25 October, 2017

Jom terjah SkyTower@The Shore Pinggiran Sg. Melaka

Bulan Ogos lepas telah dapat menerjah Menara Berkembar Petronas Tingkat 86 : melihat pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kali ini terjah pula SkyTower@The Shore Pinggiran Sungai Melaka : melihat Bandaraya Melaka dari Tingkat 42, pemandangan Bandar Hilir, Selat Melaka, Sungai Melaka dan tempat-tempat bersejarah dari atas puncak The Shore Pinggiran Sg Melaka.

Anda akan menaiki lif di Tingkat 2 hingga ke Tingkat 41 dan bertukar lif untuk ke Tingkat 42 atau boleh sahaja menaiki tangga untuk ke SkyTower. Beli tiket dan dapat poskad percuma, meniti laluan yang disediakan untuk ke puncak The Shore dan menikmati pemandangan indah Bandaraya Melaka Bersejarah.

Jom layan kronologi bergambar :

Tiket Dewasa RM 25 Knk-knk RM18


Boleh hilangkan trauma takut tempat tinggi

Tallest Peak : Layan view Bandaraya Melaka





Jom Makan @SG The Shore


Selamat berkunjung ke SkyTower@The Shore Melaka ..semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT...aamiin


12 October, 2017

Diari Santai : Oktober 2017

Salam Oktober buat semua...

Antara aktiviti menarik bulan ini :

Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur : Hingga 14 Januari 2018 : MaTic Lanai (MalaysiaTourism Centre) Kuala Lumpur : Info lanjut sila layari www.dinosaursalive.asia

Jalan Merdeka - Traversing the routes towards Independence : 1 Okt - 31 Okt 2017 (8pg - 8 mlm) setiap hari : Carcosa and Seri Negara Mansions, Taman Tasik Perdana, KL

Art Expo Malaysia Plus 2017 : 12 Okt - 14 Okt 2017  (11 pg - 7.30 mlm) dan 15 Okt 2017 (11pg - 6ptg) : Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) Kuala Lumpur. Sila layari http://artexpomalaysia.com/ untuk maklumat lanjut.

Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Cuti umum Melaka sahaja) : 13 Okt 2017

Pameran Makanan dan Minuman : 13 Okt - 15 Okt 2017 : Dewan A MITC Melaka : Selamat berlibur dan menikmati pelbagai jenis menu di sini.

Cameron Ultra Marathon : 14 Okt - 15 Okt 2017 : Cameron Highlands : Sila layari http://www.cameronultra.com/ untuk maklumat lanjut.

Joget@Melaka : 14 Okt - 15 Okt 2017 : Bandar Hilir Melaka : Layari www.jkkn.gov.my untuk maklumat lanjut.

Candy Walkathon : 15 Okt 2017 (7.30pg - 12 mlm) : Main place Mall Subang Jaya Selangor :
Layari web www.racexasia.com/event/the-candy-walkathon/ untuk info lanjut

Hari Deepavali : 18 Okt 2017 :

Selamat berlibur untuk semua. Cuti-cuti Malaysia. Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Aamiin............


09 October, 2017

Santai di Port Dickson : Bandar Tentera Darat (Ogos 2017)

Port Dickson tetap segar dalam ingatan. Momen penting dan menarik sering segar dalam kenangan. Menikmati keindahan serta segar bayu pantai di Blue Lagoon. Menjamu selera sarapan pagi Mee Kari Pasar Teluk Kemang, menjamah juadah tengahari nasi kukus ayam panggang sos istimewa di Cowboy Place. 

Menjamu mata dan menimba ilmu di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson secara percuma. Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di daerah ini. Nostalgia Port Dickson sejak 1989...

Pusat Ikan Hiasan PD : Singgah saja Percuma
Penyu Menangis Siapa Yang Tahu

Tarikan PD





Jom Makan-makan









Jom Mandi Manda


Pantai Kegemaran Ikhwan




Selamat Berlibur untuk semua. Semoga kehidupan kita semua dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT. Aamiin....

27 September, 2017

Menara Berkembar Petronas : Impian Jadi Nyata

Hasrat untuk meneroka ke Menara Berkembar Petronas ( Jejak kaki ke Skybridge/Observation Deck) terpendam sejak sekian lama.

Akhirnya hasrat tercapai pada 19 Ogos 2017, perancangan spontan dari Melaka Sentral menaiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan berkomuter ke Stesen Masjid Jamek bertukar pula ke Stesen KLCC, berjalan kaki ke Suria KLCC melalui Butik Gucci ke sebelah kanan untuk ke Aras Concourse Menara Berkembar Petronas bagi membeli tiket sekitar jam 11 pagi namun hanya berjaya mendapatkan tiket jam 0430 petang...konsep siapa cepat dia dapat. Menjelang 12 tengahari tiket untuk hari tersebut telah 'Sold Out'.

Ronda-ronda dahulu Suria KLCC sementara menunggu waktu event 0430pm..

Melaka Sentral - TBS - MRT/LRT

Tiket Dewasa RM30/Kanak-kanak RM15 (Online Mahal wei)

Seronok wei 170 meter dari aras bumi

Indahnya Kuala Lumpur (Skybridge) : Tingkat 41


Menara Berkembar 88 tingkat ketinggian 452 meter
Observation Deck :Tingkat 86 terletak 370 mtr dari aras bumi

Menara Berkembar PETRONAS simbol kemajuan dan kecemerlangan Malaysia. Gabungan nilai estetika reka bentuk Timur dan Barat, memaparkan keunggulan rekaan jalinan keluli dan kaca. Abadikan kenangan anda dengan mengunjungi Kedai Cenderahati disini.

