01 March, 2013

Mac 2013/RabiulAkhir/JamadilAwal 1434H

 
Salam Sejahtera buat semua, diam tak diam telah menjengah kita ke suku tahun 2013. Bulan Mac bakal menyajikan cuti persekolahan pada 23 Mac - 31 Mac 2013 yang pasti penuh pelbagai agenda untuk berlibur. Semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. Kita hanya merancang Allah penentu segalanya.
 
 
Antara aktiviti menarik Bulan Mac 2013 :
 
 
Hari Kraf Kebangsaan : 1 Mac - 11 Mac 2013 : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay :
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://hkk.kraftangan.gov.my
 
Karnival WOW Putrajaya : 1 Mac - 3 Mac 2013 : Laman 1 Malaysia Presint 2 Putrajaya : Saksikan pertunjukan Bunga Api, Tatu ATM, serta pelbagai aktiviti menarik yang lain anjuran Perbadanan Putrajaya.
 
Star Trek : The Exhibition : 1 Mac - 31 Mac 2013 : Pusat Sains Negara : Bagi peminat Star Trek anda boleh menghidupkan semula nostalgia filem kegemaran anda melalui satu acara pameran dengan mempamerkan koleksi terbesar siri popular tersebut seperti pakaian dan info menarik.
 
Le Tour De Langkawi 2013 Finale : 2 Mac 2013 : Seluruh Semenanjung : Acara bertaraf dunia ini menyaksikan kehadiran 22 buah pasukan berbasikal dari seluruh pelusuk dunia. Anda boleh layari www.ltdl.com.my
 
'Sultans Of Science' ( Islamic Science Rediscovered) : 1 Mac - 15 Jun 2013 : Petrosains Menara Berkembar Petronas : Pameran bergerak bagi meraikan sumbangan Cendekiawan Islam dalam bidang Sains dan Teknologi. Boleh layari www.petrosains.com.my/sultansofscience
 
Raptor Watch 2013 : 9 Mac - 10 Mac 2013 : Port Dickson : Program Kemasyarakatan bagi memberi kesedaran tentang betapa pentingnya usaha pemuliharaan habitat burung yang kian diancam kepupusan. Menyaksikan pelbagai spesis burung pemangsa dalam proses migrasi. Pelbagai aktiviti dan jualan di adakan. Selamat berkunjung ke Tanjung Tuan.
 
Matta Fair : 15 Mac - 17 Mac 2013 : PWTC : Pameran yang menjadi tumpuan para pengLibur bagi mendapatkan tawaran pakej istimewa dengan harga terbaik. Pameran tumpuan buat mereka yang ingin berkunjung ke detinasi menarik dalam dan luar negara. Anda boleh layari www.mattafair.org.my
 
2013 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix : 22 Mac - 24 Mac 2013 : Litar Sepang : Saksikan aksi-aksi hebat pelumba bertaraf dunia beraksi di salah satu trek yang paling mendebarkan. Anda boleh layari www.malaysiangp.com.my
 
LIMA ' 13 Langkawi : 26 Mac - 30 Mac 2013 : Kuah, Langkawi : Acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi. Anda boleh layari www.lima.com.my
 
4th Malaysia International Shoe Festival : 28 Mac - 31 Mac 2013 : PWTC : Bagi pencinta kasut pastinya tidak ketinggalan untuk melihat sendiri rekaan terbaru yang dibawa kepada anda. Boleh layari www.malaysiafootwear.com
 
Penang World Music Festival 2013 : 30 Mac - 31 Mac 2013 : Quarry Park, Taman Botani, Pulau Pinang : Mengetengahkan pengalaman muzik global yang bertemakan alam semulajadi. Anda boleh layari www.penangworldmusic.gov.my
 
Selamat menempuh bulan Mac 2013/RabiulAkhir/JamadilAwal 1434H..semoga kehidupan kita semua mendapat keberkatan dari Allah swt....Selamat Berlibur..


