26 January, 2020

2nd time TERJAH Bear Hill

Pagi ini kali ke dua mendaki Bukit Beruang menyusuri laluan Wonderful
sempat menyinggah bergambar berlatarbelakang nun jauh bangunan di Bandar Hilir.







Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan jadikan Bukit Beruang sebagai destinasi rekreasi anda.

25 January, 2020

Better Late Than Never : 1st time TERJAH Bukit Beruang

Hari ini sempena cuti umum Tahun Baru Cina, kami berempat meredah, menerjah, mendaki Bukit Beruang. Itu pun untuk mengetahui lokasi sebenar kawasan rekreasi tersebut, bagi memudahkan Isteriku yang akan terlibat dalam aktiviti beriadah Kelabnya ke Bukit Beruang penghujung bulan Feb nanti. Sebagai anak Melaka (04) ini pertama kali aku mendaki kawasan rekreasi ini meski pun dah lama mengetahui ...betterlatethanever#

Pertama kali mendaki melalui jalan bertar menuju ke menara telekomunikasi cukup meletihkan apatah lagi sudah lama tidak bersenam sejak menawan Bukit Senaling, N. Sembilan dua tahun lepas. Sesak napas, udah 50an kena jaga stamina gayanya untuk aktiviti sebegini.










2020 : awal mula untuk sesi menyihatkan badan. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rahmat Allah SWT .. aamiin.

01 January, 2020

Selamat Tahun Baru 2020M

Hari ini 1 Januari 2020 : Cuti umum dan esok bermula semula sesi persekolahan penggal pertama. Tahun 2019 telah berlalu, penuh peristiwa sukaduka, syukur alhamdulillah 2019 telah berlalu pergi dan kini menginjak ke 2020.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, diperteguhkan iman, dianugerah rezeki yang berkat dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Jan 2020




2020Masihi : Doa pastinya semoga kita semua berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Aamiin.


25 December, 2019

Reunion Form 6A1 SDARY 1985/1986 #33tahunterpisah

Alhamdulillah selesai dengan jayanya majlis perjumpaan bekas pelajar Tingkatan 6A1 1985/86 di Merlimau Inn,Melaka. #25disdalamkenangan.

Meski pun gagal untuk mengumpulkan sepenuhnya, namun kehadiran hampir separuh jumlah bekas pelajar begitu bermakna untuk menyambung kembali ukhwah. Dan pastinya perjumpaan tahun 2019 akan menjadi perintis untuk membina kembali silaturahim yang terpisah sekian lama dan makin bertambah jumlah kehadiran sahabat-sahabat dimasa mendatang.

Ada sahabat yang terpisah selama 33 tahun setelah tamat peperiksaan STPM 1986. Masing-masing membawa haluan kehidupan.

Syukur kehadrat Allah SWT, melihat sahabat-sahabat berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. Semoga kesemuanya kita dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

SDARY

Kelas 6A1 dalam kenangan




Semoga kehidupan kita semua akan sentiasa
dipayungi rahmat Allah SWT.

#tqkpdAJKterlibat

24 December, 2019

Selamat Hari Ulang Tahun Buat Diri Ku#53

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana semalam telah menjangkau usiaku ke angka 53. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dilapangkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Bersama isteri dan anak-anak bersantai menikmati hidangan malam di Burger King JJ Ayer Keroh.

Terima kasih buat isteri dan anak-anak atas hadiah dan doa kalian..aamiin.


Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT

29 November, 2019

November 2019 : Kenangan mengusik jiwa


November 2019 penuh nostalgia. Bersama keluarga menempuh perjalanan ke Perlis untuk menghadiri majlis Konvo anakanda Nur Khairina di UNIMAP. Kesempatan yang ada sempat menyinggah ke Komplek Beli Belah Padang Besar, jenjalan Nat Arau, pasar pagi di Arau. Dalam perjalanan balik ke Melaka meredah Jambatan Pulau Pinang menuju Bukit Bendera, masa balik redah pula Jambatan baru Sultan Abdul Halim, sempat menyinggah Kedai Jeruk Pak Ali... cukup meletihkan speedo meter 1529km. Demam, sakit badan akhirnya.










Semoga kehidupan Kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.. aamiin.

01 October, 2019

Koleksi Kisah Misteri Mingguan Malaysia : Sept 2019

Selamat menempuh Bulan Okt 2019. Selamat membaca Koleksi kisah Misteri Mingguan Malaysia bulan September 2019.












Selamat membaca,semoga kehidupan kita semua dirahmati Allah SWT.