Akhirnya impian menjadi nyata bersama keluarga tersayang.


14 September, 2017

Diari Santai : September 2017

September 2017 muncul kembali. Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Antara aktiviti menarik Sept 2017 :

Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur : Hingga 14 Jan 2018 : MaTiC Lanai (Malaysia Tourism Centre) Kuala Lumpur : Info lanjut sila layari web www.dinosaursalive.asia Selamat berlibur.

Program Kuala Lumpur Biennale 2017 (KLB 2017) : 19 Sept - 28 Feb 2018 : Kuala Lumpur, Penang and Sabah : Info lanjut sila layari web www.artgallery.gov.my Selamat berlibur.

Royal Pahang Billfish International Challenge 2017 : 22 - 24 Sept 2017 : Kuala Rompin,Pahang : Sila layari web www.rpbic.com.my untuk maklumat lanjut.

Educational Innovation & Motorsports Race (EIMARace) : 22 - 24 Sept 2017 : Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang : Layari web : uitm-eimarace-blogspot.my untuk info lanjut.

Borneo International Orchid Show (BIOS) : 22 - 24 Sept 2017 : Likas Sports Complex, Sabah:
Layari FB Borneo Orchid Society Sabah untuk maklumat lanjut.

2017 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix Finale : 29 - 30 September - 01 Oktober 2017 : 
Maklumat lanjut sila layari web www.sepangcircuit.com  Selamat berlibur.

#kredit Santai Hmetro.

Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam balutan sihat sejahtera...aamiin

18 August, 2017

Diari Santai : Ogos 2017

Ogos 2017 kembali lagi penuh dengan peristiwa menarik pada bulan ini. Selamat berlibur sempena cuti persekolahan yang bakal menjelma.

Aktiviti menarik Bulan Ogos 2017 :

Pameran Raja Kita : 1 Ogos - 4 Sept 2017 : Muzium Diraja Kuala Lumpur : Layari web www.jkkn.gov.my untuk info lanjut.

Karnival Jualan Mega 1Malaysia : 1 Ogos - 31 Ogos 2017 : Seluruh Malaysia : Selamat membeli belah di Mall pilihan anda.

Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur : 1 Ogos 2017 - 14 Januari 2018 : MaTIC Lanai (Malaysia Tourism Centre) K.Lumpur : Info lanjut sila layari www.dinosaursalive.asia

Merdeka : Unity Diversity Exhibition : 5 Ogos - 31 Ogos 2017 : Creative Space 3, Balai Seni Negara : Info lanjut layari www.artgallery.gov.my

Chini Fest : 18 Ogos - 20 Ogos 2017 : Kuala Chini Supercamp : Web site www.ptdpekan.pahang.gov.my untuk info lanjut.

Boria@Penang : 18 Ogos - 19 Ogos 2017 : Fort Cornwallis Padang Kota Lama, Pulau Pinang : Sila layari web www.jkkn.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sukan SEA Ke - 29 Kuala Lumpur 2017 : 19 Ogos - 31 Ogos 2017 : Kuala Lumpur : Sila layari www.kualalumpur2017.com.my untuk maklumat lanjut. #bangkitbersama #kitasamahero

Start In Tioman : 24 Ogos - 27 Ogos 2017 : Kampung Village, Pulau Tioman Pahang : Layari web www.damaitioman.my untuk maklumat lanjut.

Creative Dance Festival / Inspitari : 25 Ogos - 26 Ogos 2017 : Kuala Lumpur : Sila layari web www.jkkn.gov.my untuk info lanjut.

Selamat Hari Lahir Nur Khairina Rosli : 26 Ogos 2017 : Semoga sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat Allah SWT

Hari Kemerdekaan Negaraku Malaysia : 31 Ogos 2017 : NEGARAKU : SEHATI SEJIWA.

#Kredit Santai Metro.

Semoga kehidupan kita semua dilimpahi dan diberkati rahmat Allah SWT..aamiin...


20 July, 2017

Diari Santai : Julai 2017

Aktiviti menarik Julai 2017 :

Pameran Raja Kita : 1 Jul - 4 Sep 2017 : Muzium Diraja Kuala Lumpur : Sila layari www.jkkn.gov.my untuk info lanjut.

Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur : 1 Jul - 31 Dis 2017 : MaTIC Lanai (Malaysia Tourism Centre) Kuala Lumpur : Sila layari www.dinosaursalive.asia untuk info lanjut.

Double Trouble Xtrail Duathlon 2017 : 1 Jul - 26 Jul 2017 : Port Dickson, NSDK. 

Festival Georgetown : 1 Jul - 3 Sep 2017 : Pulau Pinang : Sila layari www.georgetownfestival.com untuk info lanjut.

Festival Bon Odori 2017 : 22 Julai 2017 : Kompleks Sukan Negara Shah Alam : Info lanjut www.jckl.org.my

Cameron Ultra Marathon : 22 Jul - 23 Jul 2017 : Cameron Highland : Info lanjut layari www.cultratrail.com

# kredit Santai HMetro.

Semoga kehidupan kita semua dilimpahi rahmat Allah SWT...aamiin.