14 February, 2013

Jenjalan Terengganu : Feb 2013

 

 
Alhamdulillah...jenjalan ke Terengganu pada 9,10 dan 11 Feb 2013 seperti yang dirancang telah terlaksana. Konvoi 4 kereta berjaya melaksanakan misi tanpa sebarang kesulitan (terlajak tu biasalah sekurang-kurangnya dapat tengok laluan baru). Doa semoga dirahmati sepanjang percutian keluarga termakbul sudah. Meski pun beberapa lokasi pilihan gagal di'tawan' tapi sekurang-kurangnya lokasi berjaya dijejaki. Merentas laluan Felda Palong, Keratong, menghala ke Kuantan kami berehat sebentar di Hentian Rehat Gambang dan menyusuri LPT keluar melalui tol Jabor. Kesesakan cuma di Paka hanya kerana lampu isyarat yang begitu cepat merahnya, kemana ler perginya pihak PDRM...betul-betul berhampiran Kuarters IPD Paka, tak perihatin langsung, jika ada anggota trafik bertugas pasti laluan ke Kuala Terengganu berjalan lancar...ntah apa-apa slogan PDRM...
 
Bermalam di Homestay Assalam, Kg Tok Jiring : Lokasi lawatan adalah Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, ICT Teluk Ketapang, Pasar Payang, Keropok Lekor 008, Masjid Putih (Masjid Tengku Zaharah Tengah)

Suasana berbeza menikmati sarapan pagi nasi lemak manis sambalnya, nasi kerabu, nasi minyak,...
lain padang lain belalang...


Hadapan Taman Tamadun Islam

Harga Tiket TTI
 
Kemudahan dalam TTI

Waktu Operasi TTI

Paspot TTI

Masjid Kristal

Masjid Tengku Zaharah Tengah

Lagun dekat Masjid Putih : boleh mandi manda

Pasar Payang (Shopping Centre)

Keropok Lekor Kelulut dkt ngan Marang

Cenderahati wajib Terengganu
 
 
Apapun hasrat Bonda hendak berkunjung ke Masjid Kristal dan 23 buah monument Islam akhirnya tercapai. Manakala hasrat kami menikmati Ikan Celup Tepung (ICT) Teluk Ketapang amat mengecewakan. Dengan tepung yang terasa kapurnya,banyak tepung dari sotong @ baik dinamakan tepung celup ikan...Jika berkunjung ke Teluk Ketapang, kedai makan Badrol ICT terletak pertama jika melalui Kg Teluk Ketapang, disyorkan baik jangan jengah...hehehe..mahal kosnya, jika dengan harga tersebut pasti terasa 'meriah' lauk pauk di Medan Ikan Bakar Serkam tak pun kos makan di Kuala Kemaman lebih murah dan lebih lazat...sabar je la...lain kali nak terjah ICT laluan UMT di Kg Pok Tho lak sebelah restoran mix fly...
 
Belibelah keropok di Kelulut 008, hampir dengan Bandar Marang : memang sedap keropok lekor goreng dan sosnya...
 
Melihat pesatnya membangun rekreasi waterfront Kuala Terengganu dan Kg Cina KT ala-ala Jonker walk Melaka...
 
Hasrat ke Kedai Kopitiam Haipeng Kemaman untuk pekena roti bakar kaya turut gagal setelah tiba lewat, kopitiam bukak hingga waktu petang jer, dapat lihat bangunannya saja..apapun lain kali kena plan one day trip ke Kemaman @ Cherating...insyaallah..
 
Selamat Menempuh Bulan Februari : semoga kehidupan kita semua sentiasa dipayungi rahmat Allah swt..
 
