mee kari, pizza, roti canai, roti john dan satay ayam dan daging (Terima kasih En Fadzli tuan penaja) serta pelbagai kuih raya.

Bermula doa kesyukuran, jamuan diiringi lagu-lagu raya dan percikan bunga api.










Semoga ukhwah yang telah terbina terus terjalin bagi kami semua dan dikurnia kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat...aamiin


30 June, 2018

Corat-coret Jun 2018

Salam Syawal 1439H/2018M buat semua...

Coretan kenangan pastinya menempuh Syawal 1439H

15 Jun 2018 - Syukur alhamdulillah kerana masih dapat meraikan bersama keluarga tersayang di pagi Syawal. Bersolat Aidilfitri di Masjid Ar Rahim Merlimau dan kemudian menunaikan Solat Jumaat di masjid yang sama. Berziarah ke rumah sanak saudara. Minal Aidil Wal Faizin. 




29 Jun 2018 - Selamat Hari Lahir buat Isteri Tersayang : Puan Halimah Abd Kadir. Semoga sentiasa dipayungi rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki. Aamiin.






30 Jun 2018 - Menghadiri majlis perkahwinan anak Cikgu Salleh di Umbai, sebelah petang ke majlis sambutan Hari Raya En. Ramli di Kg Tambak Bugis dan sebelah malam pula ke rumah Abg. Jailani di Kg. Sebatu....moga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin

29 May, 2018

2018 : Kad Raya 3D (Pos Malaysia)

Tahun ini Pos Malaysia memperkenalkan kad Ucapan Raya 3 Dimensi (3D) yang menyaksikan peralihan mesej ucapan Aidilfitri daripada kad ke 3D.

Pek kad Ucapan Raya Hologram 3D dijual pada harga RM12. Pelanggan perlu memuat turun aplikasi hologram melalui aplikasi Google Play atau App Store dan melekatkan projektor plastik hologram pada skrin telefon pintar untuk melihat video hologram 3D.

Terbaik untuk Pos Malaysia kerana sentiasa mengeluarkan produk seiring dengan kecanggihan teknologi komunikasi.





Kad Inovasi Augmented Reality (AR)


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H : Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat rahmat daripada Allah SWT. Aamiin.

Corat-coret Mei 2018

Salam Ramadhan 1439H/2018M buat semua.

Mei hampir sampai ke penghujung, pelbagai peristiwa suka duka melingkari kehidupan kita. Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah SWT. 

9 Mei 2018 : PRU Ke 14. Mengundi di N.26 dan P.139 Selesai tugasan sebagai pengundi.

10 Mei 2018 : Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Malaysia Baru.

11 Mei 2018 : Cuti Umum selama 2 hari {10 dan 11 Mei} atas kemenangan Pakatan Harapan.




26 Mei 2018 : Selamat Hari Lahir buat anakanda Nur Khairiah. Semoga sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan dan terus sukses dalam pengajian DHF. 

Semoga Ramadhan 1439H akan diberkati dan moga rahmat buat kami sekeluarga. Aamiin.


30 April, 2018

Koleksi Gelas Sunquick 2018

Untuk Tahun 2018 : Sunquick telah menawarkan koleksi gelas terbaru. Bagi pengumpul gelas tersebut pasti merasa teruja untuk mendapatkan gelas tersebut bagi melengkapkan siri koleksi gelas setiap tahun.








Untuk koleksi Gelas Sunquick : baru berjaya membeli Gelas Sunquick Tahun 2011 dan 2013 setelah meninjau di web mudah.my. Ada penjual dari Kuching Sarawak yang mengiklankan dalam laman web tersebut,  masih menunggu kepulangan gelas rare tersebut yang menempuh perjalanan jauh dari Miri. Harap dapat melengkapkan koleksi gelas Sunquick  Tahun 2011 sehingga 2018.

Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Selamat mengundi PRU 14 : 09 Mei 2018.


31 March, 2018

Terung Asam (Solanum Macrocarpon) Permatang Bukit, Merlimau

Tumbuh meliar di belakang rumah. Memang tidak tahu rupanya Pokok Terung Asam. Daun berduri dan buahnya boleh dibuat sambal. Memang rare nampaknya. Menikmati sambal terung asam : air tangan Bonda petang tadi. 






Sambal Terung Asam Air Tangan Bonda

Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat . Aamiin.