 
 



01 February, 2013

Februari 2013/RabiulAwal/RabiulAkhir 1434H

Salam Rabiulawal 1434H, bulan dalam meraikan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Biografi Nabi Muhammad bin Abdullah Edisi 2011 terbitan PTS hadiah staf SMK Pasir Besar  masih belum tamat pembacaannya...semoga semaian cinta tentang perjalanan hidup Nabi akan menambah kelazatan dalam beribadah...insyaallah..

Muncul Februari 2013 menggamit memori baru...Visit Terengganu bulan ini, insyaallah semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan dan dipermudahkan segala urusan olehNya.

Antara aktiviti menarik Bulan Februari 2013 :

Sultans of Science ( Islamic Science Rediscovered ) : 15 Dis 2012 - 15 Jun 2013 : Petrosains Suria KLCC : Pameran bertemakan 'Penemuan Semula Sains Islam' bagi meraikan cendekiawan muslim dalam bidang sains dan teknologi dalam kehidupan masyarakat moden. Anda boleh layari www.petrosains.com.my/sultansofscience/index.html untuk maklumat lanjut.

Tahun Baru Cina : 10 Feb - 11 Feb 2013 : Seluruh Negara : Raikan kemeriahan sambutan permulaan kalendar Lunar. Persembahan tarian singa serta naga yang menarik.

Konsert Paramore : 17 Feb 2013 : Bukit Kiara Indoor Arena : Saksikan kumpulan muzik Paramore yang akan membuat persembahan konsert kali kedua mereka. Kumpulan rock yang berasal dari Teenesee, USA.

Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 : 20 Feb - 4 Mac 2013 : Kompleks Kraf K.Lumpur,Jln Conlay : Antara aktiviti termasuklah jualan dan pameran kraf, produk cenderamata korporat, dan pelbagai aktiviti menarik.

Ekspo Teknologi Malaysia : 21 Feb - 23 Feb 2013 : Pusat Dagangan Dunia Putera :Pameran yang menampilkan pelbagai inovasi dan rekaan terbaru peranti teknologi. Pameran disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Le Tour De Langkawi : 21 Feb - 2 Mac 2013 : Seluruh Malaysia : Perlumbaan basikal bertaraf antarabangsa pasti membangkitkan semangat adrenalin anda. Anda boleh layari http://www.ltdl.com.my/

Selamat menempuh Bulan Februari/RabiulAwal/RabiulAkhir..semoga kehidupan kita semua akan senantiasa dipayungi rahmat Allah swt.

 

01 January, 2013

Januari 2013/Safar/RabiulAwal 1434H

Salam Tahun Baru 2013. Menginjak kita ke Tahun Baru Masihi 2013. Pelbagai azam bermain di minda, azam lama masih tertangguh, azam baru mula dijana dalam kotak fikir. Apapun masa pantas berlalu, bermula tahun baru, bermula sesi persekolahan anak-anak. Tahun ini Qwan bakal melalui alam baru bersama teman baru, insyaallah di Tabika Merlimau Barat 3, Taman Merlimau Baru. Entahlah bagaimana gaknya rentak Qwan bersama suasana serba baru...moga Allah mempermudahkan segala urusan anak-anakku dalam menimba ilmu pengetahuan, semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Tahun ini, insyaallah Visit Terengganu 2013...moga apa yang dirancang menjadi kenyataan. Penginapan telah ditempah, semoga Allah merahmati perjalanan percutian keluarga Ithinin pergi dan balik.

Berikut antara aktiviti menarik sepanjang Bulan Januari :

MYES : 1 Jan 2013 : Seluruh Malaysia. Jualan akhir tahun dengan pelbagai diskaun hebat. Selamat Membelibelah....

11th Royal Langkawi International Regatta : 07 Jan - 12 Jan 2013 : Langkawi,Kedah. Saksikan aksi secara langsung di mana kapal layar dari pelbagai negara bersaing di laut lepas. Acara yang cukup berprestij.

Ponggal : 14 Jan 2013 : Sri Mahariamman Temple, Jln. Tokong, Pulau Pinang. Dianggap sebagai majlis kesyukuran. Kemuncak acara perayaan ini majlis memasak beras mendidih sehingga ianya melimpah melambangkan kekayaan masa menuai hasil. Disambut dalam tempoh 4 hari.

Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W : 24 Jan 2013 (12 RabiulAwal). Muhammad...nama seorang lelaki agung, kami beriman kepadanya dengan sepenuh jiwa dan raga, meskipun kami tidak pernah bertemu dengannya, petunjuknya membawa kita ke syurga, ajarannya menjanjikan dunia sejahtera.

Thaipusam : 27 Jan 2013 : Batu Caves, Selangor. Pesta tahunan bagi penganut agama Hindu di mana penganut menjalankan ritual yang pelbagai bagi menunjukkan rasa ketaatan.

Selamat menempuh Bulan Januari 2013/Safar/RabiulAwal 1434H. Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat taufik dan rahmat Allah s.w.t




01 December, 2012

Disember 2012/Muharam/Safar 1434H

Salam Muharam 1434H. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana kita masih dapat melayari bahtera kehidupan bersama insan-insan tersayang. Pantas masa berlalu, diam tak diam sudah sampai kita ke penghujung Tahun 2012 dan   telah kita menempuh, melalui Tahun Baru 1434H. Hari ini 1 Disember 2012 : bermula hari bagi penghujung tahun 2012, perancangan hari ini antaranya memenuhi tiga jemputan majlis jamuan perkahwinan dan jemputan jamuan majlis berkhatan. Bulan Disember penghujung setiap minggu pasti penuh dengan undangan majlis jamuan perkahwinan. Berderetan kad undangan berturutan setiap minggu sepanjang bulan ini. Next week : tahniah buat pasangan Syaz + Zana yang bakal diijab kabul pada 8 Disember 2012. Syukur ke hadrat Allah swt : nikmat keamanan dan rezeki melimpah ruah untuk kita sama nikmati di bumi Malaysia ini...

Apa pun berikut antara aktiviti menarik sepanjang Bulan Disember :

Pameran Kucing : 1 Dis - 3 Dis 2012 : Muzium Kucing, Kuching Sarawak : Khas buas pencinta haiwan terutamanya kucing. Jangan lepaskan peluang untuk melihat pameran tersebut.

Night Safari at The Sabah Museum : 1 Dis - 3 Dis 2012 : Muzium Sabah : Anda boleh layari http://museum.sabah.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Ba....ke Taman Kita : 1 Dis - 2 Dis 2012 : Taman Pertanian Sabah : Anda boleh layari www.sabah.net.my/agripark/

Satok Festival 2012 : 1 Dis - 4 Dis 2012 : Satok, Kuching, Sarawak : Pelbagai aktiviti kesenian dan pameran diadakan disini.

Karnival Tarian Pelancongan Cuti-Cuti 1 Malaysia : 2 Dis 2012 : Mempamerkan pelbagai variasi tarian dalam usaha sama mempromosikan tarian Malaysia kepada masyarakat. 

Monsoon Cup 2012 : 3 Dis - 8 Dis 2012 : Pulau Duyong, Terengganu. Saksikan perlumbaan kapal layar yang berprestij ini.

Perlumbaan Endurance 1000km Sepang : 6 Dis - 8 Dis 2012 : Litar Antarabangsa Sepang : Memperlihatkan siapa yang terbaik dan mampu bertahan lama di litar.

Pesta Chingay Pulau Pinang : 16 Dis dan 23 Dis 2012 : Esplanade Pulau Pinang : Turut terdapat perarakan Tarian Singa dan pelbagai kebudayaan masyarakat Cina di Pulau Pinang.

Malaysia Year End Sale : Sehingga 1 Januari 2013 : Seluruh Malaysia : Pelbagai promosi dan diskaun menarik diadakan di seluruh negara. Selamat Ber'shopping'...

Selamat menempuh Bulan Disember 2012/Muharam/Safar 1434H. Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat kerahmatan dari Allah swt..Insyaallah.





01 November, 2012

November/Zulhijah 1433H/Muharam 1434H

Salam 16 Zulhijah 1433H. Pantas masa berlalu. Sepanjang bulan lepas dapat merasai kembali nikmat hidup bermasyarakat,bersama bergotong royong di Hari Raya Aidiladha, bertemu rakan, masyarakat kampung, barisan belia kg yang hampir tak kenal semuanya. Masakan tidak hampir 22 tahun hidup dalam dunia sendiri,  menjadi warga ATM..bila dah bersara kembali ke daerah asal. Teringat nostalgia lama, kini tiap malam Rabu, insyaallah berkuliah di surau yang telah lama aku tinggalkan. Menjejaki nostalgia indahnya nikmat iman, bila melihat sekeliling barisan jemaah...guru-guru yang pernah mengajar aku lewat 80an..terdetik hati pantas masa berlalu..mereka dah bergelar pesara begitu juga aku (skim perkhidmatan ATM berbeda). Bersalaman mungkin hanya aku yang mengenali mereka, jasa mu Guru tetap ku kenang. Biarlah rahsia.hahaha..

Lewat minggu lepas turut dapat menyertai rombongan perkahwinan sepupu ke Kuala Sungai Baru. Indahnya suasana bersama sanak saudara menikmati kenduri kesyukuran di Taman Harmoni. Syukur nikmat rezeki melimpah ruah, nikmat keamanan di bumi bertuah Malaysia. Berbanding dengan masyarakat Islam di bumi Syria, Myanmar..betapa jauh berbeza, sesungguhnya rasa syukur apa yang kita nikmati sekarang. Alhamdulillah, semoga anak-anak bakal generasi hadapan turut dapat menikmati nikmat rezeki, keamanan berterusan. Jangan kita biarkan musuh-musuh durjana merosakkan segalanya nikmat kemakmuran yang telah dibina landasannya. 

Apa pun berikut adalah aktiviti menarik sepanjang bulan November :

Borneo Safari International Off Road Challenge: 1 Nov - 4 Nov 2012 : Komplek Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Maklumat lanjut sila layari www.borneosafari.com.my

Promosi Kraf Malaysia : 1 Nov - 5 Nov 2012 : Malaysian Handicraft Dev. Corp. Sabah. Khas buat penggemar koleksi kraf buatan tempatan.

Pesta Nelayan Menumbok, Sabah : 2 Nov - 4 Nov 2012 : Menumbok, Sabah : Pelbagai aktiviti dan pameran di pesta nelayan ini.

Festival Sastera Kanak-Kanak 2012 : 1 Nov - 6 Nov 2012 : Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Kuala Lumpur : Maklumat lanjut sila layari www.fantasia.com.my

Tamu Besar Kota Belud : Sepanjang Bulan November : Padang Kota Belud, Sabah : Tamu Besar adalah pasar tradisional terbesar yang diadakan di Sabah. Menampilkan acara seperti perarakan Kuda Berhias Bajau, Ratu Sariampak serta perlumbaan kerbau.

World Amateur Inter - Team Golf Championship Grand Final 2012 : 6 Nov - 8 Nov 2012 : Royal Perak Golf Club : Kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia ini mengambil tempat di enam padang golf berbeza di seluruh Malaysia.

Cuti Penggal Persekolahan : Bermula 9 dan 10 Nov 2012 : Selamat mengisi ruang masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Cuti-cuti Malaysia.

Jualan Mega sale Hujung Tahun : 10 Nov 2012 - 1 Jan 2013 : Seluruh negara : Jualan akhir tahun kembali dengan diskaun hebat.

Deepavali 'Pesta Cahaya' : 13 Nov 2012 : Seluruh negara : Diraikan oleh penganut Hindu.

Awal Muharam 1434 Hijrah : 15 Nov 2012 : Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah/ Sambutan Maal Hijrah 1434H. Semoga kita semua dalam peliharaan Allah jua.

Hari Keputeraan Sultan Johor 2012 : 22 Nov 2012 : Seluruh Negeri Johor : Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor. DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Akhirkata, selamat menempuh bulan November/Zulhijah 1433H/Muharam 1434H. Semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat dan peliharaan Allah jua.












03 October, 2012

Oktober/Zulkaedah/Zulhijah

 
September berlalu muncul Oktober, tanggal 2 Oktober terpahat pelbagai kisah hari ini. Kembalinya ke rahmatullah Nek Agan, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Terkenang saat arwah memberi RM10 kepada aku ketika saat hendak berangkat ke Pusat Latihan Asas Tentera Darat Disember 89. Terasa masih baru nostalgia tersebut. Setidak-tidaknya akan menginsafkan aku, bahawa masa berputar begitu pantas, anak-anak melonjak remaja dan mereka jugalah bakal berhadapan dengan pelbagai suasana baru : persekitaran, teman, ledakan informasi dan pelbagai 1001 persoalan.
 
 
Malam ini berkesempatan bertahlil untuk arwah..dan malam ini hingga pagi esok juga Fiesta Bola : bermula Piala Malaysia yang menyaksikan tumbangnya N9 ditangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tahniah atas pengurusan ATM, dengan bajet yang cukup lumayan pastinya kejuaraan Liga Perdana musim ini serta kejayaan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia sesuatu yang membanggakan. Paling tidak pun, mereka yang menyarung jersi ATM telah berjaya membuka mata Coach Raja untuk memberi ruang mereka terpilih menyarung jersi Harimau Malaya...Tempat jatuh lagi di kenang...Dan diri terasa sedih melihat pasukan MELAKA entah ke mana berita dalam kancah bola sepak Malaysia. Stadium Hang Jebat pula dijadikan stadium perlawanan bagi Felda United...huhu..Sampai bila...kenangan 1983 kan berulang..Oh Melaka..Pagi ini pula berterusan dengan demam Liga Juara-Juara Eropah 2012/2013..rutin tidur pastinya berubah..
 
Apa pun berikut adalah aktiviti menarik sepanjang bulan Oktober :
 
Fabulous Food Malaysia : 1 Okt - 31 Okt 2012 : Pasar Seni Kuala Lumpur. Saksikan pelbagai
jenis masakan yang dihidangkan oleh pelbagai restoran terkemuka dan Chef terkenal.
 
Festival Barang Kemas Antarabangsa Malaysia Ke 19 : Edisi Musim Luruh : 5 Okt - 8 Okt 2012 : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Mempamerkan kehebatan hasil seni barang kemas daripada ratusan pereka barang kemas dari seluruh negara.
 
Perlumbaan MotoGP Malaysia 2012 : 19 Okt - 21 Okt 2012 : Litar Antarabangsa Sepang. Khusus bagi peminat lumba motosikal. Saksikan kehebatan penunggang-penunggang handalan dunia.
 
Mount Kinabalu International Climbathon 2012 : 20 Okt - 21 Okt 2012 : Kundasang, Ranau, Sabah. Digelar perlumbaan mendaki yang paling mencabar di dunia. Pendakian yang biasanya mengambil masa 2 hari untuk didaki, hanya didaki selama kurang 3 jam oleh para peserta.
 
Hari Raya Aidiladha : 26 Okt 2012 (10 Zulhijah 1433H) : Seluruh Negara. Bersama meraikan HariRaya Aidiladha. Diberkati dan semoga kita mendapat keredhaan Nya.
 
Selamat menempuh bulan Oktober/Zulkaedah/Zulhijah. Semoga kita semua dipayungi rahmat daripada Allah s.w.t